Wednesday, 2 April 2008

Apa Sudah Jadi Dengan Pakatan Nasionalis Melayu?

Salah satu perkara seperti pernah seorang rakan saya berbangsa Ingerris berkata, "when the thieves disagreed the truth will reveal ". Keputusan Pilihan Raya ke 12 melihat UMNO yang menjadi patron kepada orang Melayu , MCA dan Gerakan kepada orang Cina, MIC kepada orang India dan PPP pelbagai kaum telah disisihkan oleh masyarakat masing-masing . Orang Cian dan India tidak memiliki semangat "nasionalis" mereka di bumi Malaysia tetapi berakar di negara asal datuk nenek mereka iaitu Cina dan India. Orang Melayu tiada pilihan tetapi Malaysialah asal akar nasionalis mereka . Walaupun ada yang merujuk ke Indonesia tetapi digenarasi awal pasca Merdeka yang mahukan semangat nasionalis Indonesia dibawah pengaruh Sukarno diserapkan ke alam nasionalis Melayu .
Semua orang tahun sebanyak 41 buah pertubuhan Melayu dari seluruh Semenanjong berjumpa dan bersepakat di sekitar tahun 1946 untuk bersepakat didalam satu nada , satu suara dan ajenda iaitu SUATU SUARA keramat jiwa nurni bangsa Melayu yang telahpun berpecah sebelum kedatangan British , maka atas kesilapan yang dilakukan oleh generasi Melayu yang silam- United national Organisation (UNO) tercipta iaitu 41 suara jadi satu suara dan kemudiannya ditukar pula kepada U.M.N.O- United Malay National Organisation ata singkatnya UMNO
Seperti juga kehidupan manusia, usia itu menunjukkan ketuaan ini bermakna UMNO yang sudah berusia melebihi 52 tahun itu sudah ada dipertengahan umur . Ia sudah mula kurang daya saing, kekuatan pisikal sudah lemah, mata sudah kabur, selera makan sudah kurang, nafsu seknya juga menurun (boleh dibantu oleh Viagra) , ia sudah alpa , bersifat tidak perasa sensitif terhadap kehendak keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Ia itu bukan mudah jadi orang yang berumur lebih-lebih lagi UMNO .
Ujian kekuatan itu dapat diketahui sekiranya ia gagal . Maka pada Pilihan Raya ke-12 bermula daripada pembubaran Parlimen (13-2-2008), hari penamaan calon (24-2-2008) dan hari mengundi (8-3-2008) yang mengambil masa berkempen selama 13 hari itu sudah meletihkan UMNO yang sudah berusia . UMNO yang dikatakan kuat di Kelantan, di Kedah, di Perak di Pulau Pinang dan di Selangor dalam sekelip mata yang terbina diatas slogan PERPADUAN MELAYU goes astray !!!
Apakah PERPADUAN MELAYU YANG DIPERKATAKAN DAN DIPERJUANGKAN OLEH UMNO?
Kalau kita kaji minda golongan inteligensia Melayu tahun 40han dan 50han rata-rata mereka mengatakan UMNO yang lahir di Istana Johor itu bersifat feudalistik dan burgeous serta autrokatik dan diktatorsip . Untuk mencapai cita-cita kelompok elit mereka mereka mencipta perlembagaan parti yang bersifat autrokatik dan diktatorship. Sesiapa yang tidak bersefahaman akan disingkirkan , maka orang yang beragama semasa penubuhan UMNO- ulamak meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Parti Serikat Islam Malaya -PAS .
Maka semasa pakatan Melayu iaitu Perpaduan Dunia Melayu , dua kumpulan Melayu meninggalkan perpaduan tersebut iaitu Golongan Nasionalis Melayu dan juga Golongan Ulama Melayu .Maka tinggallah Melayu feudalistik menerajui pakatan Perpaduan Melayu hingga tertubuhnya UMNO . Maka mereka inilah mencanangkan sebagai "Pejuang Melayu" yang diketuai oleh Sir Dato' Onn tetapi pandangan beliau yang ultra mahukan UMNO membuka peluang keahlianya kepada bukan Melayu telah ditolak mentah-mentah tanpa sebarang option kepada beliau. UMNO hanya untuk Melayu sahaja !!! UMNO memilih semula Presidennya dan Tunku Abdul Rahman Putra dipilih oleh perwakilan untuk menerajui UMNO kerana beliau melambangkan golongan feudal Melayu .
Pihak Inggeris juga tidak berapa selera dengan Sir Dato'Onn untuk menuntut kemerdekaan kerana Inggeris melihat bahaya akan berlaku apabila Kerajaan Turki diakhir Perang Dunia Kedua sedang berusaha untuk menghidupkan kembali sistem pemerintahan berkhalifah ditanah jajahan mereka oleh kerana Sir Dato'Onn berketurunan Malayo-Turkis akan membawa Malaya kearah Turki . Diwaktu yang sama juga, pihak British sedang berusaha mengwujudkan negera Israel dibumi Palestine dan dengan Sir Dato'Onn sebagai lead berkemungkinan Malaya akan memberikan tentangannya .
Usaha Tunku mewakili orang Melayu untuk meminta kemerdekaan ditolak oleh Inggeris kerana mereka berpendapat bahawa orang-orang Cina, India,Serani dan lain-lain juga perlu dipertimbangkan masa depan mereka . Maka Tunku terpaksa meminta orang-orang Cina yang kaya (pro Inggeris) dan orang-orang India yang kaya (pro Inggeris) untuk membantu cita-cita UMNO untuk menuntut kemerdekaaan dan ini telah dipersetujui oleh Inggeris. Persoalannya , idea Sir Dato'Onn itu tidaklah berbeza daripada yang terjadi keatas Tunku kalaulah UMNO membukakan keahliannya kepada semua kaum ketika itu !!!Walau bagaimana pun Inggeris terpaksa memberikan kemerdekaan melalui Tunku Abdul Rahman kerana Raja Thailand turut campur tangan yang mahukan Perjanjian Burney 1940 itu disemak semula dan ini pasti akan menjadi keburukan hubungan diplomatik Inggeris-Thai !! Tanpa campur tangan Raja Thailand mungkin Malaya tidak akan dapat kemerdekaan semudah itu .
