Saturday 12 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 13

AL-FATIHAH
Terkejut dan sedih rasanya apabila terbaca berita The Star , Saturday 12 April 2008 bertajuk- "Veteran politician Hashim Safin dies ".
Semoga Allah merahmati roh arwah dan juga berdoa agar kaum keluarganya bersabar menerima dugaan hidup ini.....hidup lawannya mati....
Arwah adalah "Kelas Pemuda Tahun 1984-1986 "seorang guru sekolah dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah ,Kelantan . Beliau juga pernah menjadi Setiauasaha kepada bekas Menteri Besar Kelantan- Tan Sri Muhammad Yaakub. Diantara anak muda Kelantan yang seiring dengan beliau yang masih lagi hidup (mungkin pada kiraan saya sekarang ini) antaranya ialah YB Datuk Ibrahim Ali (MP Pasir Mas) ; Rozali Ishak bekas ADO); Suhaimi Yaakob ( bekas Setiausaha Politik Tengku Ahmad Rituaddin); Mustafa Yaacob ; Annuar Musa ( tidak perlu diperkenalkan lagi ketokohannya) dan banyak lagi seperti Ramzi (pernah menjadi SUP Pak Lah ) adalah Kelas Pemuda UMNO Tahun 1984-1986 ,yang masih lagi saya ingat . Kesemuanya mereka ini muncul dan mengambil bahagian dalam Perkhemahan Pemuda UMNO Malaysia di Pulau Mentimun, Sungai Siput (U) Perak . Saudara Ramzi adalah rakan "dorm"saya dan kami sentiasa bersama semasa perkhemahan tersebut dan beliau juga adalah peserta dari Kelantan yang sampai dulu . Kesemua mereka ini adalah "tsunami baru " barisan kepimpinan Pemuda Kelantan yang baru daripada tarikan besi-berani Anwar Ibrahim .
Maaflah mana nama yang saya dah lupa .......arwah Hashim Safin bila dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai Exco Pemuda , secara kebetulan ,orang yang pertama beliau terjumpa ialah saya di Ibu Pejabat UMNO Malaysia Jalan Tunku Abdul Rahman . Beliau nampak segak dengan memaikai uniform Pemuda UMNO serba putih, tetapi rambutnya agak panjang . Saya kata padanya ;"Mana boleh rambut panjang , masuk first meeting nanti Anwar tegor ".
"Ya lah , mana kedai gunting", katanya sambil kami beredar dari lobi bangunan UMNO menuju kekedai gunting rambut di Jalan Sultan Sulaiman Satu,Kuala Lumpur .

Thursday 10 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 12

Setelah selesai perjumpaan kami dengan rombongan dari Kuala Lumpur itu , kami semua diminta oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak untuk menunggu seketika kerana ingin mengadakan perbincangan selanjutnya . Beliau memberitahu bahawa beliau telah dihubungi oleh pihak sebentar tadi tetapi tidak berani memberikan komitment, " lebih baik diadakan perjumpaan yang sebentar tadi", katanya kepada kami .
Kami diminat memberikan pendapat ditambah lagi semua cawangan Pemuda UMNO dan Bahagian akan mengadakan mesyuarat . Tiada keputusan kerana semua yang hadir masih lagi berada dalam keadaan "terpingga-pingga" ,masuh kabur . Kami semua masih lagi sayang dan hormat kepada Suhaimi Kamaruddin-tidak ada apa cacat dan cela baik keperbadian dan kepimpinannya .
Beberapa hari kemudiannya , kami dapat tahu bahawa Suhaimi Kamaruddin mengetahu perjumpaan di Hotel Station . Beliau dikatakan pergi menemui secara peribadi setiap ketua Pemuda UMNO Bahagian di Perak .
Bahagian Pemuda saya mencalonkan Suhaimi Kamaruddin seperti biasa dan dikatakan Anwar Ibrahim mendapat dua pencalonan sahaja di Perak . Kedudukan Exco Pemuda UMNO Malaysia ialah seorang Ketua , seorang Naib Ketua, sepuloh orang Exco sahaja .
Pemilihan kali ini diadakan ditempat yang sama iaitu di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 130 orang perwakilan . Anwar Ibrahim menang 10 undi dan dengan itu tamatlah kepimpinan Suhaimi Kamaruddin dan kemudiannya Belia 4B "umpaman hidup segan mati tak mahu" sehinggalah kehari ini .
Mula daripada itu Pemuda UMNO sudah tidak sama lagi , pengikut ( hardcore) Suhaimi Kamaruddin masih lagi terpacak , yang 50/50 cuba menyesuaikan diri dengan kepimpinan baru dan yang menunggu untuk masuk menunggu diluar pintu !
UMNO mula "terkoyap dua"apabila sayap kirinya iaitu Pemuda UMNO sudah membina satu sayap yang baru dan perpecahan ini di belakangnya ialah Tun Dr. Mahathir yang membawa masuk Anwar Ibrahim dan membiarkan sahaja tradisi UMNO itu dicarik . Sanusi Junid ada hubungan kait dengan Anwar Ibrahim melalui ABIM yang beliau bersama-sama asaskan . Setiausaha Politik Tun Musa Hitam (dari NS) dan Tajuddin Rahman adalah "Musa's boys".
Kemasukan Anwar Ibrahim bukan mengikut norm alam iaitu "if we cannot beat them , we join them", sebaliknya Tun Dr. Mahathir joined Anwara Ibrahim", kata seorang veteran UMNO .
Sudah dapat jawapan, siapakah yang pecah-perintah UMNO ?
Kumpulan 11 mengenali dan mengetahui akan "Grand Design"untuk menghancurkan UMNO tetapi tiada siapa yang memahami mereka sehinggalah ke hari ini ... hanya saya, melalui psikik dapat melihat visi yang akan melanda UMNO dan sebab itulah saya mengkhususkan blog ini sebagai MEMORI BERSAMA KUMPULAN 11 , jangan marah ya !
Berita muka depan Utusan Malaysia 10-4-2008 (Khamis) adalah putaran 360 darjah UMNO untuk menghadapi satu lagi Peristiwa seperti tahun 1988.
Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim adalah sebagai "piecer" kepada Pak Lah .Kedua-dua mereka sedang memegang salah satu hulu "piecer" itu - ia umpan pinang dengan kacip!!!
Kedua-dua mereka pernah berkuasa didalam UMNO,jangan lupa itu.................
STOP PRESS: Lihat asal http://abassam.blogspot.com/

