Friday 22 February 2008

INTELIJENSIA DIDEKAN MELAYU DALAM POLITIK TANAH MELAYU 1920AN-1945

Oleh: Ismail Said

Pendidikan Orang-orang Melayu

British menyedari bahawa orang-orang Melayu keseluruhanya masih patuh kepada "traditional elite",maka pihak Inggeris telah mendirikan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dalam tahun 1905 sebagi satu pusat budaya yang mencanai anak-anak bangsawan Melayu dengan pendidikan Inggeris,nilai-nilai dan pandangan Barat dan bila tamat disitu bekerja dengan perkhidmatan awam. Manakala untuk orang-orang Melayu kebanyakan yang rata-ratanya dari golongan tani dan nelayan, memadailah anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah rendah Melayu untuk menjadikan seorang anak nelayan atau anak tani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya dulu.

Thursday 21 February 2008

Link

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ishak_Haji_Muhammad
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sardon_Haji_Jubir
http://members.tripod.com/~sasteramaya/KAJAI.htm

ULUSAN BUKU: UTUSAN MALAYSIA

Untuk mendapatkan insight Ahmad Boestamam: -
Nama Buku:Memori Ahmad Boestaman: Merdeka dengan Darah dalam Api
(http://www.penerbit.ukm.my/review_boestamam.htm)
Pengarang: Ahmad Boestamam
Penerbit :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun Terbitan: 2004
Halaman:384
Quote: "Ibrahim Hj.Yaakob pula menyatakan,'ordinary Malays musn't meddle in politics because the politics of the states and its people are in the hands of the Sultan and the traditional elite who must be given complete loyalty.No Malay can betray his 'Raja'. ".-IBRAHIM HJ.YAAKOB
Quote: " Ishak Haji Mohammad menganggap bahawa dalam golongan bangsa Melayu bilangan orang2 yang tidak mahu champor dalam sebarang gerakan,pakatan bangsa atau usaha bangsa-nya maseh banyak.tetapi kebanyakan mereka itu bukan-nya orang kampong melainkan ia-lah orang2 yang bekerja dalam jawatan kerajaan,orang bangsawan dan orang2 yang menyangkakan diri-nya sendiri sudah senang"- ISHAK HAJI MOHAMMAD (Pak Sako)

ZAINAL ABIDIN BIN HAJI ALIAS

Zabha
Lahir di Muar,Johor dalam tahun 1919,berkelulusan sekolah Melayu dalam tahun 1935 dan kemudianya menjadi kerani solicitor.menulis untuk Warta Malaya secara sambilan dan dalam tahun 1937 dijemput menjadi sidang pengarang Utusan melayu dan beliau terus menjadi wartawan Utusan Melayu hingga malaya Merdeka dan tahun-tahun seterusnya.

SENU BIN ABDUL RAHMAN

Lahir di Jitra,Kedah dalam tahun 1919. Pernah menulis dalam tahun 1939 hingga 1945.Bersekolah Melayu di Jitra dan tahun 1936 menjadi guru pelatih. Tahun 1937 hingga 1939 melanjutkan pelajaran ke MPSI. Dalam zaman Jepun cergas dalam MPAJA.Bersama-sama Khir Johari, Senu telah menubuhkan Seberkas dan menjadi Setiausaha dari tahun 1945 hingga 1947.Beliau cergas dalam Persatuan Melayu Kedah. Mewakili Persatuan Kedah dan Seberkas dalam Kongres Melayu Se Malaya yang telah melahirkan UMNO. Tahun 1948 pergi ke Amerika dengan tujuan melanjutkan pelajaran.Kembali ke Malaya dilantik menjadi Setiausaha Agong UMNO hingga tahun 1957.Usaha-usaha beliaulah yang menjayakan pergerakan UMNO dan Perikatan dan dilantik menjadi Duta Besar ke Indonesiapada 31hb Ogos 1957.

MUHAMMAD YASIN MAAMOR

Lahir di Selangor . Tamat dari MPSI dalam tahun 1931.dari tahun 1932 hingga 1937 menjadi ketua pengarang majjalah Guru.Semangat perjuangan Kebangsaan ditanam menerusi penulisan.

ABDULLAH SIDEK

Lahir di Segamat dalam tahun 1913. Setelah tamat sekolah Melayu dalam tahun 1928 beliau meneruskan pelajaran ke Maktab latihan Melayu di Johor Bahru dan penutupan Maktab ini dalam tahun 1929 beliau berpindah belajar ke MPSI dalam tahun 1931.Pulang mengajar di Johor. Melalui Mari Kita Berjuang ditanamnya semangat perjuangan kebangsaan.Dalam tahun 1946 berjaya menubuhkan cawangan Pergerakan Melayu Semenanjung.Cergas dalam UMNO dan juga Kesatuan Guru-Guru Melayu Johor dan lain-lain badan persuratan seperti Lembaga bahasa Melayu Singapura dan Kongres Persuratan Melayu.