Oleh kerana jumlah Melayu begitu kecil sekiranya dibandingkan orang Cina , maka Tunku mencadangkan penubuhan Malaysia dalam tahun 1963 iaitu termasuk Sabah, Serawak dan Brunei tetapi sekali lagi pihak Inggeris tidak bersetuju kalau Singapura tidak dimasukkan. Maka pada 16 September 1963 ( http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Day ) tetapi Brunei menolak penyertaanya disaat akhir. Pilipina dan Indonesia menentang penubuhan Malaysia dengan mengatakan bahawa Inggeris mahu mengekalakan heagomoni mereka di Asia Tenggara .
Dua tahun kemudian, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan Tunku bersetuju melepaskan Singapura tanpa memberitahu Kabinet dan ini melahirkan rasa tidak puashati dikalangan orang Melayu dan juga UMNO . Tunku telah dilihat memiliki ajenda tertentu ataupun muslihat untuk menjaga kepentingan orang Cina. Sehingga blog ini ditulis kebencian orang Melayu keatas Tunku masih lagi membara (terutama generasi Melayu tua) kerana melepaskan Singapura begitu sahaja .Tunku hanya memberitahu bahawa tidak akan dua Perdana Menteri memerintah Malaysia-mungkin beliau merujuk kepada Lee Kuan Yew yang dilihat oleh Tunku sebagai duri dalam daging kepada masa depan politik Malaysia.
Versi perlepasan Singapura kepada mereka yang pro Tunku ialah bahawa Raja Thailand (masih memerintah) mahu melepaskan kuasa pemerintahan keatas lima wilayah Selatan Siam iaitu Satun, Songkhla, Narathiwat ,Pattani dan Yala berautonomi kepada Malaysia kerana Tunku adalah berketurunan Malayo-Thai. Pada pandangan Tunku seperti "pucuk dicinta ulam yang mendatang",beliau melihat tawaran Raja Thailand akan membesarkan lagi peta Malaysia dan semuanya lima wilayah ini 100% penduduknya Melayu-Thai sedarah dengan beliau . Singapura itu umpama "melukut ditepi gantang"sahaja kepada Tunku .
Dalam Pilihan raya 10 Mei 1969 , Perikatan atau Alliance kalah teruk kerana isu yang dibangkitkan oleh pembangkang iaitu DAP melalui Lim Kit Siang , KEMAS melalui Tan Chee Khoon dan Gerakan melalui Lim Chung Yu mempertikaikan peruntukan Perlembagaan malaysia yang memberikan perlindungan dan hak-hak Melayu . Di Perak , Encik Samsuddin bin Harun yang mewakili PPP yang menang besar, hampir-hampir menjadi Menteri Besar kalau tidak terjadi Peristiwa 13 Mei yang bermula di Kuala Lumpur , Ipoh dan Pulau Pinang .Ketika peristiwa ini terjadi dikatakan Tunku tidak menyedarinya tetapi Tunku menyangkal dakwaan tersebut bahawa beliau terkejut dan berasa sedih . UMNO sekali lagi meminta orang Melayu berpadu dan bersatu untuk berhadapan dengan situasi tidak menentu politik Malaysia. Juara orang Melayu ketika itu ialah Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor.Beliau dituduh menyalah gunakan kuasa duit Pemuda UMNO untuk menganjurkan pertandingan Mohamad Ali lawan Burgner -tujuan perlawanan ini dianjurkan untuk mengutip tabung kewangan Pemuda UMNO Malaysia. Dato Harun didapati bersalah oleh Mahkamah dan Pemuda UMNO serta orang Melayu yang suka gaya politik Dato Harun membenci Dato Hussein Onn selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri berbuat sesuatu untuk menyelamatkan Dato Harun.
Dato Harun Idris juga dikatakan " pembakar semangat Melayu" disekitar Kuala Lumpur untuk membalas balik tindakan parti-parti pembangkang yang sedang bergembira meraikan kemenangan mereka di sekitar Kuala Lumpur . Trajedi Chow Kit, pasar Selayang, Bangsar dan lain tempat memaksa pasukan keselamatan campur tangan. Berapakah jumlah kerosakan sebenar tidak diketahui termasuk jumlah kehilangan nyawa ?
Maka Dato Harun Idris telah dilihat sebagai penyelamat Melayu ketika Melayu sudah hilang kuasa akibat kekalahan Perikatan dalam Pilihan Raya 1969 . Ketika itu Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor dna juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia .Beliau memberi peluang kepada anak-anak Melayu yang daripada seluruh Malaysia mencari penghidupan baru di Kuala Lumpur menjadi setinggan dan daripada hasil usaha ini , di Lembah Kelang kita dapati banyak Kampong-Kampong yang berasal daripada penerokaan setinggan!
Rupa-rupanya perjuangan Dato Harun membela nasib orang Melayu tidak disenangi dikalangan pemimpin tertentu dalam UMNO-beliau ada musuh dalam selimut.Lihat http://www.viweb.freehosting.net/viint_Harun.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Dato'_Harun_Idris

