Sebelum UMNO dibatalkan pertubuhannya dalam tahun 1988 , sesiapa sahaja dengan mudah boleh mengumpul seramai mungkin orang Melayu didalam satu-satu bahagian itu -contohnya ialah UMNO Bahagian Bidor .
Katakanlah Ketua UMNO Bahagian Bidor itu Encik Mamat Parang Tajam . Setiap hari beliau berfikir bagaimanakah cara untuk mengukuhkan kedudukanya sebagai Ketua Bahagian untuk selama-lamanya.Selaku Ketua Bahagian peluang beliau untuk menjadi wakil rakyat secara tradisinya pasti milik beliau kerana UMNO mengutamakan pemimpin tertinggi parti untuk menjadi wakil rakyat .Selain berpeluang menjadi wakil rakyat , beliau memiliki kuasa 'delegated authority"iaitu seperti melantik Ketua Kampung , Imam-imam mesjid, mencadangkan naib-naib khadi, melantik ahli majlis daerah ataupun perbandaran ,pegawai kontrak JASA, pegawai kontrak KEMAS dan lain-lain lagi . Beliau boleh memilih sesiapa beliau suka ( penyokong) ataupun tidak melantik sesiapa pesaing beliau .Kalau nak diceritakan satu hari satu malampun tidak akan habis tentang kuasa yang dimiliki oleh Ketua Bahagian UMNO !
Seperkara yang sedang berlaku evolution didalam UMNO ialah keahlian tradisi dan pemimpin tradisi semanjak UMNO ditubuhkan iaitu para guru -guru sekolah kampung, penghulu-penghulu, kakitangan kerajaan berpangkat rendah, guru-guru sekolah SITC/MPSI telah beransur-ansur diketepikan oleh pendatang baru - new comer iaitu golongan profesional seperti guru berijazah, graduan universiti, peguam, kakitangan kerajaan Division Satu (PTD) dan peniaga serta kontraktor yang dapat keuntungan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Kehadiran mereka adalah seruan darpada pemimpin UMNO itu sendiri yang mahukan orang Melayu daripada golongan ini menyertai perjuangan UMNO untuk membela Agama, Bangsa dan Negara . UMNO mahukan mereka-mereka ini membalas semula jasa-jasa UMNO kepada mereka . Adil tuntutan UMNO itu dan seruan UMNO itu umpama membuka "pintu banjir-to open a flood gate"
Kesihan melihat pemimpin tradisi UMNO telah mulai diketepikan dan sudah tidak berada didalam main stream politik kampung yang pada satu ketika dahulu merekalah contoh pemimpin kampung yang sederhana (humble) , berbudi bahasa, penuh kelembutan dengan lain-lain perkataan seperti "ular menyusur akar tiada hilang bisanya".
Oleh kerana kemasukan ahli UMNO pasca DEB ini seperti banjir besar , Ketua bahagian pening kepala kerana banyak cawangan tradisi tidak mahu menerima kemasukan mereka sebagai ahli UMNO dicawangan tersebut . Ada cawangan-cawangan yang menerima kalau Ketua Cawangan itu ada hubungan kekeluargan atau yang benar-benar mereka kenali .
Maka , sebagai mudah (short-cut) , Ketua Bahagian merestui penubuhan banyak cawangan-cawangan baru , ada disetengah tempat mustahil akan ujud cawangan UMNO seperti Bukit Bintang , terutama didalam-dalam bandar tiada orang Melayu tetapi ada papan-tanda ujudnya cawngan UMNO -"UMNO Cawangan Bandar Geothic". Kalau kita pergi kekawasan tersebut satu rumah ataupun seorang Melayu pun tak'jumpa !
Pembukaan cawangan baru bagi menampung permintaan tinggi daripada golongan ini melanda diseluruh Malaysia Barat sekitar tahun 1980 lebih-lebih lagi apabila Tun Dr. Mahatrhir Melayu menjadi Presiden UMNO . Kehebatan Tun menghentam Tunku Abdul Rahman , buku Malay Delimma,dasar pandang KeTimur, Buy British Last,slogan BERSIH- CEKAP DAN AMANH, masalah orang Cina, penerujahan DEB menjadikan sebagai tarikan utama golongan profesional Melayu menyertai perjuangan UMNO. Semuanya mahu menyertai perjuangan Tun,semuanya mahu mengikuti pelayan TUN kealam baru, versi baru politik Melayu dan Malaysia.
Selain daripada itu Tun mewarisi masalah kepimpinan Tun Hussein Onn seperti masalah datuk arun Idris (pejuang setinggan Melayu di selangor) yang dipenjarakan kerana "brach of trust", masalah Menteri Belia dan Sukan iaitu Datuk Mokhtar Hashim ( a rising star of UMNO), masalah Freemanson menguasi UMNO, masalah Komunis berada didalam UMNO hingga berada dekat bilik Perdana Menteri, masalah DEB yang belum selesai,masalah Singapura dan lain-lain lagi . Sungguhpun begitu beliau memilik yang kuat "strong mind". Masalah 2M iaitu Mahathir-Musa .