Wednesday 20 February 2008

AHMAD BIN ABDULLAH

Ahmad Bakhtiar
Lahir dalam tahun 1902 di Kajang,Selangor. Bersekolah Melayu di Semenyih. Tahun 1919 melanjutkan pelajaran ka Maktab Perguruan Melayu Melaka dan kemudiannya ke MPSI berkursus dan terus dilantik menjadi guru di MPSI hingga menjadi guru besar sampai bersara dalam tahun 1954. Memberi semangat kebangsaan kepada pelajar-pelajar MPSI di samping menulis dalam Chendera Mata. Kebanyakan tokoh-tokoh intelijensia di dekan Melayu keluaran MPSI adalah bekas-bekas penuntutnyaseperti ibrahim, Senu dan lain-lain lagi.

RAHIM KAJAI

Abdul
Lahir di Setapak dalam tahun 1894. Tahun 1905 tamat sekolah Melayu darjah V dan dalam tahun 1906 dihantar ke Mekah untuk belajar Ugama Islam dan Bahasa Arab. Tahun 1909 pulang ke Malaya.Tahun 1912 menjadi pengatur huruf pada Malaya Publishing House .Berhenti dari jawatan ini dan bekerja pula sebagai pelukis sementara di Jabatan Ukur di Kuala Lumpur. Diantara tahun 1913-1917 berada di Mekah menguruskan perniagaan almarhum ayahnya.Pulang ke Malaya menjadi wartawan sambilan pada Utusan Melayu dan Lembaga Melayu .Tahun 1924 pulang semula ke Mekah dan tinggal disana selama 3 tahun. Pulang ke Malaya pada tahun 1928 menjadi penulis khas Saudara dan tahun 1930 menjadi pengarang. Beliau menerima pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi (http://members.tripod.com/~sasteramaya/ALHADI.htm ) (http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Sheikh_Syed_Ahmad_Al-Hadi ). Tahun 1931 menjadi pengarang Majlis .Pada tahun 1935 menjadi wartawan Khas Warta Malaya .Pada tahun 1939 pindah ke Utusan Melayu sebagai Ketua pengarang.Pada tahun 1942 menjadi ketua pengarang Berita Malai .Meninggal dunia pada tahun 1943. Beliau pernah menjadi anggota KMS (Singapura) dan KMS ( Selangor).Perjuangannya adalah banyak sekali melalui pena yang mana telah memberi kesedaran kepada orang-orang melayu sosio-ekonomi dan sosio-politik.

ISHAK BIN HAJI MOHAMMAD

Pak Sako
Lahir di Temerloh dalam tahun 1912.Pendidiken Sekolah Inggeris Bentong dan MCKK Kuala Kangsar dan selepas itu menjawat sebagai cadet 'Junior Administrative Service'. Kerana adanya perbezaan dan penindasan pehak kolonial terhadap pegawai-pegawai Melayu, Ishak telah meninggalkan jawatannya sebagai megistrate, lalu berkecimpung dalam bidang kewartawanan.Sama-sama memimpin Warta Malaya, Majlis dan lain-lain lagi bersama-sama Ibrahim Yaakob.Pernah berkhidmat dalam Utusan Melayu di Singapura.Dalam politik pernah memimpin bersama-sama KMM. Pernah menjadi Ketua 1PKMM.Ishak juga merupakan jawatankuasa pemandu bagi menjayakan Kongress Pemuda dalam tahun 1955. beberapa kali kena tahanan politik sama ada dalam KMM atau dalam PKMM dan seterusnya dalam Front Sosialis Raayat Malaysia.Terkenal sebagai seorang pengarang yang sinis dan menggunakan pena untuk perjuangan politiknya.

IBRAHIM BIN HAJI YAAKOB

IBHY
Lahir di Kertau,Temerloh,Pahang pada tahun 1911.Satelah tamat sekolah Melayu beliau melanjutkan pelajaran ka MPSI dalam tahun 1929 hingga 1931.Mengajar di Bentong,Pahang dan pada tahun 1937 telah ditukarkan ka Polis Depot Kuala Lumpur,mengajar disana.Telah meletakkan jawatan dari guru pada tahun 1939 dan menjadi wartawan.Menjadi pemimpin Majlis dan Warta Malaya .Menjadi pemimpin badan politik pelajar semasa di MPSI,memimpin KMM,PETA,KRIS dan KMM di Djakarta.Melarikan diri ke Indonesia satelah pendudukan samula kuasa British.Cergas dalam perjuangan politik Malaya di seberang laut.Pernah menjadi tokoh penting dalam politik di Indonesia.