Friday, 22 February 2008

INTELIJENSIA DIDEKAN MELAYU DALAM POLITIK TANAH MELAYU 1920AN-1945

Oleh: Ismail Said

Pendidikan Orang-orang Melayu

British menyedari bahawa orang-orang Melayu keseluruhanya masih patuh kepada "traditional elite",maka pihak Inggeris telah mendirikan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dalam tahun 1905 sebagi satu pusat budaya yang mencanai anak-anak bangsawan Melayu dengan pendidikan Inggeris,nilai-nilai dan pandangan Barat dan bila tamat disitu bekerja dengan perkhidmatan awam. Manakala untuk orang-orang Melayu kebanyakan yang rata-ratanya dari golongan tani dan nelayan, memadailah anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah rendah Melayu untuk menjadikan seorang anak nelayan atau anak tani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya dulu.

Thursday, 21 February 2008

Link

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ishak_Haji_Muhammad
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sardon_Haji_Jubir
http://members.tripod.com/~sasteramaya/KAJAI.htm

ULUSAN BUKU: UTUSAN MALAYSIA

Untuk mendapatkan insight Ahmad Boestamam: -
Nama Buku:Memori Ahmad Boestaman: Merdeka dengan Darah dalam Api
(http://www.penerbit.ukm.my/review_boestamam.htm)
Pengarang: Ahmad Boestamam
Penerbit :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun Terbitan: 2004
Halaman:384
Quote: "Ibrahim Hj.Yaakob pula menyatakan,'ordinary Malays musn't meddle in politics because the politics of the states and its people are in the hands of the Sultan and the traditional elite who must be given complete loyalty.No Malay can betray his 'Raja'. ".-IBRAHIM HJ.YAAKOB
Quote: " Ishak Haji Mohammad menganggap bahawa dalam golongan bangsa Melayu bilangan orang2 yang tidak mahu champor dalam sebarang gerakan,pakatan bangsa atau usaha bangsa-nya maseh banyak.tetapi kebanyakan mereka itu bukan-nya orang kampong melainkan ia-lah orang2 yang bekerja dalam jawatan kerajaan,orang bangsawan dan orang2 yang menyangkakan diri-nya sendiri sudah senang"- ISHAK HAJI MOHAMMAD (Pak Sako)