Wednesday 9 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 11

Rujukan Kepada Sambutan UMNO 20 Tahun


Salah satu koleksi saya yang paling berharga ialah Buku Cendramata Sambutan UMNO 20 Tahun diterbitkan pada 11-5-1966 . Kalau dicampur pada bulan Mei 2008 ,ini bermakna usia buku sudah menjangkau 41 tahun . Buku ini masih lagi berkeadaan baik, saya simpan dan jaganya seperti "Fort Knot" di Amerika . Saya tak tahulah berapa banyak lagi masih dimiliki.
Buku ini sentiasa saya baca mungkin sudah berpuloh kali agaknya .
Didalamnya terdapat kata-kata ataupun " piece of mind " oleh para pemimpin UMNO yang berkuasa ketika itu. Semua isi kandungan buku tersebut adalah sebagai panduan saya menyelam alam politik Melayu ketika sebelum saya lahir didunia lagi .Oleh kerana buku tersebut sebagai bahan rujukan, saya sehingga kehari ini masih berhati-hati didalam memperkatakan sesuatu tentang pemimpin lama ,kerana saya tahun mereka tahu apa yang mereka lakukan ketika itu untuk orang Melayu .
Saya lihat sekarang ini pemimpin UMNO mudah sangat memberikan " piece of mind" mereka tentang orang Melayu , ekonomi orang Melayu , politik orang Melayu dan pelbagai lagi tentang orang Melayu dan negara ini . Mudah sekali . Apa yang mereka rasakan mereka nak cakap, mereka akan cakap , adakah mereka fikir cakap mereka itu masuk akal, seolah-olah cakap mereka boleh ditelan begitu sahaja .
Artikel yang terdapat didalam buku tersebut adalah ;
  1. PERJUANGAN UMNO SESUAI DENGAN ALIRAN ZAMAN -oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj .
  2. PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA-oleh Tun Abdul Razak bin Hussein.
  3. MALAYSIA dan KONFRANTASI INDONESIA-oleh Tun (Dr) Ismail.
  4. Dasar Pelajaran Kebangsaan Menuju Ka-arah Membentok Satu Aliran Masharakat Bercorak Malaysia- oleh Mohd.Khir Johari.
  5. Sa-Layang Pandang Sejarah Perjuangan UMNO 20 Tahun-oleh Tan Seri Syed Jaáfar Albar.
  6. ORANG2 MELAYU DENGAN UMNO-oleh Abdul Ghafar bin Baba.
  7. FALSAFAH PERJUANGAN UMNO-oleh Senu Abdul Rahman.
  8. Tugas Besar UMNO Menumbangkan Malayan Union,Tetapi Apa-kah Yang Di-dapati Oleh Raáyat-oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
  9. Bahasa Kebangsaan Sa-bagai Bahasa Perpaduan Kebangsaan-oleh Syed Nasir bin Ismail.
  10. MALAYSIA DAN BANGSA2 BERSATU -oleh Tan Sri Nik Ahmad Kamil.
  11. Sa-layang Pandang Ranchangan Lima Tahun Pembangunan Negara-oleh Abdul Rahman Yaácob.
  12. PERKEMBANGAN PERTANIAN DI- MALAYSIA BARAT-oleh Mohamad bin Jamil.

Buku ini mengandungi 123 muka surat disertakan dengan beberapa muka Sekalong Budi oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin masyarakat ketika itu .

Untuk mendapatkan salinan photokopi e-mail : abas182@gmail.com









Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 10

Penubuhan Semangat 46
Seperti biasa kami berlepak di Coffee House Merlin Kuala Lumpur bersama-sama dengan Aspan, dari Seremban, Sapari Jusof dari Puchong, Abdul Rahim Rahman dari Teluk Kemang , Jat dari Bagan Datoh, Zaharin Mohd Yassin dari Setiawangsa, Wazi dari Telok Intan, Suhaimi dari Maran, Pahang , Azman Atar dari Batu , ramai lagi yang payah disebut nama-nama mereka. Tiba-tiba datang Saudara Don anak kepada arwah Taib Andak Pengerusi Pertama Felda membawa berita bahawa ada perkara penting di pejabat Ku Li -Wisma MISC,Jalan Raja Chulan .
Kami bergegas ke sana dan apabila sampai saya lihat orang sudah ramai berada diluar dan didalam bilik pejabat Ku Li . Datuk Ibrahim Ali sedang berucap (censor) . Selepas beliau berucap kami di jemput oleh Pak Yem untuk memberi pendapat. Saya masih lagi boleh mengingati muka-muka mereka yang hadir pada hari itu....tetapi banyaknya sudah lenyap dari arus perdana politik semasa .
Arwah Mokhtar Ahmad dari Kuantan pun turut berucap . Ia diikut oleh Faizul. akhirnya tiada lagi mungkin sebelum kami sampai , ramai yang sudah pun berucap, rasa saya lah begitu lebih kurang .
Setelah selesai majlis , saya berjumpa Datuk Ibrahim Ali ( baru ini menang calon bebas pakai tiket PAS) dan memberitahu beliau bukanlah saya tidak bersetuju untuk ditubuhkan parti baru semangat 46 ini tetapi kita lihat dahulu macam mana UMNO (Baru) bertindak . Dia beritahu bahawa Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim telah siapkan "master list" siapa bakal penaja semua Ketua Bahagian yang baru .
Saya contohkan, apabila Dato Onn meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Negara ia tidak diterima oleh oleh orang Melayu walhal ketika itu semua tokoh-tokoh hebat menyertai beliau. Parti baru ini pun akan menimpa nasib yang sama . Datuk Ibrahim diam dan menepuk bahu saya sambil menaiki lif untuk balik ke Hotel Merlin .
Besoknya saya kembali ke kampong dan melupai apa yang berlaku sepanjang saya berada di Kuala Lumpur . Tiadalah lagi bertemu dengan mereka-mereka yang biasa saya temui di Hotel Merlin milik Feber Union kemudiannya dijual kepada pemilik hotel Concorde. Selepas itu hanya baru dua kali saya menjejakkan kaki di Concorde hingga blog ini dinukilkan .