KAMALUDDIN BIN MOHAMMAD

Keris Mas
Lahir di Bentong, Pahang pada tahun 1923. Terdidek di sekolah Melayu hingga tamat darjah empat.Pergi ke Indonesia dan belajar di sekolah lanjutan selama tiga tahun,kemudia kembali ka Malaya. semasa perang Jepun menjadi kerani percetakan pada Malaya Publishing House.Salepas perang tinggal di pahang.Giat dalam politik kiri yang radikal dan progresif.Datang ke Singapura pada akhir tahun 1947 dan masuk Utusan Melayu Press,memimpin majallah Mastika.di Singapura giat lagi dalam politik sebagai anggota PKMM. Dalam tahun 1953 pergi ke Pulau Pinang bekerja pada Warta Negara Press.Setahun kemudian kembali bekerja pada Utusan Melayu Kemudian bekerja sebagai pengarang umum pada Dewan bahasa dan Pustaka di Johor Bahru pada tahun 1956 dan tahun 1957 berpindah ka Kuala Lumpur. Beliua merupakan salah saorang tokoh yang menubuhkan ASAS '50.Peranaanya dapat kita lihat dari segi fisikal dan mental.

HARUN BIN MOHD.AMIN

Harun Aminurrashidi
Lahir di Singapura pada tahun 1907.Belajar di Sekolah Melayu Telok Kurau. Melanjutkan pelajaran ke SITC,Tanjong malim dari tahun 1924 hingga 1927 dan seterusnya menjadi guru pula di SITC hingga tahun 1939 dimana beliau di hantar ke Kalimantan Utara untuk menjadi Penguasa Pelajaran. Berhenti dari jawatan ini dalam tahun 1946 dan kembali ke Singapura dan menjadi wartawan dan penerbit. Selain daripada menjadi pendidikan dan penulis,beliau juga menceburkan diri dalam KMM,PKMM dan juga salah seorang pemimpin dalam Kongres Pemuda Melayu Se Malaya yang telah melahirkan "sumpah pemuda". Perjuangan nya melalui penulisan terdapat dalam bentuk sajak,cerpen, esay dan nobel dengan menggunakan nama2 samaran seperti harun Aminurrashid,Har,Gastam Nagara,Adi dan Jaya .

Dr.Burhanuddin

Lahir pada 24hb Ogos 1911 di Kampong Changkat Tualang,Perak. Setelah tamat dari sekolah Melayu pada tahun 1924 beliau melanjtkan pelajaran ke Indonesia. Tahun 1926 kembali semula ke Malaya.Belajar di Pondok Pulau Pisang,Jitra,Kedah.Kemudian melanjutkan pelajaran ka Al-Mashhor,Pulau Pinang. Pada tahun 1928 meneruskan pelajaran ke India hingga mendapat doktor Ilmu Homeopathy. Beliau juga seorang penulis dengan nama penanya "Nun".Pernah menjadi naib Yang Di Pertua PKMM dan kemudian menjadi Penasihat Agong hingga parti ini diharamkan. Turrut serta dalam Kongres Melayu Se Malaya yang melahirkan UMNO. Menjadi Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-Bangsa Asia. Turut serta dalam Kongres Pemuda Melayu Sa Malaya yang telah melahirkan"sumpah pemuda". Turut hadir dalam persidangan Afro-Asia di Bandung dalam bulan Mac,1955.

ABDULLAHSANI BIN RAJA KECHIK -AHMAD BOESTAMAN

Ahmad Boestamam
Lahir pada 30hb November 1920 di Kampong Behrang Ulu, Tanjong Malim,Perak.Tamat darjah V,darjah yang tertinggi pada masa itu.dengan mendapat sijil pangkat pertama.Melanjutkan pelajaran Inggerig di Sekolah Anderson,Ipoh dari tahun 1933 hingga 1938.Tidak lulus peperiksaan akhir kerana tumpuan perhatian lebih pada karang mengarang.Menjadi pemberita Warta Malaya pada tahun 1940-1941 dan menceburkan diri dalam KMM dan dilantik menjadi Penolong Setiausaha Agong.Tiga bulan sabelum kekuasaan Jepun di Malaya beliau dikenakan tahanan politik dan dibebaskan dalam masa pemerintahan Jepun. Menerbitkan akhbar Suara Raayat di Ipoh setelah British berkuasa semula . menjadi Ketua 1 API dan ditahan lagi dalam tahun 1947 dan dibebaskan dengan denda $1,400 dan lagi sekali ditahan satelah Undang-undang Darurat diistiharkan dalam tahun 1948 dan dibebaskan dalam tahun 1955. Menubuhkan Partai Raayat dan menjadi ketua Umum dalam tahun 1955 dan juga menjadi penasihat Persatuan Bekas Pasukan keselamatan Malaya.Beliau juga menjadi sidang pengarang Pendoman. Pada tahun 1957 menerbitkan akhbar Fikiran Raayat .

SELAMAT DATANG DAN KENANGAN BUAT PARA NASIONALIS

Ramai yang telah lupa , bahawa Tanah Melayu, Malaya dan kini Malaysia telah melahirkan ramai "Nasionalis" didalam bingkai waktu (time framed) tertentu , ada yang lenyap,lesap dan hilang begitu sahaja, ada yang terus abadi dan dikenang hingga kesaat ini.