ZAINAL ABIDIN BIN HAJI ALIAS

Zabha
Lahir di Muar,Johor dalam tahun 1919,berkelulusan sekolah Melayu dalam tahun 1935 dan kemudianya menjadi kerani solicitor.menulis untuk Warta Malaya secara sambilan dan dalam tahun 1937 dijemput menjadi sidang pengarang Utusan melayu dan beliau terus menjadi wartawan Utusan Melayu hingga malaya Merdeka dan tahun-tahun seterusnya.

SENU BIN ABDUL RAHMAN

Lahir di Jitra,Kedah dalam tahun 1919. Pernah menulis dalam tahun 1939 hingga 1945.Bersekolah Melayu di Jitra dan tahun 1936 menjadi guru pelatih. Tahun 1937 hingga 1939 melanjutkan pelajaran ke MPSI. Dalam zaman Jepun cergas dalam MPAJA.Bersama-sama Khir Johari, Senu telah menubuhkan Seberkas dan menjadi Setiausaha dari tahun 1945 hingga 1947.Beliau cergas dalam Persatuan Melayu Kedah. Mewakili Persatuan Kedah dan Seberkas dalam Kongres Melayu Se Malaya yang telah melahirkan UMNO. Tahun 1948 pergi ke Amerika dengan tujuan melanjutkan pelajaran.Kembali ke Malaya dilantik menjadi Setiausaha Agong UMNO hingga tahun 1957.Usaha-usaha beliaulah yang menjayakan pergerakan UMNO dan Perikatan dan dilantik menjadi Duta Besar ke Indonesiapada 31hb Ogos 1957.

MUHAMMAD YASIN MAAMOR

Lahir di Selangor . Tamat dari MPSI dalam tahun 1931.dari tahun 1932 hingga 1937 menjadi ketua pengarang majjalah Guru.Semangat perjuangan Kebangsaan ditanam menerusi penulisan.

ABDULLAH SIDEK

Lahir di Segamat dalam tahun 1913. Setelah tamat sekolah Melayu dalam tahun 1928 beliau meneruskan pelajaran ke Maktab latihan Melayu di Johor Bahru dan penutupan Maktab ini dalam tahun 1929 beliau berpindah belajar ke MPSI dalam tahun 1931.Pulang mengajar di Johor. Melalui Mari Kita Berjuang ditanamnya semangat perjuangan kebangsaan.Dalam tahun 1946 berjaya menubuhkan cawangan Pergerakan Melayu Semenanjung.Cergas dalam UMNO dan juga Kesatuan Guru-Guru Melayu Johor dan lain-lain badan persuratan seperti Lembaga bahasa Melayu Singapura dan Kongres Persuratan Melayu.

Wednesday, 20 February 2008

AHMAD BIN ABDULLAH

Ahmad Bakhtiar
Lahir dalam tahun 1902 di Kajang,Selangor. Bersekolah Melayu di Semenyih. Tahun 1919 melanjutkan pelajaran ka Maktab Perguruan Melayu Melaka dan kemudiannya ke MPSI berkursus dan terus dilantik menjadi guru di MPSI hingga menjadi guru besar sampai bersara dalam tahun 1954. Memberi semangat kebangsaan kepada pelajar-pelajar MPSI di samping menulis dalam Chendera Mata. Kebanyakan tokoh-tokoh intelijensia di dekan Melayu keluaran MPSI adalah bekas-bekas penuntutnyaseperti ibrahim, Senu dan lain-lain lagi.

