Friday, 7 February 2014
Tuesday, 20 May 2008
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 23
Tuesday, 29 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 22
Thursday, 24 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 21
Friday, 18 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 20
Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 19
- Bahawa keadaan kekusutan yang menimpa UMNO itu hanya boleh diselesaikan menerusi satu usaha yang padu sahaja.
- Bahawa sekiranya terdapat banyak kumpulan yang menjalankan usaha-usaha yang berlainan dan bercanggah,keadaan kekusutan itu tidak akan dapat di atasi.
- Dan,tanggungjawab dan tumpuan harapan seharusnyalah kepada pucuk pimpinan yang ada, iaitu Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad dan Encik Ghafar Baba serta Majlis Tertinggi yang terpilih pada 24 hb. April 1987 kerana merekalah yang seharusnya diiktiraf sedemikian berasaskan kepada prinsip amalan politik dan demokrasi.
Saya juga telah beberapa kali menyatakan bahawa UMNO hanya diisytiharkan tidak sah dari segi undang-undang sahaja. Oleh sebab itulah UMNO yang dipulihkan itu diberi nama "UMNO Baru ". Dari segi bentuk, rupa, semangat dan realiti politiknya, pada pendapat , anggapan serta harapan saya, "UMNO Baru " itu ialah UMNO yang asal, UMNO yang wujud sejak tahun 1964.
Malangnya, apa yang saya nampak sedang berlaku sekarang ini amatlah membimbangkan. Saya beranggapan demikian berasaskan kepada kenyataan-kenyataan yang dihebahkan oleh penaja-penaja menerusi media masa sejak kebelakangan ini .
Diantara kenyataan-kenyataan yang mengkhuatirkan ialah:
- Apabila begitu ramai jagoh-jagoh dan pejuang-pejuang parti digugurkan sewaktu Jawatankuasa Penaja peringkat Nasional dan Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli Jawankuasa Penaja peringkat bahagian dilantik;
- Apabila orang-orang tertentu diputuskan tidak boleh menjadi ahli.
- Apabila jawatan-jawatan tertentu tidak boleh ditandangi di peringkat bahagian dan nasional.
- Apabila tiap-tiap ahli dan penubuhan tiap-tiap cawangan akan hanya ditentu dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi.
Mengikut pemerhatian saya nampaknya, asas penerimaan seseorang ahli UMNO asal ke dalam "UMNO Baru ", khususnya untuk memegang jawatan-jawatan, ialah sama ada seseorang itu "orang kita " atau tidak. Ukuran "orang kita" inipun begitu simple nampaknya, iaitu pernahkah individu itu membuka mulut untuk menegur, mengkritik, menandingi atau menyokong seseorang bagi menandingi "orang kita "? Kecuali beberapa individu tertentu sahaja, semua yang digugur nampaknya adalah kategori bukan "orang kita ".
Sayugia diingat bahawa UMNO dalam bahasa Melayunya ialah "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ". UMNO ialah pertubuhan yang mengamalkan prinsip politik demokrasi. Ideologinya ialah Kebangsaan . Dan tujuanya ialah menyatupadukan orang-orang Melayu .
Alam semulajadi orang-orang Melayu sebenarnya membuktikan bahawa kita benar-benar bertradisikan demokrasi, di mana musyawarah menjadi amalan, kebisaan dan cara hidup sehari-hari. Musyawarah maknanya bertukar-tukar fikiran, memberi nasihat, memberi teguran dan sebagainya. Musyawarah juga bermakna penerimaan pandangan , nasihat dan tegur-menegur dengan semangat muhibbah. Ia tidak bermakna penyingkiran mereka yang menegur atau mengkritik. Musyawarah berasaskan ekpada prinsip toleransi .
Keahlian "UMNO Baru " nampaknya oleh mereka yang berkuasa sebagai satu anugerah dan kurniaan instimewa daripada mereka dan seseorang yang menerimanya seolah-olah dituntut supaya berterimakasih. Ini pasti bukan semangat UMNO.