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 9

34 Tahun Mengikuti Cek Det
Apabila pemandangan kereta Cek Det hilang daripada pandangan mata, kami pun balik kerumah masing-masing . Mamak Mydin sudah menutup kedainya . hari dah agak gelap. Tiada lampu jalan ketika itu . Kami membelek-belek kertas yang ada ditangan, ada dua muka surat penuh tulisan yang boleh dibaca dan difahami. Di sudut atas kertas , ada gambar hitam putih iaitu gambar lelaki yang memberikan surat itu kepada kami dan tajuk dibawahnya "SURAT MAHATHIR KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN".
Kampung kami yang berada didalam kawasan pekan sudah ada bekalan letrik dan air paip , tetapi banyak kampung masih lagi tidak menikmati bekalan letrik dan air paip.Setelah sampai ke rumah , saya mandi, makan nasi yang disediakan oleh arwah ibu-masakannya selalu sedap dan masih lagi terasa keenakkannya walaupun beliau telah meninggalkan kami adik-beradik untuk selama-lamanya 2 tahun yang lepas. Masih lagi terasa griefnya kehilangan orang yang kita sayang dan cintai .
Kerja-kerja sekolah (home works) disiapkan dan setelah selesai saya membaca secara perlahan-perlahan kandungan surat tersebut tetapi sekarang banyak yang saya sudah lupa tetapi ada yang masih lagi segar iaitu - Tunku sayang orang Cina , Tunku bagi orang Cina kaya-raya,Tunku tak tolong orang Melayu . Inilah isu yang dibangkitkanya kepada Tunku dan sebab beliau dipecat (12-7-1969) dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman .
Peristiwa 13 Mei 69 tidaklah kami fahami sangat tetapi ia ada kena-mengena dengan pergaduhan antara orang Cina dan orang Melayu di Kuala Lumpur. Di tempat saya tiada apa-apa semunya macam biasa sahaja . Hingga ke hari ini , saya masih lagi mencari kefahaman tentang insiden tersebut.
Mulai daripada hari tersebut, saya meminati Mahathir Mohamad dan sentiasa mengikuti cerita-cerita beliau daripada surat khabar. Tak banyak yang disiarkan berita tentannya. Sekarang ini saban hari ada sahaja cerita tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad baik di TV, Internet,Blog,surat khabar semua bahasa baik dalam dan luar negeri . Beliau ikon Malaysia -beritanya boleh melariskan surat khabar atau menaikkan rating TV.
Salah satu maklumat yang ramai, mungkin tidak tahu ialah Mahathir pernah menjadi Pengerusi sebuah pertubahan yang beliau sendiri tubuhkan dan beralamt ditempat kediaman beliau di Alor Setar ialah AAPSO - Asia Africa Peoples Solidarity Organisation. Pertubuhan ini semacam pertubuhan AFRO ASIA diBandung dalam tahun 1955 (lihat http://subkylatif.blogspot.com/2005_04_01_subkylatif_archive.html yang ditubuhkan dalam tahun 1959 di Bandung . Mahathir pada saya telah merealisasikan AAPSO semasa menjadi Perdana Menteri dengan mengadakan LID- Langkawi International Dialogue.
Beliau aktif berpolitik bermula dari tahun 1945, menjadi ahli UMNO dalam tahun 1946 dan bersara sebagai Perdana Menteri pada 31-10-2003 dan kini sudah berusia 83 tahun . Seorang insan yang telah berjaya mencipta sejarah untuk dirinya, negaranya dan kini pula hendak memberi pengalamannya kepada negaranya tetapi .................
Beritahu saya siapakah yang sudah berpolitik dari tahun 1945, menjadi ahli UMNO dari tahun 1946, berhenti sebagai Perdana Menteri dalam tahun 2003,ada pemimpin sekarang yang masih belum lagi dilahirkan ketika -Mahathir was there, where were you then before......
Apakah yang sepatutnya kita berikan kepada Mahathir sekarang ini?.......

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 8

Pertemuan Pertama Dengan Mahathir Mohamad
Dipersimpangan kampung saya , ada sebuah stall mamak menjual minuman, roti canai, mee rebus, rojak dan lain-lain makanan ruji mamak. Mamak Mydin itulah panggilan kami sekampung , juga pelanggan regular yang lain-lainya . Tabiat berlepak dikedai kopi bukan sahaja sesuatu yang baru , ia sudah bermula lama dahulu , hingga kehari ini saya masih lagi berlepak dikedai kopi. Dulu ketika di Kuala Lumpur , Merlin Coffee House menjadi tempat berlepak setiap hari .
Harinya saya tak ingat , ia lebih kurang bulan Ogos ,waktunya hampir pukul 7.00 petang tiba-tiba berhenti sebuah kereta "besar berwarna kuning, panjang ada bonggol dibelakang bonnetnya", keluar seorang lelaki sederhana tinggi , agar muda juga, berkulit lain macam , macam merah-merah sahaja, muka agar berjambang, macam dah lama tak bercukur.
Beliau terus datang kearah meja kami berkebetulan hanya kami sahaja penghuni terakhir untuk sesi petang itu untuk bersiap pulang ke rumah masing-masing.
"Selamat petang ", katanya dengan lembut pelat Utara dan sambil tersenyum, "boleh tanya tak, adik tahu mana rumah ketua UMNO , saya ni Cek Det", sambil memperkenalkan dirinya kepada kami dan terus bersalam seorang demi seorang .
Kami terdiam seketika . Cek Det terus duduk.
"Ketua UMNO ni kami tak kenal, yang ada kami tahu ialah Dato Ali Zaini , Tuan Speaker, rumah dia dekat sini jugak ", balas kawan saya .
"Tak apa la , saya nak pi Kuala Lumpur, tapi boleh tak , bagi kertas ni kepada dia", katanya kepada kami ,"mai ikut kat kereta , tolong ambik lagi dan bagi orang ramai baca", sambil beliau bangun dan menuju ke keretanya . Kami pun bangun dan terus mengikuti beliau ke kereta yang diletak dibahu jalan .
"Wow , cantik dan besar kereta ini ada dua pintu sahaja, kereta apa ni", terpancur soalan daripada mulu saya.
"Chevrolet, dibelakang tu ,yang bengkak tu, tempat simpan tayar", jelasnya.
Didalam kereta tersebut ada seorang wanita , bercermin mata , "Itu isteri saya", katanya lagi.
Kami pun mengambil kertas tersebut dan beliau secara bertertib memasuki kereta dan mengucapkan selamat tinggal . Kami berdiri didalam kegelapan senja sehingga kereta tersebut hilang daripada pandangan kami buat selama-lamanya sehinggalah kehari ini.