RAHIM KAJAI

Abdul
Lahir di Setapak dalam tahun 1894. Tahun 1905 tamat sekolah Melayu darjah V dan dalam tahun 1906 dihantar ke Mekah untuk belajar Ugama Islam dan Bahasa Arab. Tahun 1909 pulang ke Malaya.Tahun 1912 menjadi pengatur huruf pada Malaya Publishing House .Berhenti dari jawatan ini dan bekerja pula sebagai pelukis sementara di Jabatan Ukur di Kuala Lumpur. Diantara tahun 1913-1917 berada di Mekah menguruskan perniagaan almarhum ayahnya.Pulang ke Malaya menjadi wartawan sambilan pada Utusan Melayu dan Lembaga Melayu .Tahun 1924 pulang semula ke Mekah dan tinggal disana selama 3 tahun. Pulang ke Malaya pada tahun 1928 menjadi penulis khas Saudara dan tahun 1930 menjadi pengarang. Beliau menerima pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi (http://members.tripod.com/~sasteramaya/ALHADI.htm ) (http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Sheikh_Syed_Ahmad_Al-Hadi ). Tahun 1931 menjadi pengarang Majlis .Pada tahun 1935 menjadi wartawan Khas Warta Malaya .Pada tahun 1939 pindah ke Utusan Melayu sebagai Ketua pengarang.Pada tahun 1942 menjadi ketua pengarang Berita Malai .Meninggal dunia pada tahun 1943. Beliau pernah menjadi anggota KMS (Singapura) dan KMS ( Selangor).Perjuangannya adalah banyak sekali melalui pena yang mana telah memberi kesedaran kepada orang-orang melayu sosio-ekonomi dan sosio-politik.

ISHAK BIN HAJI MOHAMMAD

Pak Sako
Lahir di Temerloh dalam tahun 1912.Pendidiken Sekolah Inggeris Bentong dan MCKK Kuala Kangsar dan selepas itu menjawat sebagai cadet 'Junior Administrative Service'. Kerana adanya perbezaan dan penindasan pehak kolonial terhadap pegawai-pegawai Melayu, Ishak telah meninggalkan jawatannya sebagai megistrate, lalu berkecimpung dalam bidang kewartawanan.Sama-sama memimpin Warta Malaya, Majlis dan lain-lain lagi bersama-sama Ibrahim Yaakob.Pernah berkhidmat dalam Utusan Melayu di Singapura.Dalam politik pernah memimpin bersama-sama KMM. Pernah menjadi Ketua 1PKMM.Ishak juga merupakan jawatankuasa pemandu bagi menjayakan Kongress Pemuda dalam tahun 1955. beberapa kali kena tahanan politik sama ada dalam KMM atau dalam PKMM dan seterusnya dalam Front Sosialis Raayat Malaysia.Terkenal sebagai seorang pengarang yang sinis dan menggunakan pena untuk perjuangan politiknya.

IBRAHIM BIN HAJI YAAKOB

IBHY
Lahir di Kertau,Temerloh,Pahang pada tahun 1911.Satelah tamat sekolah Melayu beliau melanjutkan pelajaran ka MPSI dalam tahun 1929 hingga 1931.Mengajar di Bentong,Pahang dan pada tahun 1937 telah ditukarkan ka Polis Depot Kuala Lumpur,mengajar disana.Telah meletakkan jawatan dari guru pada tahun 1939 dan menjadi wartawan.Menjadi pemimpin Majlis dan Warta Malaya .Menjadi pemimpin badan politik pelajar semasa di MPSI,memimpin KMM,PETA,KRIS dan KMM di Djakarta.Melarikan diri ke Indonesia satelah pendudukan samula kuasa British.Cergas dalam perjuangan politik Malaya di seberang laut.Pernah menjadi tokoh penting dalam politik di Indonesia.

KAMALUDDIN BIN MOHAMMAD

Keris Mas
Lahir di Bentong, Pahang pada tahun 1923. Terdidek di sekolah Melayu hingga tamat darjah empat.Pergi ke Indonesia dan belajar di sekolah lanjutan selama tiga tahun,kemudia kembali ka Malaya. semasa perang Jepun menjadi kerani percetakan pada Malaya Publishing House.Salepas perang tinggal di pahang.Giat dalam politik kiri yang radikal dan progresif.Datang ke Singapura pada akhir tahun 1947 dan masuk Utusan Melayu Press,memimpin majallah Mastika.di Singapura giat lagi dalam politik sebagai anggota PKMM. Dalam tahun 1953 pergi ke Pulau Pinang bekerja pada Warta Negara Press.Setahun kemudian kembali bekerja pada Utusan Melayu Kemudian bekerja sebagai pengarang umum pada Dewan bahasa dan Pustaka di Johor Bahru pada tahun 1956 dan tahun 1957 berpindah ka Kuala Lumpur. Beliua merupakan salah saorang tokoh yang menubuhkan ASAS '50.Peranaanya dapat kita lihat dari segi fisikal dan mental.