Beliau berusaha membebaskan Datuk Harun lebih sebelum tamat tempoh tahananya. Kemasukan Anwar Ibrahim melalui beliau juga mencetuskan bantahan senyap dikalangan UMNO. Ada yang menyokong dengan membawa Anwar kedalam UMNO , Tun telah melakukan "political curtailment" keatas kegiatan Anwar/ABIM dan UMNO akan lebih bersedia dengan masalah yang baru .Bukan sahaja Anwar memasuki UMNO , ia juga disertai oleh lain-lain ahli ABIM dan ini menjadikan keadaan berkomplikated . Tetapi ada teori yang mengatakan kemasukan Anwar kedalam UMNO adalah motif sebenar Tun untuk menghapuskan "certain element"dalam UMNO .
Tuesday, 8 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 3
Perhimpunan Agong UMNO pada 24-4-1987 menyaksikan satu perhimpunan parti UMNO yang terhebat dalam kurun ke 20, berlaku dibumi Malaysia . Semua jawatan tertinggi parti bermula daripada Pengerusi tetap , Presiden , Timbalan Presiden, 3 jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi ditandingi semua peringkat .
Tetapi, pertandingan jawatan Presiden parti antara Tun Dr.Mahathir Mohamed (penyandang) dengan Tengku Razaliegh Hamzah yang menjadi fokus perwakilan dan negara .
Pengurusan UMNO telah pertama kali menggunakan perkhidmatan Akauntan Bertauliah untuk membuat tally undi secara sistematik bagi mendapatkan yang adil dan telus.
Oleh kerana keputusan masih belum dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pertandingan, Pengerusi Tetap telah menangguhkan persidangan kerana hari telah lewat malam .
Ku Li telah meminta Setiausaha Politiknya , Pak Yem , untuk terus berada didalam kamar pengiran undi . Waktu sudah lewat iaitu lebih kurang jam 11.00 malam kelihatan Pak Yem keluar daripada kamar pengiraan undi , beliau berjalan bersama Dollah Botak -Setiausaha Politik Dato Manan Othman (Menteri Pertanian) . Pak Yem menunjukkan tanda "thumb'down"sebagai tanda Ku Li telah tewas . Beliau berkata kiraan undi hanya dibuat sekali lalu sahaja tanpa sebarang bantahan mengikut arahan Ku Li kepadanya . Yang selainnya sejarah hebat UMNO- Tun Dr. Mahathir Mohamad menang 10 undi sahaja !
Ada seorang rakan memberitahu saya , semasa pengiraan undi dilakukan, sementara keputusan dikeluarkan , orang ramai telah berkumpul dirumah Ku Li di Jalan Ampang . Kehadiran termasuk wakil media tempatan , asing dan juga TV station tempatan dan asing . "Suasana dikediaman Ku Li seperti satu perhimpunan kecil UMNO ", katanya kepada saya .
Disatu pihak pula memberitahu bahawa beliau baru balik daripada Seri Perdana iaitu kediaman Tun Dr. Mahatir Mohamad . "Tiada sesiapa disana. lengang, kecuali Siti Asmah sahaja! " katanya kepada saya .
Keputusan telah sampai ke telinga Ku Li dan apabila diketahui umum , semua wartawan tergesa-gesa , kelam-kabut, berpusu-pusu meninggalkan kediaman Ku Li untuk pergi ke Seri Perdana .
Saya beritahu kepada mereka bahawa Tun Dr.Mahathir menang 10 undi kerana mustahil Tun tidak mengundi diri beliau sendiri dan baki 9 undi itu datang daripada mana ? Mungkin 9 undi itu datangnya daripada kalangan ahli MT yang masih lagi sayang Tun . Kalau begitu siapa mereka ini? Kalau bukan 9 ahli itu MT , mungkin daripada mereka yang tidak suka Ku Li . "Itulah rahsia dalam pengundian secara tertutup", kata saya kepada mereka .
Kemenangan Tun Dr.Mahathir Mohamad juga ada hubung kait dengan Najib Tun Razak selaku Menteri Besar Pahang juga merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Pahang . Sehari sebelum Perhimpunan Agong bermula di Kuala Lumpur beliau telah menghadiri satu perjumpaan tertutup (bukan anjuran UMNO Pahang) dengan para Perwakilan Pahang ke Kuala Lumpur .
Didalam perjumpaan ini beliau ada mengatakan sesuatu tentang "stoking" . Didalam perjumpaan tersebut beliau telah diminta oleh Perwakilan supaya membuat pendirian tetapi beliau tidak menyentuh soal pertandingan antara Ku Lin dengan Tun Dr.Mahathir Moahamad. Walau bagaimanapun Najib dikatakan oleh ramai pihak bahawa beliaulah punca kekalahan Ku Li . Beliau amat tidak popular dikalangan peminat dan pengikut Ku Li hingga ke hari ini .
Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 2
Dua hari selepas Kumpulan 11 memfailkan kes mereka , Tun Dr.Mahathir Mohamad telah mengarahkan Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi "mediator"bagi pihak UMNO . Perjumpaan telah diadakan di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur pada jam 5.00 petang. Perjumpaan tertutup dihadari itu oleh 11 ahli kumpulan dan Abdullah sendiri . Tiada sesiapa dibenarkan terlibat. Perjumpaan berakhir lebih kurang dua jam kemudiannya. Keputusanya ,Kumpulan 11 tetap akan meneruskan tindakan mereka .