Tuesday 8 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 7

ABDULLAH AHMAD BADAWI @ PAK LAH YANG SAYA KENALI
Kesihan Pak Lah , apabila UMNO diharamkan , Tun Dr.Mahatir menyusun semula kabinetnya dan beliau telah digugurkan daripada Kabinet yang berorentasikan Tun .
Kediaman beliau di Bangsar saban hari dikunjungi oleh ahli UMNO daripada seluruh Malaysia. Dipendekkan mereka semua ini adalah penyokong Pak Lah semasa bertanding jawatan naib Presiden UMNO dimana beliau memenanginya dengan undi terbanyak . Oleh kerana UMNO haram, jawatan beliau juga hilang begitu sahaja. Apabila UMNO (Baru) diujudkan , nama beliau tiada lagi didalam senarai ahli penaja . Sedih kami ketika itu .
Arwah Fatah -Setiausaha Politik Pak Lah juga hilang kerja . arwah seorang yang baik dan cepat kenal kawan dan mengambil berat tentang kawan . selalu bertanyakan khabar . Pak lah bertuah memilikinya .
Kami sekumpulan ahli UMNO daripada seluruh pelusok negara selalunya berkumpul di Hotel Merlin ( kini Concorde) Kuala Lumpur telah dikenali juga sebagai "UMNO cawangan Merlin" saban hari berkumpul disana bersembang-sembang kosong (tentulah pasal UMNO) . Routine kami , pada jam 9.00 malam pasti akan kerumah Pak Lah di Bangsar . kami datang pukul 9.00 setiap hari bukan apa kerana kami tidak mahu menggangu Pak Lah berwirik .
Begitulah kami setiap hari semenjak UMNO diharamkan . Saya sendiri pernah mencalonkan Pak Lah sebagai Naib Presiden UMNO semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian saya. Cadangan saya telah disokong oleh seorang ahli asal UMNO tahun 1946 .Pak Lah dapat nombor tiga undi terbanyak-layak (dulu mana ada kuota) .
Saya begitu gembira dan puas hati kerana UMNO pada pandangan saya memerlukan orang seperti Pak Lah . Ketika itu UMNO sudah dilanda oleh politik plutokrasi ! Ketika itu saya tidak tahu apa yang menjadikan saya berfikiran sedemikian .
Saya mengenali arwah Fatah kerana kami sama Ahli Jawankuasa Pergerakan pemuda UMNO, beliau wakil Permuda UMNO Kepala Batas . Boleh dikatakan arwah tidak miss setiap kali diadakan Perwakilan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur .Venue Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO saban tahun di Dewan Bahasa dan Pustaka . dari situlah persahabatan kami berputik dan terus ke Pak Lah .
Oleh kerana Pak Lah sudah tidak berjawatan dan tidak bergaji ,beliau sentiasa berada dirumah menyambong kerja-kerja yang pernah beliau tinggalkan .Beliau kelihatan tenang tetapi ada sedikit kusut mungkin kurang tidur atau hilang selera makan .
Apabila sampai kerumahnya di Bangsar , arwah Fatah akan menyambut kedatangan kami seperti biasa . Pak Lah menolak sebarang oleh-oleh dibawa kerumahnya; " bukan tak sudi tetapi tak mahu menyusahkan kawan-kawan", katanya .
Kami selalu berborek mengenai masa depan negara, diri sendiri, terutama bagaimana ahli-ahli UMNO diluar sana menghadapi situasi kritikal UMNO .
UMNO tidak mengambil keputusan untuk membuat rayuan kes 4-2-1988 . Khabar angin mengatakan UMNO sedang berusaha untuk menubuhkan atapun menghidupan UMNO semula.
Kadang-kadang ketika kami bersembang , datang tetamu daripada negeri-negeri lain . Biasanya kami akan menamatkan perbincangan dan keluar dilobi untuk menghisap rokok . Respek Pak lah yang tak hisap rokok. Beliau tak pernah melarang kami merokok didalam rumah tetapi kami yang segan .
Adakalanya , saya kedapur membantu Fatah membancuh kopi O -sedap buatan pengusaha daripada Pulau Pinang . Bukan itu sahaja saya juga turut menghidang kopi kepada tetamu yang hadir . Begitulah setiap hari yang berlaku dirumah Pak Lah ketika kami sampai dan sehingga kami pulang diwaktu subuhnya .
Biasanya Pak Lah tidak membenarkan kami pulang dahulu. Beliau akan memberikan tanda -signal dengan menghayukan tanganya kebawah- bermakna nanti .Kalau kami balik juga , pasti besoknya beliau akan bertanya," tak sabar nak balik, dah ", katanya dalam pelat utara.
Satu perkara masih lagi menjadi persoalan dihati dan kepala saya hingga kehari ini ialah tiada kehadiran arwah Endon , Nori dan Kamaluddin . saya tak berani bertanya baik kepada arwah Fateh atapun Pak Lah sendiri . " Respek la gamaknya", yang bermain dikepala saya .
Setiap kali kami pulang, Pak Lah akan menghantar hingga ke pintu depan rumah- gate dan beliau akan meletakkan tangannya diatas gate yang separuh terbuka itu . Pada satu hari beliau berkata,"dah banyak kali gate ini rosak, kalau ada kilat, mesti dia rosak . Pendawai pun pening", tambahnya .
Salah seorang diantara kami sambil menunjukkan jarinya kepada saya berkata,"Pak Lah tanyalah Professor ini ,dia tahu ",katanya sambil menoleh kepada Pak Lah.
"Ha , apa macam Proffesor" ,kata Pak Lah kepada saya .
Sambil mengaru-garu kepala , saya kata "cuba Pak Lah surah pendawai pasang kebel earth".
Kami ketawa dan berpelukan seorang demi seorang dengan Pak Lah dan meninggalkan kediamannya ke Hotel Merlin untuk berserapan pagi !
Setelah UMNO ( Baru) disahkan pendaftaranya , UMNO (Baru)telah melantik semua peringkat penajanya , nama Pak Lah sudah tidak tersenarai lagi . Seperti biasa kami pergi kediaman beliau tetapi kali ini tiada ramai lagi pelawat yang datang; tidak seperti biasa . Agak sunyi dan lenggang. Seperti biasa arwah fatah akan membawa kami masuk dan didalam kami diperkenalkan oleh Pak Lah kepada beberapa orang lelaki yang katanya datang dari Pulau Pinang . Mereka ini katanya adalah pengusaha kopi yang selalu dihidangkan itu.
Kami bersembang-sembang panjang kerana sudah tiada gangguan lagi . Pak Lah minta diri untuk kedapur dan kembali kemudiannya dengan beberapa bungkus kopi ditangan dan memberikan kami seorang satu bungkusan sambil berkata ,"saya akan jadi taukeh kopi, depan ini dah dapat buku kilang besar dengan PERDA dan nak saya jadi rakan kongsi, jadi saya terpaksalah balik ke Pulau Pinang-jadi taukeh kopi", katanya sambil tersenyum dan menoleh kepada tetamu dari Pulau Pinang .
Akhirnya kami berpelukan antara satu sama lain dan respek keputusan Pak Lah . Nampaknya poltik tidak ada lagi , kehidupan mesti diteruskan begitulah hingga kehari ini ......
Seperkara lagi apabila Pak Lah sudah dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri dan kini Presiden UMNO dan Perdana menteri saya hanya melihat daripada jauh sahaja.
Ada juga terdengar mereka berkata mereka adalah orang Pak Lah, mungkin betul tetapi memori saya masih jelas mereka ini semua masa itu tiada disana ketika Pak Lah sudah hilang segala-galanya .

Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 6

Pada 11 orang ahli UMNO yang membawa kes mereka ke Mahkamah di Kaula Lumpur kronologinya adalah berikut:
  1. Mereka ada bukti bahawa ada cawangan UMNO didalam Bahagian tertentu tidak didaftarkan penubuhannya;
  2. Dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan katakanlah ahlinya kurang daripada 100 orang berhak memilih dan menghantar wakil ke Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian iaitu seramai 3 orang iaitu dua wakil dan Ketua Cawangan secara automatik;
  3. Perlembagaan UMNO mengatakan mana-mana cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan melalui UMNO Bahagian dikira tidak ujud. Mana cawangan yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan walaupun tidak mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan boleh menghadiri ke Persidangan Perwakilan Bahagian tetapi bertaraf pemerhati- tidak boleh mengundi, dipilih ataupun berucapabaik mewakili cawangan atapun lain-lain pihak;
  4. Kalau Bahagian "over-looked"atau dengan sengaja ataupun tidak sengaja membenarkan perwakilan cawangan ini turut serta bermesyuarat, dipilih sebagai Ahli Jatankuasa ataupun dipilih menjadi wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO, maka dengan sendirinya "status"beliau tidak sah kalau mengikut Akta Pertubuhan;
  5. Kalau Perhimpunan Agong menerima perwakilan Bahagian ini , maka dengan sendirinya ia tidak sah. maka Perhimpunan Agong UMNO pada 24-4-1987 jadi tidak sah kalau mengikut Akta Pertubuhan .

Mereka memohon kepada Mahkamah bahawa Perhimpunan Agong UMNO pada tarikh yang dinyatakan diatas TIDAK SAH DAN BATAL- null and void .

Sebelum mereka memutuskan untuk memfailkan kes ke Mahkamah , mereka telah memaklumkan kepada Setiausaha Agong UMNO bahawa terdapat "discrepansi" dalam beberapa Bahagian UMNO semasa mereka emngadakan Persidangan Perwakilan Bahagian masing-masing .

Mereka meminta pihak Setiausaha Agong menyiasat "discrepansi"ini dan mengemukakan pendapat mereka seperti berikut;

  1. Menyiasat secara penuh dan meminta Bahagian yang terlibat mengadakan semula Persidangan Perwakilan mereka ataupun;
  2. Bahagian yang terlibat dibenarkan hadir ke Perhimpunan Agong berstatuskan "pemerhati".

Kedua-dua cadangan mereka ditolak oleh Setiausaha Agong dengan alasan itu membuang masa dan Perhimpunan Agong sudah hampir mustahil tetapi mereka berpendapat perkara nombor 2 diatas adalah alternatif terbaik . Sayangnya kata mereka UMNO tidak melihat akan option ini dan mengambil peluang ini-"mana ada risko ",kata mereka.

Akhirnya ia menjadi sejarah - " lain yang dipinta lain yang didapati ".

Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 5

Ketua UMNO Bahagian Bidor, Encik Mamat Parang Tajam hanya bekelulusan LCE mula melihat kedudukanya tersepit dengan kemasukan golongan profesional ke Bahagian Bidor . Ada golongan ini yang berserta dengan beliau sebagai Ketua Bahagian, ada yang sudah mengujudkan "oligarki" dikalangan mereka . Tetapi , yang pasti UMNO sudah mulai dikuasi oleh puak "plutokrat". UMNO Bahagian yang dipimpin beliau sudah mulai terasa bahang kepanasanya . Dulu tiada budaya "belanja-belanja"didalam UMNO .

"Teman, semalam pergi ke Kuala Lumpur dengan Mat Modal ke Kuala Lumpor"kata seorang ahli Cawangan Batu Tersusun, Bidor., "hebat Kuala Lumpur, tidur di Hotel Merlap, makan jangan cakap la weh , coffee-house saja. Bukan itu sahaja, mike tahu la gosok-gosok tu pun ada".tambahnya.

"Ape ke bendanya gosok-gosok tu...", tanya seorang lagi.

"Kalau nak rasa , ikut la teman lain kali". tamatnya .