Perkara-perkara yang saya sebutkan di atas bukan sahaja telah menimbulkan kebimbangan , malahan kebingungan, kegelisahan, kekecewaan dan ada kalanya , permusuhan , di kalangan ahli-ahli UMNO asal . Sementara sebahagian dari ahli-ahli UMNO asal, orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya, menggantungkan harapan kepada pucuk pimpinan yang ada sekarang untuk mencari penyelesaian yang sewajar-wajarnya, terdapat pula pihak yang mengemukakan beberapa alternatif lain , seperti usaha untuk memulihkan UMNO asal melalui proses mahkamah , dan juga melalui "percaturan politik " yang melibatkan beberapa negarawan ulung dan juga pihak istana.
Semua langkah-langkah ini, walaupun demokratik dan berasaskan kepada alasan-alasan yang tertentu, ianya menjadi lebih haru-biru apabila kempen mencari pengaruh juga di jalankan menerusi pengedaran beebrapa surat rayuan dan kaset video dan juga penganjuran beberapa ceramah dan perjumpaan .
Demi maruah dan perpaduan Melayu dan demi keunggulan politik Melayu serta demi kestabilan dan kesejahteraan negara:
- Saya merayu dan menyeru kepada bekas ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO asal yang menjalankan usaha-usaha alternatif supaya mengkaji semula tindakan mereka dan seterusnya mencari jalan mengelakan berlakunya ketegangan suasana politik dan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.
- Kepada mereka yang berkuasa dan bertanggungjawab menubuhkan "UMNO Baru " supaya mengambilkira kenyataan-kenyataan saya seperti di atas dan mengelakkan "UMNO Baru "dari menjadi satu pertubuhan yang menggunakan nama UMNO tetapi sebenarnya satu parti yang benar-benar baru mengikut kehendak sekumpulan terhad orang-orang Melayu sahaja. Apa jua pertukaran bentuk dan corak, khususnya dari segi peraturan-peraturan dan perlembagaan, tidaklah sewajarnya diputuskan begitu awal dan dengan tergesa-gesa.
- Kepada pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab menubuhkan "UMNO Baru " saya juga merayu dan menyeru supaya mengambil sikap yang positif dan membina di dalam memutuskan perlantikan jawatan-jawatan dan peneriman keahlian "UMNO Baru ". Hanya dengan menerima kesemua ahli UMNO asal ke dalam "UMNO Baru " sahaja akan mewujudkan perpaduan orang Melayu.
- Kepada pihak yang berkuasa dan kepada pihak yang sedang menjalankan usaha-usaha alternatif, saya merayu janganlah hendaknya mengheret negarawan-negarawan ulung yang seharusnya terus di julang dan dimuliakan. Saya juga merayu supaya janganlah hendaknya digunakan istana kerana ini pasti akan mencemarkan penghormatan dan kedudukannya sebagai simbol perpaduan negara.
- Kepada bekas-bekas ahli UMNO asal yang kini mungkin sedang berada dalam keadaan kebingungan, kekeliruan dan hampir putus harapan, saya menyeru dan merayu supaya mereka sentiasa bersikap positif dan optimis dan tidak hampa atau putus harapan terhadap usaha-usaha dan langkah-langkah untuk mewujudkan semula UMNO.
- Kepada orang-orang Melayu yang tidak terlibat dengan UMNO asal dan "UMNO Baru" serta rakyat Malaysia keseluruhanya, saya menyeru dan merayu supaya berpandangan positif dan optimis dan mengelakkan diri mereka dari penglibatan langsung atau tidak langsung dalam apa jua tindak tanduk yang boleh menancam kestabilan dan ketenteraman politik negara.
Saya sedar dan insaf bahawa kenyataan saya ini pasti akan diberi tafsiran pro dan kontra. Kedudukan peribadi saya tidak penting. Survival UMNO dan dengan secara langsung survival , perpaduan dan maruah orang-orang Melayu dan keunggulan politik Melayu amat penting dalam saat-saat yang serba mencabar ini .
ALLAH SELAMATKAN UMNO
Datuk Musa Hitam
Kuala Lumpur
7hb.April 1988.
Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 18
Monday, 14 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 17
- Mereka yang mengambil bahagian dalam pemilihan semua peringkat ( Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agong) pada tahun 1987 telah melakukan kesalahan ibawah seksyen 43 Akta Pertubuhan. Oleh yang demikian pada masa yang berkenaan (1987) . UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidaksah disisi undang-undang ( unlawful) dan jesteru semua pemilihan yang dibuat bagi tempoh itu adalah tidak sah juga. Kehendak seksyen 12(3) Akta yang sama telah tidak dipenuhi,malah telah dicabul dengan adanya cawangan-cawangan tertentu mengambil bahagian didalam peroses mesyuarat agong masing-masing diperingkat Bahagian .Oleh itu semua pegawai parti yang terpilih pada 24 April 1987 di Perhimpunan Agong ke37 adalah tidak sah.
- Jalan keluar yang paling nyata ialah bagi pegawai-pegawai parti yang terpilih pada tahun 1984 mengadakan pemilihan baru disemua peringkat selepas memperolehi kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan bagi semua cawangan yang belum terdaftar. Barang diperingati: walaupun hingga kesaat-saat akhir perbicaraan kes ini hanya 3 cawangan (dalam bahagian Rantau Panjang) yang telah didaftarkan. Selainnya (27 Cawangan) tiada berbuat apa-apa. Nyatalah UMNO masih merupakan sebuah pertubuhan yang masih tidaksah. Kes ini berbeza dari kes Vethanayagam v Karuppiah & Others (1968) dimana sebelum perbicaraan cawangan MIC berkenaan telah didaftar dengan kelulusan Pendaftar. Kes UMNO ini tidak boleh disamakan dengan kes MIC itu .
- Hakikatnya ialah bahawa hanya ada satu UMNO di peringkat Kebangsaan : hanya satu UMNO diperingkat Bahagian dan satu UMNO diperingkat Cawangan .
- Akta Pertubuhan adalah pada asasnya digubal bagi tujuan menghapuskan pertubuhan-pertubuhan gelap ( secret societies) .Pada satu ketika dahulu pertubuhan-pertubuhan sukan dan kemasyarakatan telah dikecualikan daripada Akta tersebut. Tetapi keadaan ini telah berubah. Parti-parti politik tidak seharusnya berada dibawah bidangkuasa Akta Pertubuhan yang ada sekarang kerana skop dan bidangnya amat berlainan. Punca masalah yang timbul ialah cawangan-cawangan parti politik boleh diwujudkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin-pemimpin tempatan untuk tujuan mendapatkan sokongan dalam pilihanraya .
PERSOALAN?
- Kenapa akhbar Utusan malaysia , New Straits Times, Berita Harian dan lain-lain akhbar tempatan (selain dari The Star) tidak menyiarkan berita ini sepenuhnya? Sebabnya ialah semua editor akhbar-akhbar berkenaan takut pada Mahathir kalau-kalau permit penerbitan mereka ditarik balik . Maka teruslah mereka menyorokkan berita penting itu. Umum tahu: siapa dalam dunia ini yang memegang jawatan Perdana Menteri ,Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman serentak dan sekaligus? Dr.Mahatirlah orangnya. Dia yang beri kuasa,dia yang tangkap dan dia yang buat keputusan macam hakim.Mujur ,hakim macam Datuk Harun Hashim tidak mengikut telunjuk Mahathir .
- Dengan keputusan seperti diatas apa ertinya pada kita pejuang UMNO Lama? Ertinya ialah semua pemimpin yang terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1984 boleh bermesyuarat sekarang dan ambil langkah mengadakan Perhimpunan Agung baru,mesyuarat Bahagian Baru dan mesyuarat Cawangan Baru dengan syarat 30 cawangan (sekarang tinggal 27 cuma) yang masih eblum mendapat kebenaran/pendaftaran didaftarkan segera. Adalah diduga,kebenaran/pendaftaran tidak akan diperolehi dengan mudah dari Pendaftar Pertubuhan jika diukur sifat peranganya dimasa kebelakangan ini . Yang anihnya ialah bahawa pada tahun 1984 cawangan-cawangan yang 30 itu belum ujud lagi ! Walau bagaimanapun syarat bahawa 27 cawangan itu perlu didaftarkan adalah nas undang-undang pertubuhan (kes Vithayanagan) yang hanya mungkin dapat diketepikan jika dibuktikan bahawa pada tahun 1984 sesungguhnya cawangan-cawangan itu belum pun ujud lagi .