Abdullah memaklumkan perkara ini kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad tetapi yang melenting ialah bekas Setiausaha Agong UMNO Malaysia ; "see you all in court", responya .
Bagi pihak Tengku Razaliegh Hamzah atau Ku Li telah diberitahu . Pak Yem ,Setiausaha Politik Ku Li memberitahu saya untuk datang ke pejabat Ku Li dibangunan MISC . Ramai yang hadir didalam bilik pejabat Ku Li , ada yang masih saya ingat lagi . Beberapa orang Kumpulan 11 juga turut hadir . Mereka dijemput oleh Pak Yem untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
Saya lihat Ku Li begitu serious dan selesai sahaja penerangan yang diberikan Ku Li memberitahu bahawa beliau tidak setuju perkara parti dibawa ke mahkamah dengan apa cara sekalipun. Beliau seterusnya meminta pihak yang terlibat tidak mengheret ataupun mengaitkan dirinya dalam tindakan mereka itu . Ku Li mengucapkan terima kasih diatas penerangan yang diberikan dan beliau secara berjenaka memberitahu bahawa beliau tidak lagi ahli MT UMNO dan kini hanya ahli biasa sahaja.
Monday, 7 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 1
Hussain Manaf daripada Pekan Pahang pernah menceritakan bahawa beliau telah dipanggil oleh Tuanku Sultan Pahang ke istana Pekan .
" Hussein , kamu hendak yang mana satu, pedang atau tongkat", titah Tuanku .
" Ampun Tuanku, patek pilih tongkat sebab seluruh keturunan patek hingga ke patek pun masih lagi menumpang di tanah Tuanku, ampuan Tuanku", balas Hussein.
Akhirnya, Hussein menarik diri daripada meneruskan hasrat untuk menyaman UMNO. Seingat saya beliau berniaga menerbitkan filem untuk TV dan juga pembalakan .
Seorang lagi daripada Pahang yang terlibat didalam pengharaman UMNO ialah arwah Mokhtar alias Mokhtar Haji Mohamad ( adik kepada Dato Zulkifli Haji Mohamad bekas suami Sarimah). Beliau ada menerbitkan satu atapun dua buku mengenai pengharaman UMNO-buku ini dicetak di Bangkok.
Tinggi lampai dan bertutur dengan penuh kelembutan loghat Petani- Kamaruddin Haji Wan Teh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Perak juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Beruas juga menantu kepada Dato Malek Haji Ahmad orang kuat UMNO Perak bekas Speaker dan juga Exco. Saya tidak pasti mengapa beliau jadi Plaintif tetapi ada kena mengena dengan arwah Saudara Zainal Abidin Husman yang juga ahli UMNO Bahagian Beruas juga menjawat jawatan selaku Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia.
Abdul Rahim Abdul Rahman berketurunan Arab al-Kudsi disebelah ibunya .Ahli UMNO Cawangan Tanjong Agas, Bahagian Telok Kemang dimana Datuk Seri Mohd Isa Samad bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menjadi Ketua Bahagian Teluk Kemang. Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Suhaimi Haji Kamaruddin bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, bekas Timbalan Menteri dan juga Pengerusi Belia 4B Malaysia . Abdul Rahim menjadi Palintif berhubung dengan taraf umur arwah Saudara Zainal Abidin selaku Setiausaha Kerja Pemuda UMNO yang telah melebihi usia 40 tahun yang sepatutnya tidak boleh bertugas bagi badan tersebut .
Yang lain-lainnya saya sudah lupa tetapi salah seorang Plaintif daripada UMNO Bahagian Nibong Tebal bertugas sebagai posmen . Latar belakang yang lain-lainnya juga berbeza tetapi sejauh mana mereka memahami soal legatasi saya juga tidak pasti .
" Hussein , kamu hendak yang mana satu, pedang atau tongkat", titah Tuanku .
" Ampun Tuanku, patek pilih tongkat sebab seluruh keturunan patek hingga ke patek pun masih lagi menumpang di tanah Tuanku, ampuan Tuanku", balas Hussein.
Akhirnya, Hussein menarik diri daripada meneruskan hasrat untuk menyaman UMNO. Seingat saya beliau berniaga menerbitkan filem untuk TV dan juga pembalakan .
Seorang lagi daripada Pahang yang terlibat didalam pengharaman UMNO ialah arwah Mokhtar alias Mokhtar Haji Mohamad ( adik kepada Dato Zulkifli Haji Mohamad bekas suami Sarimah). Beliau ada menerbitkan satu atapun dua buku mengenai pengharaman UMNO-buku ini dicetak di Bangkok.
Tinggi lampai dan bertutur dengan penuh kelembutan loghat Petani- Kamaruddin Haji Wan Teh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Perak juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Beruas juga menantu kepada Dato Malek Haji Ahmad orang kuat UMNO Perak bekas Speaker dan juga Exco. Saya tidak pasti mengapa beliau jadi Plaintif tetapi ada kena mengena dengan arwah Saudara Zainal Abidin Husman yang juga ahli UMNO Bahagian Beruas juga menjawat jawatan selaku Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia.