Oleh kerana untuk menguatkan kedudukanya yang semakin meruncing, Ketua Bahagian pasti akan menubuhkan banyak lagi cawangan yang pro -kepimpinannya, kerana banyak cawangan ditubuhkan , maka akan banyaklah undi wakil yang akan diperolihinya . Permohonan untuk membuka cawangan baru "full-stop" sekiranya datang daripada puak baru ini.

Apakah langkah yang dilakukan oleh golongan "plutokrat".

Kekayaan baru yang mereka perolehi- wang ."Money buys everthing".

Oleh kerana ghairah menubuhkan cawangan baru , ada yang lupa didaftarkan oleh Ketua Bahagian, mungkin alpa, mungkian tiada kesan sampingan tetapi satu perkara yang dilupai dalam politik - musuh tidak akan lupa akan kita !

Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 4

Sebelum UMNO dibatalkan pertubuhannya dalam tahun 1988 , sesiapa sahaja dengan mudah boleh mengumpul seramai mungkin orang Melayu didalam satu-satu bahagian itu -contohnya ialah UMNO Bahagian Bidor .

Katakanlah Ketua UMNO Bahagian Bidor itu Encik Mamat Parang Tajam . Setiap hari beliau berfikir bagaimanakah cara untuk mengukuhkan kedudukanya sebagai Ketua Bahagian untuk selama-lamanya.Selaku Ketua Bahagian peluang beliau untuk menjadi wakil rakyat secara tradisinya pasti milik beliau kerana UMNO mengutamakan pemimpin tertinggi parti untuk menjadi wakil rakyat .Selain berpeluang menjadi wakil rakyat , beliau memiliki kuasa 'delegated authority"iaitu seperti melantik Ketua Kampung , Imam-imam mesjid, mencadangkan naib-naib khadi, melantik ahli majlis daerah ataupun perbandaran ,pegawai kontrak JASA, pegawai kontrak KEMAS dan lain-lain lagi . Beliau boleh memilih sesiapa beliau suka ( penyokong) ataupun tidak melantik sesiapa pesaing beliau .Kalau nak diceritakan satu hari satu malampun tidak akan habis tentang kuasa yang dimiliki oleh Ketua Bahagian UMNO !

Seperkara yang sedang berlaku evolution didalam UMNO ialah keahlian tradisi dan pemimpin tradisi semanjak UMNO ditubuhkan iaitu para guru -guru sekolah kampung, penghulu-penghulu, kakitangan kerajaan berpangkat rendah, guru-guru sekolah SITC/MPSI telah beransur-ansur diketepikan oleh pendatang baru - new comer iaitu golongan profesional seperti guru berijazah, graduan universiti, peguam, kakitangan kerajaan Division Satu (PTD) dan peniaga serta kontraktor yang dapat keuntungan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Kehadiran mereka adalah seruan darpada pemimpin UMNO itu sendiri yang mahukan orang Melayu daripada golongan ini menyertai perjuangan UMNO untuk membela Agama, Bangsa dan Negara . UMNO mahukan mereka-mereka ini membalas semula jasa-jasa UMNO kepada mereka . Adil tuntutan UMNO itu dan seruan UMNO itu umpama membuka "pintu banjir-to open a flood gate"

Kesihan melihat pemimpin tradisi UMNO telah mulai diketepikan dan sudah tidak berada didalam main stream politik kampung yang pada satu ketika dahulu merekalah contoh pemimpin kampung yang sederhana (humble) , berbudi bahasa, penuh kelembutan dengan lain-lain perkataan seperti "ular menyusur akar tiada hilang bisanya".

Oleh kerana kemasukan ahli UMNO pasca DEB ini seperti banjir besar , Ketua bahagian pening kepala kerana banyak cawangan tradisi tidak mahu menerima kemasukan mereka sebagai ahli UMNO dicawangan tersebut . Ada cawangan-cawangan yang menerima kalau Ketua Cawangan itu ada hubungan kekeluargan atau yang benar-benar mereka kenali .

Maka , sebagai mudah (short-cut) , Ketua Bahagian merestui penubuhan banyak cawangan-cawangan baru , ada disetengah tempat mustahil akan ujud cawangan UMNO seperti Bukit Bintang , terutama didalam-dalam bandar tiada orang Melayu tetapi ada papan-tanda ujudnya cawngan UMNO -"UMNO Cawangan Bandar Geothic". Kalau kita pergi kekawasan tersebut satu rumah ataupun seorang Melayu pun tak'jumpa !

Pembukaan cawangan baru bagi menampung permintaan tinggi daripada golongan ini melanda diseluruh Malaysia Barat sekitar tahun 1980 lebih-lebih lagi apabila Tun Dr. Mahatrhir Melayu menjadi Presiden UMNO . Kehebatan Tun menghentam Tunku Abdul Rahman , buku Malay Delimma,dasar pandang KeTimur, Buy British Last,slogan BERSIH- CEKAP DAN AMANH, masalah orang Cina, penerujahan DEB menjadikan sebagai tarikan utama golongan profesional Melayu menyertai perjuangan UMNO. Semuanya mahu menyertai perjuangan Tun,semuanya mahu mengikuti pelayan TUN kealam baru, versi baru politik Melayu dan Malaysia.

Selain daripada itu Tun mewarisi masalah kepimpinan Tun Hussein Onn seperti masalah datuk arun Idris (pejuang setinggan Melayu di selangor) yang dipenjarakan kerana "brach of trust", masalah Menteri Belia dan Sukan iaitu Datuk Mokhtar Hashim ( a rising star of UMNO), masalah Freemanson menguasi UMNO, masalah Komunis berada didalam UMNO hingga berada dekat bilik Perdana Menteri, masalah DEB yang belum selesai,masalah Singapura dan lain-lain lagi . Sungguhpun begitu beliau memilik yang kuat "strong mind". Masalah 2M iaitu Mahathir-Musa .

Beliau berusaha membebaskan Datuk Harun lebih sebelum tamat tempoh tahananya. Kemasukan Anwar Ibrahim melalui beliau juga mencetuskan bantahan senyap dikalangan UMNO. Ada yang menyokong dengan membawa Anwar kedalam UMNO , Tun telah melakukan "political curtailment" keatas kegiatan Anwar/ABIM dan UMNO akan lebih bersedia dengan masalah yang baru .Bukan sahaja Anwar memasuki UMNO , ia juga disertai oleh lain-lain ahli ABIM dan ini menjadikan keadaan berkomplikated . Tetapi ada teori yang mengatakan kemasukan Anwar kedalam UMNO adalah motif sebenar Tun untuk menghapuskan "certain element"dalam UMNO .

Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 3

Perhimpunan Agong UMNO pada 24-4-1987 menyaksikan satu perhimpunan parti UMNO yang terhebat dalam kurun ke 20, berlaku dibumi Malaysia . Semua jawatan tertinggi parti bermula daripada Pengerusi tetap , Presiden , Timbalan Presiden, 3 jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi ditandingi semua peringkat .
Tetapi, pertandingan jawatan Presiden parti antara Tun Dr.Mahathir Mohamed (penyandang) dengan Tengku Razaliegh Hamzah yang menjadi fokus perwakilan dan negara .
Pengurusan UMNO telah pertama kali menggunakan perkhidmatan Akauntan Bertauliah untuk membuat tally undi secara sistematik bagi mendapatkan yang adil dan telus.
Oleh kerana keputusan masih belum dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pertandingan, Pengerusi Tetap telah menangguhkan persidangan kerana hari telah lewat malam .
Ku Li telah meminta Setiausaha Politiknya , Pak Yem , untuk terus berada didalam kamar pengiran undi . Waktu sudah lewat iaitu lebih kurang jam 11.00 malam kelihatan Pak Yem keluar daripada kamar pengiraan undi , beliau berjalan bersama Dollah Botak -Setiausaha Politik Dato Manan Othman (Menteri Pertanian) . Pak Yem menunjukkan tanda "thumb'down"sebagai tanda Ku Li telah tewas . Beliau berkata kiraan undi hanya dibuat sekali lalu sahaja tanpa sebarang bantahan mengikut arahan Ku Li kepadanya . Yang selainnya sejarah hebat UMNO- Tun Dr. Mahathir Mohamad menang 10 undi sahaja !
Ada seorang rakan memberitahu saya , semasa pengiraan undi dilakukan, sementara keputusan dikeluarkan , orang ramai telah berkumpul dirumah Ku Li di Jalan Ampang . Kehadiran termasuk wakil media tempatan , asing dan juga TV station tempatan dan asing . "Suasana dikediaman Ku Li seperti satu perhimpunan kecil UMNO ", katanya kepada saya .
Disatu pihak pula memberitahu bahawa beliau baru balik daripada Seri Perdana iaitu kediaman Tun Dr. Mahatir Mohamad . "Tiada sesiapa disana. lengang, kecuali Siti Asmah sahaja! " katanya kepada saya .
Keputusan telah sampai ke telinga Ku Li dan apabila diketahui umum , semua wartawan tergesa-gesa , kelam-kabut, berpusu-pusu meninggalkan kediaman Ku Li untuk pergi ke Seri Perdana .
Saya beritahu kepada mereka bahawa Tun Dr.Mahathir menang 10 undi kerana mustahil Tun tidak mengundi diri beliau sendiri dan baki 9 undi itu datang daripada mana ? Mungkin 9 undi itu datangnya daripada kalangan ahli MT yang masih lagi sayang Tun . Kalau begitu siapa mereka ini? Kalau bukan 9 ahli itu MT , mungkin daripada mereka yang tidak suka Ku Li . "Itulah rahsia dalam pengundian secara tertutup", kata saya kepada mereka .
Kemenangan Tun Dr.Mahathir Mohamad juga ada hubung kait dengan Najib Tun Razak selaku Menteri Besar Pahang juga merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Pahang . Sehari sebelum Perhimpunan Agong bermula di Kuala Lumpur beliau telah menghadiri satu perjumpaan tertutup (bukan anjuran UMNO Pahang) dengan para Perwakilan Pahang ke Kuala Lumpur .
Didalam perjumpaan ini beliau ada mengatakan sesuatu tentang "stoking" . Didalam perjumpaan tersebut beliau telah diminta oleh Perwakilan supaya membuat pendirian tetapi beliau tidak menyentuh soal pertandingan antara Ku Lin dengan Tun Dr.Mahathir Moahamad. Walau bagaimanapun Najib dikatakan oleh ramai pihak bahawa beliaulah punca kekalahan Ku Li . Beliau amat tidak popular dikalangan peminat dan pengikut Ku Li hingga ke hari ini .

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 2

Dua hari selepas Kumpulan 11 memfailkan kes mereka , Tun Dr.Mahathir Mohamad telah mengarahkan Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi "mediator"bagi pihak UMNO . Perjumpaan telah diadakan di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur pada jam 5.00 petang. Perjumpaan tertutup dihadari itu oleh 11 ahli kumpulan dan Abdullah sendiri . Tiada sesiapa dibenarkan terlibat. Perjumpaan berakhir lebih kurang dua jam kemudiannya. Keputusanya ,Kumpulan 11 tetap akan meneruskan tindakan mereka .
Abdullah memaklumkan perkara ini kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad tetapi yang melenting ialah bekas Setiausaha Agong UMNO Malaysia ; "see you all in court", responya .
Bagi pihak Tengku Razaliegh Hamzah atau Ku Li telah diberitahu . Pak Yem ,Setiausaha Politik Ku Li memberitahu saya untuk datang ke pejabat Ku Li dibangunan MISC . Ramai yang hadir didalam bilik pejabat Ku Li , ada yang masih saya ingat lagi . Beberapa orang Kumpulan 11 juga turut hadir . Mereka dijemput oleh Pak Yem untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
Saya lihat Ku Li begitu serious dan selesai sahaja penerangan yang diberikan Ku Li memberitahu bahawa beliau tidak setuju perkara parti dibawa ke mahkamah dengan apa cara sekalipun. Beliau seterusnya meminta pihak yang terlibat tidak mengheret ataupun mengaitkan dirinya dalam tindakan mereka itu . Ku Li mengucapkan terima kasih diatas penerangan yang diberikan dan beliau secara berjenaka memberitahu bahawa beliau tidak lagi ahli MT UMNO dan kini hanya ahli biasa sahaja.

