Friday 18 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 20

Sanusi dedah usaha isytihar UMNO sebagai badan haram
Berita harian pada Ahad,7 Jun ,1987 telah melaporkan satu berita yang bertajuk diatas.
Ketika membaca berita tersebut saya berpendapat adakah Sanusi yang dahagakan satu publisiti atau cuba menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam politik ?
KUALA LUMPUR,Sabtu - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Sanusi Junid mendedahkan tindakan golongan tertentu yang sedang berusaha mengisytiharkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan haram.
"Ada orang luar yang menggunakan ahli UMNO sebagai petualang atau alat untuk melemahkan parti dan bangsa Melayu. "katanya.
"Menurutnya, ahli UMNO harus menyedari perkembangan semasa politik negara seperti kewujudan golongan hartawan dan usahawan di luar UMNO yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan UMNO 22 April lalu. "
"Selain itu, wujud ancaman daripada parti komponan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi dan tersiarnya fitnah mengenai penjualan Limbang dalam majalah Far Eastern Economic Review (FEER) serta adnya desakan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). " katanya.
Datuk Seri Sanusi Junid berkata perkembangan ini jelas menunjukkan ada pihak berpendapat UMNO begitu lemah dan boleh dieksploitasikan untuk kepentingan masing-masing.
"Bagaimanapun, saya percaya segala tentangan untuk mencabar keutuhan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan agama,bangsa dan negara,tidak akan berhasil, jika ahli UMNO sedar mengenai hakikat ini.
"Ahli UMNO juga harus mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi." katanya.
Datuk Seri Sanusi mengingatkan ahli UMNO , usaha menghancurkan parti itu bukan sahaja akan merugikan bangsa Melayu dan Islam, tetapi akan mengoncang kestabilan politik negara.
Sehubungan itu, ahli UMNO diminta sentiasa berwaspada dan tidak dijadikan alat oleh golongan tertentu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada usaha untuk melemahkan UMNO sebagai satu gerakan bersepadu dan berterusan.
"Apa yang pasti mereka ingat UMNO sudah lemah. "katanya .
Datuk Seri sanusi berkata, Ibu pejabat UMNO sudah mengatur langkah menyedarkan setiap ahli UMNO akan wujudnya gejala dan wabak yang berbahaya itu.
Beliau menganggap kesedaran dan keinsafan setiap ahli Umno itu sebagai senjata paling berkesan menentang sebarang pengaruh luar.
Datuk Seri Sanusi meminta ahli Umno menganggap kenyataan yang dikelurakan itu sebagai amaran awal kerana apa yang mungkin dalam Umno pada masa akan datang.

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 19

KENYATAAN AKHBAR
YB.DATO' MUSA HITAM
Saya masih lagi menyimpan salinan Kenyataan Akhbar YB.Dato' Musa Hitam yang menjadi koleksi peribadi saya sehingga ke hari ini Saya menganggapkan bahawa kenyataan ini adalah bahan sejarah yang perlu saya simpan dan publiskan untuk tatapan orang ramai amnya generasi muda sekarang:-
Apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang baru-baru ini, saya telah merayu kepada semua pihak untuk memberi peluang kepada pucuk pimpinan memulihkan semula. Saya membuat rayuan tersebut berasaskan kepada beberapa faktor,di antaranya ialah:
  1. Bahawa keadaan kekusutan yang menimpa UMNO itu hanya boleh diselesaikan menerusi satu usaha yang padu sahaja.
  2. Bahawa sekiranya terdapat banyak kumpulan yang menjalankan usaha-usaha yang berlainan dan bercanggah,keadaan kekusutan itu tidak akan dapat di atasi.
  3. Dan,tanggungjawab dan tumpuan harapan seharusnyalah kepada pucuk pimpinan yang ada, iaitu Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad dan Encik Ghafar Baba serta Majlis Tertinggi yang terpilih pada 24 hb. April 1987 kerana merekalah yang seharusnya diiktiraf sedemikian berasaskan kepada prinsip amalan politik dan demokrasi.

Saya juga telah beberapa kali menyatakan bahawa UMNO hanya diisytiharkan tidak sah dari segi undang-undang sahaja. Oleh sebab itulah UMNO yang dipulihkan itu diberi nama "UMNO Baru ". Dari segi bentuk, rupa, semangat dan realiti politiknya, pada pendapat , anggapan serta harapan saya, "UMNO Baru " itu ialah UMNO yang asal, UMNO yang wujud sejak tahun 1964.