Abdul Rahim Abdul Rahman berketurunan Arab al-Kudsi disebelah ibunya .Ahli UMNO Cawangan Tanjong Agas, Bahagian Telok Kemang dimana Datuk Seri Mohd Isa Samad bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menjadi Ketua Bahagian Teluk Kemang. Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Suhaimi Haji Kamaruddin bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, bekas Timbalan Menteri dan juga Pengerusi Belia 4B Malaysia . Abdul Rahim menjadi Palintif berhubung dengan taraf umur arwah Saudara Zainal Abidin selaku Setiausaha Kerja Pemuda UMNO yang telah melebihi usia 40 tahun yang sepatutnya tidak boleh bertugas bagi badan tersebut .
Yang lain-lainnya saya sudah lupa tetapi salah seorang Plaintif daripada UMNO Bahagian Nibong Tebal bertugas sebagai posmen . Latar belakang yang lain-lainnya juga berbeza tetapi sejauh mana mereka memahami soal legatasi saya juga tidak pasti .
Bukan Tengku Razaleigh Hamzah Punca UMNO diharamkan Pendaftaranya
Pada jam 6.15 petang (waktu Malaysia) bersamaan hari Khamis 4hb Februari 1988 bertempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kamar 8, UMNO telah dihakimkan sebagai "unlawful party" mengikut Section 12 of the Societies Act 1986 .
Keputusan tersebut telah menjadikan Kuala Lumpur menangis- hujan lebat terjadi ditambah dengan angin kencang melanda bangunan Mahkamah hinggakan tempiasnya memasuki ke Kamar 8.
Kami yang ada , tidak berani keluar dari Kamar 8 dan setelah hujan reda ,lebih kurang jam 7.30 petang , tergesa-gesa pulang ke Hotel Merlin untuk menonton siaran berita TV . Lepas jam 8.00 malam semuanya menjadi sejarah akibatperbuatan anak-anak nakal yang mencari keadilan didalam UMNO yang mereka mewarisi parti ini secara percuma daripada pengasasnya .
Sekumpulan ahli UMNO seramai 11 yang mewakili sejumlah besar ahli UMNO "at a tip of an iceberg" perlu dilakukan sesuatu kerana sudah menjadi parti "reluctant" tidak mahu lagi mendengar masalah akar-umbi . Mereka 11 orang adalah yang berani dan sayangkan UMNO tetapi ini tidak difahami oleh Setiausaha Agong UMNO ketika itu . Bukan salah Presiden, bukan salah Pak lah, bukan salah Ku Li tetapi yang ada di ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur .
Keputusan tersebut telah menjadikan Kuala Lumpur menangis- hujan lebat terjadi ditambah dengan angin kencang melanda bangunan Mahkamah hinggakan tempiasnya memasuki ke Kamar 8.
Kami yang ada , tidak berani keluar dari Kamar 8 dan setelah hujan reda ,lebih kurang jam 7.30 petang , tergesa-gesa pulang ke Hotel Merlin untuk menonton siaran berita TV . Lepas jam 8.00 malam semuanya menjadi sejarah akibatperbuatan anak-anak nakal yang mencari keadilan didalam UMNO yang mereka mewarisi parti ini secara percuma daripada pengasasnya .
Sekumpulan ahli UMNO seramai 11 yang mewakili sejumlah besar ahli UMNO "at a tip of an iceberg" perlu dilakukan sesuatu kerana sudah menjadi parti "reluctant" tidak mahu lagi mendengar masalah akar-umbi . Mereka 11 orang adalah yang berani dan sayangkan UMNO tetapi ini tidak difahami oleh Setiausaha Agong UMNO ketika itu . Bukan salah Presiden, bukan salah Pak lah, bukan salah Ku Li tetapi yang ada di ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur .
Abdullah Selar Pengkritik
Akhbar utama milik GLC menyiarkan dimuka depan surat khabar masing-masing bahawa Abdullah Badawi mengatakan pihak yang membuat plbagai tuduhan tidak bertanggungjawab, ada kepentingan peribadi .
Ulasan beliau terhadap Tun Dr.Mahathir Mohamad seperti berikut:"Kononnya pada zaman saya tidak ada kebebasan,semua orang takut dan ada yang kata saya ini lembik, tetapi ( dalam masa yang sama)takut pula yang lembik".dipetik daripada Berita Harian 7-4-2008
Ulasan beliau terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim seperti berikut: "Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri , Anwar menyifatkan dirinya sebagi pemimpin alternatif dan kini menganggap dirinya sebagai 'leader in waiting. Biarlah dia menunggu".dipetik daripada Berita harian 7-4-2008
Ulasan beliau terhadap Tengku Razaleigh Hamzah seperti berikut: "Dialah yang
menyebabkan UMNO kalah. Dialah yang menyebabkan Kelantan jatuh kepada Pas (ketika Tengku Razaleigh bersama Semangat 46 pada Pilihanraya Umum 1990". dipetik daripada Berita Harian 7-4-2008
Akhirnya sudah hampir sebulan selepas Pilihan Raya ke 12 2008 (8-4-2008) Abdullah Badawi mengumpulkan semua pemimpin UMNO daripada semua bahagian berkumpul di Kuala Lumpur untuk mencerita dan menerangkan apa yang sedang beliau hadapi selepas Pilihan Raya lepas .
Dimana-mana jua pemimpin akan menggunakan skrip yang sama-kalau menang "my leadership accepted"tetapi kalau kecundang macam Mugabee " my loss being sabotaged".