HARUN BIN MOHD.AMIN

Harun Aminurrashidi
Lahir di Singapura pada tahun 1907.Belajar di Sekolah Melayu Telok Kurau. Melanjutkan pelajaran ke SITC,Tanjong malim dari tahun 1924 hingga 1927 dan seterusnya menjadi guru pula di SITC hingga tahun 1939 dimana beliau di hantar ke Kalimantan Utara untuk menjadi Penguasa Pelajaran. Berhenti dari jawatan ini dalam tahun 1946 dan kembali ke Singapura dan menjadi wartawan dan penerbit. Selain daripada menjadi pendidikan dan penulis,beliau juga menceburkan diri dalam KMM,PKMM dan juga salah seorang pemimpin dalam Kongres Pemuda Melayu Se Malaya yang telah melahirkan "sumpah pemuda". Perjuangan nya melalui penulisan terdapat dalam bentuk sajak,cerpen, esay dan nobel dengan menggunakan nama2 samaran seperti harun Aminurrashid,Har,Gastam Nagara,Adi dan Jaya .

Dr.Burhanuddin

Lahir pada 24hb Ogos 1911 di Kampong Changkat Tualang,Perak. Setelah tamat dari sekolah Melayu pada tahun 1924 beliau melanjtkan pelajaran ke Indonesia. Tahun 1926 kembali semula ke Malaya.Belajar di Pondok Pulau Pisang,Jitra,Kedah.Kemudian melanjutkan pelajaran ka Al-Mashhor,Pulau Pinang. Pada tahun 1928 meneruskan pelajaran ke India hingga mendapat doktor Ilmu Homeopathy. Beliau juga seorang penulis dengan nama penanya "Nun".Pernah menjadi naib Yang Di Pertua PKMM dan kemudian menjadi Penasihat Agong hingga parti ini diharamkan. Turrut serta dalam Kongres Melayu Se Malaya yang melahirkan UMNO. Menjadi Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-Bangsa Asia. Turut serta dalam Kongres Pemuda Melayu Sa Malaya yang telah melahirkan"sumpah pemuda". Turut hadir dalam persidangan Afro-Asia di Bandung dalam bulan Mac,1955.

ABDULLAHSANI BIN RAJA KECHIK -AHMAD BOESTAMAN

Ahmad Boestamam
Lahir pada 30hb November 1920 di Kampong Behrang Ulu, Tanjong Malim,Perak.Tamat darjah V,darjah yang tertinggi pada masa itu.dengan mendapat sijil pangkat pertama.Melanjutkan pelajaran Inggerig di Sekolah Anderson,Ipoh dari tahun 1933 hingga 1938.Tidak lulus peperiksaan akhir kerana tumpuan perhatian lebih pada karang mengarang.Menjadi pemberita Warta Malaya pada tahun 1940-1941 dan menceburkan diri dalam KMM dan dilantik menjadi Penolong Setiausaha Agong.Tiga bulan sabelum kekuasaan Jepun di Malaya beliau dikenakan tahanan politik dan dibebaskan dalam masa pemerintahan Jepun. Menerbitkan akhbar Suara Raayat di Ipoh setelah British berkuasa semula . menjadi Ketua 1 API dan ditahan lagi dalam tahun 1947 dan dibebaskan dengan denda $1,400 dan lagi sekali ditahan satelah Undang-undang Darurat diistiharkan dalam tahun 1948 dan dibebaskan dalam tahun 1955. Menubuhkan Partai Raayat dan menjadi ketua Umum dalam tahun 1955 dan juga menjadi penasihat Persatuan Bekas Pasukan keselamatan Malaya.Beliau juga menjadi sidang pengarang Pendoman. Pada tahun 1957 menerbitkan akhbar Fikiran Raayat .

SELAMAT DATANG DAN KENANGAN BUAT PARA NASIONALIS

Ramai yang telah lupa , bahawa Tanah Melayu, Malaya dan kini Malaysia telah melahirkan ramai "Nasionalis" didalam bingkai waktu (time framed) tertentu , ada yang lenyap,lesap dan hilang begitu sahaja, ada yang terus abadi dan dikenang hingga kesaat ini.