Monday 7 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 1

Hussain Manaf daripada Pekan Pahang pernah menceritakan bahawa beliau telah dipanggil oleh Tuanku Sultan Pahang ke istana Pekan .

" Hussein , kamu hendak yang mana satu, pedang atau tongkat", titah Tuanku .

" Ampun Tuanku, patek pilih tongkat sebab seluruh keturunan patek hingga ke patek pun masih lagi menumpang di tanah Tuanku, ampuan Tuanku", balas Hussein.

Akhirnya, Hussein menarik diri daripada meneruskan hasrat untuk menyaman UMNO. Seingat saya beliau berniaga menerbitkan filem untuk TV dan juga pembalakan .

Seorang lagi daripada Pahang yang terlibat didalam pengharaman UMNO ialah arwah Mokhtar alias Mokhtar Haji Mohamad ( adik kepada Dato Zulkifli Haji Mohamad bekas suami Sarimah). Beliau ada menerbitkan satu atapun dua buku mengenai pengharaman UMNO-buku ini dicetak di Bangkok.

Tinggi lampai dan bertutur dengan penuh kelembutan loghat Petani- Kamaruddin Haji Wan Teh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Perak juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Beruas juga menantu kepada Dato Malek Haji Ahmad orang kuat UMNO Perak bekas Speaker dan juga Exco. Saya tidak pasti mengapa beliau jadi Plaintif tetapi ada kena mengena dengan arwah Saudara Zainal Abidin Husman yang juga ahli UMNO Bahagian Beruas juga menjawat jawatan selaku Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia.

Abdul Rahim Abdul Rahman berketurunan Arab al-Kudsi disebelah ibunya .Ahli UMNO Cawangan Tanjong Agas, Bahagian Telok Kemang dimana Datuk Seri Mohd Isa Samad bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menjadi Ketua Bahagian Teluk Kemang. Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Suhaimi Haji Kamaruddin bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, bekas Timbalan Menteri dan juga Pengerusi Belia 4B Malaysia . Abdul Rahim menjadi Palintif berhubung dengan taraf umur arwah Saudara Zainal Abidin selaku Setiausaha Kerja Pemuda UMNO yang telah melebihi usia 40 tahun yang sepatutnya tidak boleh bertugas bagi badan tersebut .

Yang lain-lainnya saya sudah lupa tetapi salah seorang Plaintif daripada UMNO Bahagian Nibong Tebal bertugas sebagai posmen . Latar belakang yang lain-lainnya juga berbeza tetapi sejauh mana mereka memahami soal legatasi saya juga tidak pasti .

Bukan Tengku Razaleigh Hamzah Punca UMNO diharamkan Pendaftaranya

Pada jam 6.15 petang (waktu Malaysia) bersamaan hari Khamis 4hb Februari 1988 bertempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kamar 8, UMNO telah dihakimkan sebagai "unlawful party" mengikut Section 12 of the Societies Act 1986 .

Keputusan tersebut telah menjadikan Kuala Lumpur menangis- hujan lebat terjadi ditambah dengan angin kencang melanda bangunan Mahkamah hinggakan tempiasnya memasuki ke Kamar 8.

Kami yang ada , tidak berani keluar dari Kamar 8 dan setelah hujan reda ,lebih kurang jam 7.30 petang , tergesa-gesa pulang ke Hotel Merlin untuk menonton siaran berita TV . Lepas jam 8.00 malam semuanya menjadi sejarah akibatperbuatan anak-anak nakal yang mencari keadilan didalam UMNO yang mereka mewarisi parti ini secara percuma daripada pengasasnya .

Sekumpulan ahli UMNO seramai 11 yang mewakili sejumlah besar ahli UMNO "at a tip of an iceberg" perlu dilakukan sesuatu kerana sudah menjadi parti "reluctant" tidak mahu lagi mendengar masalah akar-umbi . Mereka 11 orang adalah yang berani dan sayangkan UMNO tetapi ini tidak difahami oleh Setiausaha Agong UMNO ketika itu . Bukan salah Presiden, bukan salah Pak lah, bukan salah Ku Li tetapi yang ada di ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur .

Abdullah Selar Pengkritik

Akhbar utama milik GLC menyiarkan dimuka depan surat khabar masing-masing bahawa Abdullah Badawi mengatakan pihak yang membuat plbagai tuduhan tidak bertanggungjawab, ada kepentingan peribadi .
Ulasan beliau terhadap Tun Dr.Mahathir Mohamad seperti berikut:"Kononnya pada zaman saya tidak ada kebebasan,semua orang takut dan ada yang kata saya ini lembik, tetapi ( dalam masa yang sama)takut pula yang lembik".dipetik daripada Berita Harian 7-4-2008
Ulasan beliau terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim seperti berikut: "Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri , Anwar menyifatkan dirinya sebagi pemimpin alternatif dan kini menganggap dirinya sebagai 'leader in waiting. Biarlah dia menunggu".dipetik daripada Berita harian 7-4-2008
Ulasan beliau terhadap Tengku Razaleigh Hamzah seperti berikut: "Dialah yang
menyebabkan UMNO kalah. Dialah yang menyebabkan Kelantan jatuh kepada Pas (ketika Tengku Razaleigh bersama Semangat 46 pada Pilihanraya Umum 1990". dipetik daripada Berita Harian 7-4-2008
Akhirnya sudah hampir sebulan selepas Pilihan Raya ke 12 2008 (8-4-2008) Abdullah Badawi mengumpulkan semua pemimpin UMNO daripada semua bahagian berkumpul di Kuala Lumpur untuk mencerita dan menerangkan apa yang sedang beliau hadapi selepas Pilihan Raya lepas .
Dimana-mana jua pemimpin akan menggunakan skrip yang sama-kalau menang "my leadership accepted"tetapi kalau kecundang macam Mugabee " my loss being sabotaged".
Setakat ini hanya pemimpin Gerakan, MIC , MCA menerima tamparan tsunami politik Malaysia kerana mereka menyedari tidak "mendengar sistem amaran"yang telah berbunyi begitu lama sekali .Salute kepada mereka . Mereka bertanggungjawab keatas apa yang terjadi keatas parti mereka . Tiada pula ayat yang terkeluar bahawa "mereka di sabotaj".