- Apa jadi dengan kes rayuan kumpulan 11 ke Mahkamah Agong? Semasa rayuan dibuat keputusan bertulis Hakim Datuk Harun Hashim beluam keluar. Peguam cuma dapat mengasaskan pendapat mereka pada keputusan lisan Hakim itu yang mana didapati kebanyakan aspek keputusan itu adalah sama denagn keputusan bertulisnya. Dalam keputusan lisannya Justice Harun tidak ada menyebut langsung tentangfakta bahawa Pegawai-Pegawai parti UMNO yang terpilih pada tahun 1884 bolehlah bermesyuarat semula untuk mengadakan mesyuarat baru disemua peringkat . Beliau juga tidak ada menyebut tentang fakta bahawa hanya ada SATU UMNO di semua peringkat .
- Jika MT 1984 dianggap sah oleh Hakim berkenaan bermaknalah bahawa UMNO itu tidak mati . Bermakna bahawa UMNO yang tidaksah hanyalah UMNO 1987 sehingga ianya dikeluarkan dari daftar pertubuhan oleh Pendaftar Ini juga bererti bahawa ,dengan tidak secara terus-terang, doktrin yang baik tetapi baik yang buruk tetap buruk (docrine of severance).telah dipakai oleh Hakim Datuk Harun . Oleh itu tidak semestinya rayuan ke mahkamah Agong itu diteruskan memandangkan bahawa sudah jelas ada peluang bagi UMNO Lama untuk terus hidup. Yang menjadi titik penghalang kini ialah syarat bahawa cawangan-cawangan yang 27 itu didaftarkan .Walau bagaimanapun isu ini harus didebatkan dengan lebih mendalam lagi sebelum diambil keputusan . jika rayuan tidak diteruskan Kumpulan 11 masih perlu mendapatkan butir-butir lanjut dari keputusan Justice Harun itu, yakni berhubung denagn kedudukan 27 cawangan yang tidak berdaftar itu. Pokoknya ialah bahawa UMNO 1984 msih hidup!
- Bagaimana kedudukan UMNO baru dalam kontek keputusan tertulis Hakim Datuk harun ini? Nama "UMNO"itu barang sudah tentu tidak sah lagi digunakan sebagai sebuah parti politik kerana ianya mengelirukan; kerana UMNO 1984 masih ujud! Tiada pilihan dalam soal ini kecuali Parlimen memindanya . Dalam pengertian ini pucuk pemimpin UMNO Baru harus kecewa kerana nama "UMNO" itu tidak boleh digunakan lagi. Mereka juga tidak boleh menganggotai secara otomatis UMNO 1984 kerana mereka semua telah menubuhkan parti baru. Dalam pada itu Pendaftar memang ada kuasa untuk membuat beberapa penyesuaian tetapi semata-mata kerana boss (Mahathir) punya kehendak . Penyesuaian yang dimaksudkan itu disini bukanlah mutlak baginya. Sebarang langkah pentadbiran yang diambil oleh beliau masih boleh dipersoalkan diMahkamah. Jesteru beberapa langkah di Mahkamah masih perlu diambil bagi mendapatkan kejituan peengertian UMNO 1984 itu .
Dengan keputusan baru ini perjuangan pemimpim-pemimpin UMNO Baru kian malap. Tidak semudah yang mereka fikirkan pada awalnya untuk menenggelankan UMNO Lama dan perjuangan pemimpin-pemimpin serta pendokong mereka !