Setakat ini hanya pemimpin Gerakan, MIC , MCA menerima tamparan tsunami politik Malaysia kerana mereka menyedari tidak "mendengar sistem amaran"yang telah berbunyi begitu lama sekali .Salute kepada mereka . Mereka bertanggungjawab keatas apa yang terjadi keatas parti mereka . Tiada pula ayat yang terkeluar bahawa "mereka di sabotaj".
Wednesday, 2 April 2008
Apa Sudah Jadi Dengan Pakatan Nasionalis Melayu?
Salah satu perkara seperti pernah seorang rakan saya berbangsa Ingerris berkata, "when the thieves disagreed the truth will reveal ". Keputusan Pilihan Raya ke 12 melihat UMNO yang menjadi patron kepada orang Melayu , MCA dan Gerakan kepada orang Cina, MIC kepada orang India dan PPP pelbagai kaum telah disisihkan oleh masyarakat masing-masing . Orang Cian dan India tidak memiliki semangat "nasionalis" mereka di bumi Malaysia tetapi berakar di negara asal datuk nenek mereka iaitu Cina dan India. Orang Melayu tiada pilihan tetapi Malaysialah asal akar nasionalis mereka . Walaupun ada yang merujuk ke Indonesia tetapi digenarasi awal pasca Merdeka yang mahukan semangat nasionalis Indonesia dibawah pengaruh Sukarno diserapkan ke alam nasionalis Melayu .
Semua orang tahun sebanyak 41 buah pertubuhan Melayu dari seluruh Semenanjong berjumpa dan bersepakat di sekitar tahun 1946 untuk bersepakat didalam satu nada , satu suara dan ajenda iaitu SUATU SUARA keramat jiwa nurni bangsa Melayu yang telahpun berpecah sebelum kedatangan British , maka atas kesilapan yang dilakukan oleh generasi Melayu yang silam- United national Organisation (UNO) tercipta iaitu 41 suara jadi satu suara dan kemudiannya ditukar pula kepada U.M.N.O- United Malay National Organisation ata singkatnya UMNO
Seperti juga kehidupan manusia, usia itu menunjukkan ketuaan ini bermakna UMNO yang sudah berusia melebihi 52 tahun itu sudah ada dipertengahan umur . Ia sudah mula kurang daya saing, kekuatan pisikal sudah lemah, mata sudah kabur, selera makan sudah kurang, nafsu seknya juga menurun (boleh dibantu oleh Viagra) , ia sudah alpa , bersifat tidak perasa sensitif terhadap kehendak keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Ia itu bukan mudah jadi orang yang berumur lebih-lebih lagi UMNO .
Ujian kekuatan itu dapat diketahui sekiranya ia gagal . Maka pada Pilihan Raya ke-12 bermula daripada pembubaran Parlimen (13-2-2008), hari penamaan calon (24-2-2008) dan hari mengundi (8-3-2008) yang mengambil masa berkempen selama 13 hari itu sudah meletihkan UMNO yang sudah berusia . UMNO yang dikatakan kuat di Kelantan, di Kedah, di Perak di Pulau Pinang dan di Selangor dalam sekelip mata yang terbina diatas slogan PERPADUAN MELAYU goes astray !!!
Apakah PERPADUAN MELAYU YANG DIPERKATAKAN DAN DIPERJUANGKAN OLEH UMNO?
Kalau kita kaji minda golongan inteligensia Melayu tahun 40han dan 50han rata-rata mereka mengatakan UMNO yang lahir di Istana Johor itu bersifat feudalistik dan burgeous serta autrokatik dan diktatorsip . Untuk mencapai cita-cita kelompok elit mereka mereka mencipta perlembagaan parti yang bersifat autrokatik dan diktatorship. Sesiapa yang tidak bersefahaman akan disingkirkan , maka orang yang beragama semasa penubuhan UMNO- ulamak meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Parti Serikat Islam Malaya -PAS .
Maka semasa pakatan Melayu iaitu Perpaduan Dunia Melayu , dua kumpulan Melayu meninggalkan perpaduan tersebut iaitu Golongan Nasionalis Melayu dan juga Golongan Ulama Melayu .Maka tinggallah Melayu feudalistik menerajui pakatan Perpaduan Melayu hingga tertubuhnya UMNO . Maka mereka inilah mencanangkan sebagai "Pejuang Melayu" yang diketuai oleh Sir Dato' Onn tetapi pandangan beliau yang ultra mahukan UMNO membuka peluang keahlianya kepada bukan Melayu telah ditolak mentah-mentah tanpa sebarang option kepada beliau. UMNO hanya untuk Melayu sahaja !!! UMNO memilih semula Presidennya dan Tunku Abdul Rahman Putra dipilih oleh perwakilan untuk menerajui UMNO kerana beliau melambangkan golongan feudal Melayu .
Pihak Inggeris juga tidak berapa selera dengan Sir Dato'Onn untuk menuntut kemerdekaan kerana Inggeris melihat bahaya akan berlaku apabila Kerajaan Turki diakhir Perang Dunia Kedua sedang berusaha untuk menghidupkan kembali sistem pemerintahan berkhalifah ditanah jajahan mereka oleh kerana Sir Dato'Onn berketurunan Malayo-Turkis akan membawa Malaya kearah Turki . Diwaktu yang sama juga, pihak British sedang berusaha mengwujudkan negera Israel dibumi Palestine dan dengan Sir Dato'Onn sebagai lead berkemungkinan Malaya akan memberikan tentangannya .