Malangnya, apa yang saya nampak sedang berlaku sekarang ini amatlah membimbangkan. Saya beranggapan demikian berasaskan kepada kenyataan-kenyataan yang dihebahkan oleh penaja-penaja menerusi media masa sejak kebelakangan ini .

Diantara kenyataan-kenyataan yang mengkhuatirkan ialah:

  1. Apabila begitu ramai jagoh-jagoh dan pejuang-pejuang parti digugurkan sewaktu Jawatankuasa Penaja peringkat Nasional dan Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli Jawankuasa Penaja peringkat bahagian dilantik;
  2. Apabila orang-orang tertentu diputuskan tidak boleh menjadi ahli.
  3. Apabila jawatan-jawatan tertentu tidak boleh ditandangi di peringkat bahagian dan nasional.
  4. Apabila tiap-tiap ahli dan penubuhan tiap-tiap cawangan akan hanya ditentu dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi.

Mengikut pemerhatian saya nampaknya, asas penerimaan seseorang ahli UMNO asal ke dalam "UMNO Baru ", khususnya untuk memegang jawatan-jawatan, ialah sama ada seseorang itu "orang kita " atau tidak. Ukuran "orang kita" inipun begitu simple nampaknya, iaitu pernahkah individu itu membuka mulut untuk menegur, mengkritik, menandingi atau menyokong seseorang bagi menandingi "orang kita "? Kecuali beberapa individu tertentu sahaja, semua yang digugur nampaknya adalah kategori bukan "orang kita ".

Sayugia diingat bahawa UMNO dalam bahasa Melayunya ialah "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ". UMNO ialah pertubuhan yang mengamalkan prinsip politik demokrasi. Ideologinya ialah Kebangsaan . Dan tujuanya ialah menyatupadukan orang-orang Melayu .

Alam semulajadi orang-orang Melayu sebenarnya membuktikan bahawa kita benar-benar bertradisikan demokrasi, di mana musyawarah menjadi amalan, kebisaan dan cara hidup sehari-hari. Musyawarah maknanya bertukar-tukar fikiran, memberi nasihat, memberi teguran dan sebagainya. Musyawarah juga bermakna penerimaan pandangan , nasihat dan tegur-menegur dengan semangat muhibbah. Ia tidak bermakna penyingkiran mereka yang menegur atau mengkritik. Musyawarah berasaskan ekpada prinsip toleransi .

Keahlian "UMNO Baru " nampaknya oleh mereka yang berkuasa sebagai satu anugerah dan kurniaan instimewa daripada mereka dan seseorang yang menerimanya seolah-olah dituntut supaya berterimakasih. Ini pasti bukan semangat UMNO.

Perkara-perkara yang saya sebutkan di atas bukan sahaja telah menimbulkan kebimbangan , malahan kebingungan, kegelisahan, kekecewaan dan ada kalanya , permusuhan , di kalangan ahli-ahli UMNO asal . Sementara sebahagian dari ahli-ahli UMNO asal, orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya, menggantungkan harapan kepada pucuk pimpinan yang ada sekarang untuk mencari penyelesaian yang sewajar-wajarnya, terdapat pula pihak yang mengemukakan beberapa alternatif lain , seperti usaha untuk memulihkan UMNO asal melalui proses mahkamah , dan juga melalui "percaturan politik " yang melibatkan beberapa negarawan ulung dan juga pihak istana.

Semua langkah-langkah ini, walaupun demokratik dan berasaskan kepada alasan-alasan yang tertentu, ianya menjadi lebih haru-biru apabila kempen mencari pengaruh juga di jalankan menerusi pengedaran beebrapa surat rayuan dan kaset video dan juga penganjuran beberapa ceramah dan perjumpaan .