Tarikh bertuah : 26 April 1988
Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 16
Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 15
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 14
- Pengerusi Tetap: Sdr Haji Khalid Yunus
- Timbalan Pengerusi Tetap: Said Taib
- Ketua Pemuda: Anwar Ibrahim
- Naib Ketua Pemuda: Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
- Setiausaha Agung: Sanusi Junid
- Pen.Setiausaha Pemuda: Zainal Abidin Husman
- Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin - AJK (Johor)
- Mohamed Nazri Tan Sri Abd Aziz Yeop -AJK (Perak)
- Mohamed Mazlan Idris- AJK (Pahang)
- Dr.Abdullah Fadzil Che Wan-AJK (Perak)
- Dusuki Haji Ahmad-AJK (Kelantan)
- Abu Bakar Mohd Dewa-AJK (Johor)
- Zakaria Said- AJK (Kedah)
- Tamrin Abdul Ghafar-AJK ( Melaka)
- Mohd Padil Haji Harun-AJK (Perak)
- Haji Awang Jabar-AJK (Terengganu)
- Mohd Fahmi Haji Ibrahim-AJK ( Selangor)
- Hashim Safin@ Shafain- AJK (Kelantan)**
- Dr.Suleiman Mohamed-AJK (Wilayah Persekutuan)
- Sulaiman Aris (Johor)
Kelas 1984-1986 telah mewujudkan banyak Biro-Biro diantaranya ialah Biro Buruh dan Tenaga Rakyat 1984-1986 yang saya adalah diantara salah seorang Ahli Jawatankuasanya;
- Haji Mohd Padil Haji Harun (arwah) -Pengerusi
- Abas Ali-Setiausaha
- Ibrahim Baba -AJK (Jelutong)
- Jamaluddin Haji Rahim-AJK (Bagan serai)
- Ahmad Azizi Hamidon-AJK (Kuala Kangsar)
- Izhar Hj Saidin-AJK (Ipoh)
- Ahmad Mohd Salleh-AJK( Sungai Besi)
- Ishak Ismail-AJK (Seremban)
- Ibrahim Jendol-AJK ( Alor Gajah)
- Adnan Yaacob -AJK ( Betong-Menteri Besar Pahang)
- Jamaluddin Haji Abu Bakar -AJK ( Ledang)
- Mohd Amir Abas Zainal Azim-Ajk (Kuala Kangsar)
- Mat Isa Ismail-AJK (???)
- Suhaimi Yaacob-AJK (Kota Baharu,Kelantan)
- Jaafar Haji Din-AJK (???)
- Ahmad Shukri Haji Hassan-AJK (???)
- Raja Ahmad Zainuddin Raja Hj Omar -AJK (Larut)
- Abdul Aziz Sheikh Meer-AJK (Bagan,Pulau Pinang)
- Haji Osman Jais-AJK (???)
- Zakaria Mahmood-AJK (Perlis)
- Zazlan Haji Samin-AJK (Sungai Siput).
Saya juga pernah dilantik sebagi AJK Biro Kesejahteraan Sosial Pergerakan Pemua UMNO Malaysia bagi tempoh 1986-1988 yang dipengerusikan oleh arwah Dato Mohd Padil Haji Haron.
** meninggal dunia pada 11-4-2008 dalam usia 59 tahun setelah kena serangan jantung dan komma jam 3.00 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia. Berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 14 ini; adalah satu dedikasi untuk arwah.Semoga Allah merahmati rohnya.
Saturday, 12 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 13
Thursday, 10 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 12
Wednesday, 9 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 11
- PERJUANGAN UMNO SESUAI DENGAN ALIRAN ZAMAN -oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj .
- PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA-oleh Tun Abdul Razak bin Hussein.
- MALAYSIA dan KONFRANTASI INDONESIA-oleh Tun (Dr) Ismail.
- Dasar Pelajaran Kebangsaan Menuju Ka-arah Membentok Satu Aliran Masharakat Bercorak Malaysia- oleh Mohd.Khir Johari.
- Sa-Layang Pandang Sejarah Perjuangan UMNO 20 Tahun-oleh Tan Seri Syed Jaáfar Albar.
- ORANG2 MELAYU DENGAN UMNO-oleh Abdul Ghafar bin Baba.
- FALSAFAH PERJUANGAN UMNO-oleh Senu Abdul Rahman.
- Tugas Besar UMNO Menumbangkan Malayan Union,Tetapi Apa-kah Yang Di-dapati Oleh Raáyat-oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
- Bahasa Kebangsaan Sa-bagai Bahasa Perpaduan Kebangsaan-oleh Syed Nasir bin Ismail.
- MALAYSIA DAN BANGSA2 BERSATU -oleh Tan Sri Nik Ahmad Kamil.
- Sa-layang Pandang Ranchangan Lima Tahun Pembangunan Negara-oleh Abdul Rahman Yaácob.
- PERKEMBANGAN PERTANIAN DI- MALAYSIA BARAT-oleh Mohamad bin Jamil.
Buku ini mengandungi 123 muka surat disertakan dengan beberapa muka Sekalong Budi oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin masyarakat ketika itu .