Usaha Tunku mewakili orang Melayu untuk meminta kemerdekaan ditolak oleh Inggeris kerana mereka berpendapat bahawa orang-orang Cina, India,Serani dan lain-lain juga perlu dipertimbangkan masa depan mereka . Maka Tunku terpaksa meminta orang-orang Cina yang kaya (pro Inggeris) dan orang-orang India yang kaya (pro Inggeris) untuk membantu cita-cita UMNO untuk menuntut kemerdekaaan dan ini telah dipersetujui oleh Inggeris. Persoalannya , idea Sir Dato'Onn itu tidaklah berbeza daripada yang terjadi keatas Tunku kalaulah UMNO membukakan keahliannya kepada semua kaum ketika itu !!!Walau bagaimana pun Inggeris terpaksa memberikan kemerdekaan melalui Tunku Abdul Rahman kerana Raja Thailand turut campur tangan yang mahukan Perjanjian Burney 1940 itu disemak semula dan ini pasti akan menjadi keburukan hubungan diplomatik Inggeris-Thai !! Tanpa campur tangan Raja Thailand mungkin Malaya tidak akan dapat kemerdekaan semudah itu .
Oleh kerana jumlah Melayu begitu kecil sekiranya dibandingkan orang Cina , maka Tunku mencadangkan penubuhan Malaysia dalam tahun 1963 iaitu termasuk Sabah, Serawak dan Brunei tetapi sekali lagi pihak Inggeris tidak bersetuju kalau Singapura tidak dimasukkan. Maka pada 16 September 1963 ( http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Day ) tetapi Brunei menolak penyertaanya disaat akhir. Pilipina dan Indonesia menentang penubuhan Malaysia dengan mengatakan bahawa Inggeris mahu mengekalakan heagomoni mereka di Asia Tenggara .
Dua tahun kemudian, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan Tunku bersetuju melepaskan Singapura tanpa memberitahu Kabinet dan ini melahirkan rasa tidak puashati dikalangan orang Melayu dan juga UMNO . Tunku telah dilihat memiliki ajenda tertentu ataupun muslihat untuk menjaga kepentingan orang Cina. Sehingga blog ini ditulis kebencian orang Melayu keatas Tunku masih lagi membara (terutama generasi Melayu tua) kerana melepaskan Singapura begitu sahaja .Tunku hanya memberitahu bahawa tidak akan dua Perdana Menteri memerintah Malaysia-mungkin beliau merujuk kepada Lee Kuan Yew yang dilihat oleh Tunku sebagai duri dalam daging kepada masa depan politik Malaysia.
Versi perlepasan Singapura kepada mereka yang pro Tunku ialah bahawa Raja Thailand (masih memerintah) mahu melepaskan kuasa pemerintahan keatas lima wilayah Selatan Siam iaitu Satun, Songkhla, Narathiwat ,Pattani dan Yala berautonomi kepada Malaysia kerana Tunku adalah berketurunan Malayo-Thai. Pada pandangan Tunku seperti "pucuk dicinta ulam yang mendatang",beliau melihat tawaran Raja Thailand akan membesarkan lagi peta Malaysia dan semuanya lima wilayah ini 100% penduduknya Melayu-Thai sedarah dengan beliau . Singapura itu umpama "melukut ditepi gantang"sahaja kepada Tunku .
Dalam Pilihan raya 10 Mei 1969 , Perikatan atau Alliance kalah teruk kerana isu yang dibangkitkan oleh pembangkang iaitu DAP melalui Lim Kit Siang , KEMAS melalui Tan Chee Khoon dan Gerakan melalui Lim Chung Yu mempertikaikan peruntukan Perlembagaan malaysia yang memberikan perlindungan dan hak-hak Melayu . Di Perak , Encik Samsuddin bin Harun yang mewakili PPP yang menang besar, hampir-hampir menjadi Menteri Besar kalau tidak terjadi Peristiwa 13 Mei yang bermula di Kuala Lumpur , Ipoh dan Pulau Pinang .Ketika peristiwa ini terjadi dikatakan Tunku tidak menyedarinya tetapi Tunku menyangkal dakwaan tersebut bahawa beliau terkejut dan berasa sedih . UMNO sekali lagi meminta orang Melayu berpadu dan bersatu untuk berhadapan dengan situasi tidak menentu politik Malaysia. Juara orang Melayu ketika itu ialah Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor.Beliau dituduh menyalah gunakan kuasa duit Pemuda UMNO untuk menganjurkan pertandingan Mohamad Ali lawan Burgner -tujuan perlawanan ini dianjurkan untuk mengutip tabung kewangan Pemuda UMNO Malaysia. Dato Harun didapati bersalah oleh Mahkamah dan Pemuda UMNO serta orang Melayu yang suka gaya politik Dato Harun membenci Dato Hussein Onn selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri berbuat sesuatu untuk menyelamatkan Dato Harun.
Dato Harun Idris juga dikatakan " pembakar semangat Melayu" disekitar Kuala Lumpur untuk membalas balik tindakan parti-parti pembangkang yang sedang bergembira meraikan kemenangan mereka di sekitar Kuala Lumpur . Trajedi Chow Kit, pasar Selayang, Bangsar dan lain tempat memaksa pasukan keselamatan campur tangan. Berapakah jumlah kerosakan sebenar tidak diketahui termasuk jumlah kehilangan nyawa ?
Maka Dato Harun Idris telah dilihat sebagai penyelamat Melayu ketika Melayu sudah hilang kuasa akibat kekalahan Perikatan dalam Pilihan Raya 1969 . Ketika itu Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor dna juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia .Beliau memberi peluang kepada anak-anak Melayu yang daripada seluruh Malaysia mencari penghidupan baru di Kuala Lumpur menjadi setinggan dan daripada hasil usaha ini , di Lembah Kelang kita dapati banyak Kampong-Kampong yang berasal daripada penerokaan setinggan!
Rupa-rupanya perjuangan Dato Harun membela nasib orang Melayu tidak disenangi dikalangan pemimpin tertentu dalam UMNO-beliau ada musuh dalam selimut.Lihat http://www.viweb.freehosting.net/viint_Harun.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Dato'_Harun_Idris
Friday, 22 February 2008
INTELIJENSIA DIDEKAN MELAYU DALAM POLITIK TANAH MELAYU 1920AN-1945
Oleh: Ismail Said
Pendidikan Orang-orang Melayu
Pendidikan Orang-orang Melayu
British menyedari bahawa orang-orang Melayu keseluruhanya masih patuh kepada "traditional elite",maka pihak Inggeris telah mendirikan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dalam tahun 1905 sebagi satu pusat budaya yang mencanai anak-anak bangsawan Melayu dengan pendidikan Inggeris,nilai-nilai dan pandangan Barat dan bila tamat disitu bekerja dengan perkhidmatan awam. Manakala untuk orang-orang Melayu kebanyakan yang rata-ratanya dari golongan tani dan nelayan, memadailah anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah rendah Melayu untuk menjadikan seorang anak nelayan atau anak tani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya dulu.
Thursday, 21 February 2008
ULUSAN BUKU: UTUSAN MALAYSIA
Untuk mendapatkan insight Ahmad Boestamam: -
Nama Buku:Memori Ahmad Boestaman: Merdeka dengan Darah dalam Api
(http://www.penerbit.ukm.my/review_boestamam.htm)
Pengarang: Ahmad Boestamam
Penerbit :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun Terbitan: 2004
Halaman:384
Nama Buku:Memori Ahmad Boestaman: Merdeka dengan Darah dalam Api
(http://www.penerbit.ukm.my/review_boestamam.htm)
Pengarang: Ahmad Boestamam
Penerbit :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun Terbitan: 2004
Halaman:384
Quote: " Ishak Haji Mohammad menganggap bahawa dalam golongan bangsa Melayu bilangan orang2 yang tidak mahu champor dalam sebarang gerakan,pakatan bangsa atau usaha bangsa-nya maseh banyak.tetapi kebanyakan mereka itu bukan-nya orang kampong melainkan ia-lah orang2 yang bekerja dalam jawatan kerajaan,orang bangsawan dan orang2 yang menyangkakan diri-nya sendiri sudah senang"- ISHAK HAJI MOHAMMAD (Pak Sako)
ZAINAL ABIDIN BIN HAJI ALIAS
Zabha
Lahir di Muar,Johor dalam tahun 1919,berkelulusan sekolah Melayu dalam tahun 1935 dan kemudianya menjadi kerani solicitor.menulis untuk Warta Malaya secara sambilan dan dalam tahun 1937 dijemput menjadi sidang pengarang Utusan melayu dan beliau terus menjadi wartawan Utusan Melayu hingga malaya Merdeka dan tahun-tahun seterusnya.
SENU BIN ABDUL RAHMAN
Lahir di Jitra,Kedah dalam tahun 1919. Pernah menulis dalam tahun 1939 hingga 1945.Bersekolah Melayu di Jitra dan tahun 1936 menjadi guru pelatih. Tahun 1937 hingga 1939 melanjutkan pelajaran ke MPSI. Dalam zaman Jepun cergas dalam MPAJA.Bersama-sama Khir Johari, Senu telah menubuhkan Seberkas dan menjadi Setiausaha dari tahun 1945 hingga 1947.Beliau cergas dalam Persatuan Melayu Kedah. Mewakili Persatuan Kedah dan Seberkas dalam Kongres Melayu Se Malaya yang telah melahirkan UMNO. Tahun 1948 pergi ke Amerika dengan tujuan melanjutkan pelajaran.Kembali ke Malaya dilantik menjadi Setiausaha Agong UMNO hingga tahun 1957.Usaha-usaha beliaulah yang menjayakan pergerakan UMNO dan Perikatan dan dilantik menjadi Duta Besar ke Indonesiapada 31hb Ogos 1957.
MUHAMMAD YASIN MAAMOR
Lahir di Selangor . Tamat dari MPSI dalam tahun 1931.dari tahun 1932 hingga 1937 menjadi ketua pengarang majjalah Guru.Semangat perjuangan Kebangsaan ditanam menerusi penulisan.