Untuk mendapatkan salinan photokopi e-mail : abas182@gmail.com
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 10
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 9
Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 8
Tuesday, 8 April 2008
Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 7
Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 6
- Mereka ada bukti bahawa ada cawangan UMNO didalam Bahagian tertentu tidak didaftarkan penubuhannya;
- Dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan katakanlah ahlinya kurang daripada 100 orang berhak memilih dan menghantar wakil ke Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian iaitu seramai 3 orang iaitu dua wakil dan Ketua Cawangan secara automatik;
- Perlembagaan UMNO mengatakan mana-mana cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan melalui UMNO Bahagian dikira tidak ujud. Mana cawangan yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan walaupun tidak mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan boleh menghadiri ke Persidangan Perwakilan Bahagian tetapi bertaraf pemerhati- tidak boleh mengundi, dipilih ataupun berucapabaik mewakili cawangan atapun lain-lain pihak;
- Kalau Bahagian "over-looked"atau dengan sengaja ataupun tidak sengaja membenarkan perwakilan cawangan ini turut serta bermesyuarat, dipilih sebagai Ahli Jatankuasa ataupun dipilih menjadi wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO, maka dengan sendirinya "status"beliau tidak sah kalau mengikut Akta Pertubuhan;
- Kalau Perhimpunan Agong menerima perwakilan Bahagian ini , maka dengan sendirinya ia tidak sah. maka Perhimpunan Agong UMNO pada 24-4-1987 jadi tidak sah kalau mengikut Akta Pertubuhan .
Mereka memohon kepada Mahkamah bahawa Perhimpunan Agong UMNO pada tarikh yang dinyatakan diatas TIDAK SAH DAN BATAL- null and void .
Sebelum mereka memutuskan untuk memfailkan kes ke Mahkamah , mereka telah memaklumkan kepada Setiausaha Agong UMNO bahawa terdapat "discrepansi" dalam beberapa Bahagian UMNO semasa mereka emngadakan Persidangan Perwakilan Bahagian masing-masing .
Mereka meminta pihak Setiausaha Agong menyiasat "discrepansi"ini dan mengemukakan pendapat mereka seperti berikut;
- Menyiasat secara penuh dan meminta Bahagian yang terlibat mengadakan semula Persidangan Perwakilan mereka ataupun;
- Bahagian yang terlibat dibenarkan hadir ke Perhimpunan Agong berstatuskan "pemerhati".
Kedua-dua cadangan mereka ditolak oleh Setiausaha Agong dengan alasan itu membuang masa dan Perhimpunan Agong sudah hampir mustahil tetapi mereka berpendapat perkara nombor 2 diatas adalah alternatif terbaik . Sayangnya kata mereka UMNO tidak melihat akan option ini dan mengambil peluang ini-"mana ada risko ",kata mereka.
Akhirnya ia menjadi sejarah - " lain yang dipinta lain yang didapati ".
Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 5
"Teman, semalam pergi ke Kuala Lumpur dengan Mat Modal ke Kuala Lumpor"kata seorang ahli Cawangan Batu Tersusun, Bidor., "hebat Kuala Lumpur, tidur di Hotel Merlap, makan jangan cakap la weh , coffee-house saja. Bukan itu sahaja, mike tahu la gosok-gosok tu pun ada".tambahnya.
"Ape ke bendanya gosok-gosok tu...", tanya seorang lagi.
"Kalau nak rasa , ikut la teman lain kali". tamatnya .
Oleh kerana untuk menguatkan kedudukanya yang semakin meruncing, Ketua Bahagian pasti akan menubuhkan banyak lagi cawangan yang pro -kepimpinannya, kerana banyak cawangan ditubuhkan , maka akan banyaklah undi wakil yang akan diperolihinya . Permohonan untuk membuka cawangan baru "full-stop" sekiranya datang daripada puak baru ini.
Apakah langkah yang dilakukan oleh golongan "plutokrat".
Kekayaan baru yang mereka perolehi- wang ."Money buys everthing".
Oleh kerana ghairah menubuhkan cawangan baru , ada yang lupa didaftarkan oleh Ketua Bahagian, mungkin alpa, mungkian tiada kesan sampingan tetapi satu perkara yang dilupai dalam politik - musuh tidak akan lupa akan kita !