ABDULLAH SIDEK
Lahir di Segamat dalam tahun 1913. Setelah tamat sekolah Melayu dalam tahun 1928 beliau meneruskan pelajaran ke Maktab latihan Melayu di Johor Bahru dan penutupan Maktab ini dalam tahun 1929 beliau berpindah belajar ke MPSI dalam tahun 1931.Pulang mengajar di Johor. Melalui Mari Kita Berjuang ditanamnya semangat perjuangan kebangsaan.Dalam tahun 1946 berjaya menubuhkan cawangan Pergerakan Melayu Semenanjung.Cergas dalam UMNO dan juga Kesatuan Guru-Guru Melayu Johor dan lain-lain badan persuratan seperti Lembaga bahasa Melayu Singapura dan Kongres Persuratan Melayu.
Wednesday, 20 February 2008
AHMAD BIN ABDULLAH
Ahmad Bakhtiar
Lahir dalam tahun 1902 di Kajang,Selangor. Bersekolah Melayu di Semenyih. Tahun 1919 melanjutkan pelajaran ka Maktab Perguruan Melayu Melaka dan kemudiannya ke MPSI berkursus dan terus dilantik menjadi guru di MPSI hingga menjadi guru besar sampai bersara dalam tahun 1954. Memberi semangat kebangsaan kepada pelajar-pelajar MPSI di samping menulis dalam Chendera Mata. Kebanyakan tokoh-tokoh intelijensia di dekan Melayu keluaran MPSI adalah bekas-bekas penuntutnyaseperti ibrahim, Senu dan lain-lain lagi.
RAHIM KAJAI
Abdul
Lahir di Setapak dalam tahun 1894. Tahun 1905 tamat sekolah Melayu darjah V dan dalam tahun 1906 dihantar ke Mekah untuk belajar Ugama Islam dan Bahasa Arab. Tahun 1909 pulang ke Malaya.Tahun 1912 menjadi pengatur huruf pada Malaya Publishing House .Berhenti dari jawatan ini dan bekerja pula sebagai pelukis sementara di Jabatan Ukur di Kuala Lumpur. Diantara tahun 1913-1917 berada di Mekah menguruskan perniagaan almarhum ayahnya.Pulang ke Malaya menjadi wartawan sambilan pada Utusan Melayu dan Lembaga Melayu .Tahun 1924 pulang semula ke Mekah dan tinggal disana selama 3 tahun. Pulang ke Malaya pada tahun 1928 menjadi penulis khas Saudara dan tahun 1930 menjadi pengarang. Beliau menerima pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi (http://members.tripod.com/~sasteramaya/ALHADI.htm ) (http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Sheikh_Syed_Ahmad_Al-Hadi ). Tahun 1931 menjadi pengarang Majlis .Pada tahun 1935 menjadi wartawan Khas Warta Malaya .Pada tahun 1939 pindah ke Utusan Melayu sebagai Ketua pengarang.Pada tahun 1942 menjadi ketua pengarang Berita Malai .Meninggal dunia pada tahun 1943. Beliau pernah menjadi anggota KMS (Singapura) dan KMS ( Selangor).Perjuangannya adalah banyak sekali melalui pena yang mana telah memberi kesedaran kepada orang-orang melayu sosio-ekonomi dan sosio-politik.
ISHAK BIN HAJI MOHAMMAD
Pak Sako
Lahir di Temerloh dalam tahun 1912.Pendidiken Sekolah Inggeris Bentong dan MCKK Kuala Kangsar dan selepas itu menjawat sebagai cadet 'Junior Administrative Service'. Kerana adanya perbezaan dan penindasan pehak kolonial terhadap pegawai-pegawai Melayu, Ishak telah meninggalkan jawatannya sebagai megistrate, lalu berkecimpung dalam bidang kewartawanan.Sama-sama memimpin Warta Malaya, Majlis dan lain-lain lagi bersama-sama Ibrahim Yaakob.Pernah berkhidmat dalam Utusan Melayu di Singapura.Dalam politik pernah memimpin bersama-sama KMM. Pernah menjadi Ketua 1PKMM.Ishak juga merupakan jawatankuasa pemandu bagi menjayakan Kongress Pemuda dalam tahun 1955. beberapa kali kena tahanan politik sama ada dalam KMM atau dalam PKMM dan seterusnya dalam Front Sosialis Raayat Malaysia.Terkenal sebagai seorang pengarang yang sinis dan menggunakan pena untuk perjuangan politiknya.
IBRAHIM BIN HAJI YAAKOB
IBHY
Lahir di Kertau,Temerloh,Pahang pada tahun 1911.Satelah tamat sekolah Melayu beliau melanjutkan pelajaran ka MPSI dalam tahun 1929 hingga 1931.Mengajar di Bentong,Pahang dan pada tahun 1937 telah ditukarkan ka Polis Depot Kuala Lumpur,mengajar disana.Telah meletakkan jawatan dari guru pada tahun 1939 dan menjadi wartawan.Menjadi pemimpin Majlis dan Warta Malaya .Menjadi pemimpin badan politik pelajar semasa di MPSI,memimpin KMM,PETA,KRIS dan KMM di Djakarta.Melarikan diri ke Indonesia satelah pendudukan samula kuasa British.Cergas dalam perjuangan politik Malaya di seberang laut.Pernah menjadi tokoh penting dalam politik di Indonesia.
Subscribe to:
Posts (Atom)