Demi maruah dan perpaduan Melayu dan demi keunggulan politik Melayu serta demi kestabilan dan kesejahteraan negara:

  1. Saya merayu dan menyeru kepada bekas ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO asal yang menjalankan usaha-usaha alternatif supaya mengkaji semula tindakan mereka dan seterusnya mencari jalan mengelakan berlakunya ketegangan suasana politik dan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.
  2. Kepada mereka yang berkuasa dan bertanggungjawab menubuhkan "UMNO Baru " supaya mengambilkira kenyataan-kenyataan saya seperti di atas dan mengelakkan "UMNO Baru "dari menjadi satu pertubuhan yang menggunakan nama UMNO tetapi sebenarnya satu parti yang benar-benar baru mengikut kehendak sekumpulan terhad orang-orang Melayu sahaja. Apa jua pertukaran bentuk dan corak, khususnya dari segi peraturan-peraturan dan perlembagaan, tidaklah sewajarnya diputuskan begitu awal dan dengan tergesa-gesa.
  3. Kepada pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab menubuhkan "UMNO Baru " saya juga merayu dan menyeru supaya mengambil sikap yang positif dan membina di dalam memutuskan perlantikan jawatan-jawatan dan peneriman keahlian "UMNO Baru ". Hanya dengan menerima kesemua ahli UMNO asal ke dalam "UMNO Baru " sahaja akan mewujudkan perpaduan orang Melayu.
  4. Kepada pihak yang berkuasa dan kepada pihak yang sedang menjalankan usaha-usaha alternatif, saya merayu janganlah hendaknya mengheret negarawan-negarawan ulung yang seharusnya terus di julang dan dimuliakan. Saya juga merayu supaya janganlah hendaknya digunakan istana kerana ini pasti akan mencemarkan penghormatan dan kedudukannya sebagai simbol perpaduan negara.
  5. Kepada bekas-bekas ahli UMNO asal yang kini mungkin sedang berada dalam keadaan kebingungan, kekeliruan dan hampir putus harapan, saya menyeru dan merayu supaya mereka sentiasa bersikap positif dan optimis dan tidak hampa atau putus harapan terhadap usaha-usaha dan langkah-langkah untuk mewujudkan semula UMNO.
  6. Kepada orang-orang Melayu yang tidak terlibat dengan UMNO asal dan "UMNO Baru" serta rakyat Malaysia keseluruhanya, saya menyeru dan merayu supaya berpandangan positif dan optimis dan mengelakkan diri mereka dari penglibatan langsung atau tidak langsung dalam apa jua tindak tanduk yang boleh menancam kestabilan dan ketenteraman politik negara.

Saya sedar dan insaf bahawa kenyataan saya ini pasti akan diberi tafsiran pro dan kontra. Kedudukan peribadi saya tidak penting. Survival UMNO dan dengan secara langsung survival , perpaduan dan maruah orang-orang Melayu dan keunggulan politik Melayu amat penting dalam saat-saat yang serba mencabar ini .

ALLAH SELAMATKAN UMNO

Datuk Musa Hitam

Kuala Lumpur

7hb.April 1988.

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 18

Jutawan cuba khianati Umno
Apa pasal jutawan dan hartawan (Melayu agaknya) cuba mengkhianati Umno . "Bukankah Umno itu yang menjadikan orang Melayu kaya, "bisik hati saya apabila membawa berita Berita Harian pada 7hb Mei 1987. "Takkan orang Melayu yang kaya dan hartawan macam kacang lupakan kulit." bisik hati kecil saya.....
KUALA LUMPUR , Rabu- Setiausaha Agung UMNO ,Datuk Seri Sanusi Junid mendakwa ada sekumpulan kecil hartawan dan jutawan di luar parti itu yang berusaha memecahbelahkan Umno dan mengancam kedudukan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden.
Menurutnya ,kumpulan itu kecewa dengan kemenangan Perdana menteri yang dipilih semula sebagai Presiden UMNO pada 24 April lalu.
"Jadi saya ingin menyeru ahli Umno dan pemimpin disemua peringkat supaya menyedari hakikat ini dan berwaspada terhadap kegiatan kumpulan itu. " katanya.
Bercakap di sidang akhbar di sini hari ini, Datuk Seri Sanusi berkata Umno memandang berat perkara itu dan sedang meniliti segala tindakan mereka.....Stop Press to be continued

Monday 14 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 17

KEDUDUKAN UMNO LAMA SELEPAS KEPUTUSAN BERTULIS OLEH YANG ARIF DATUK HARUN HASHIM,HAKIM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR PADA 26-4-88
Ketika mahkamah menjatuhkan keputusan bahawa UMNO itu pertubuhn yang tidak sah( pada fahaman saya bermula daripada tahun 11-5-1946 lah tu...) ,ketika keputusan lisan itu dibuat saya ada dimahkamah kamar 8 pada hari tersebut.
Keputusan tersebut banyak mendapat tafsiran daripada pelbagai pihak , mengapa dengan kuasa yang ada ditangan Perdana Menteri boleh berbuat sesuatu keatas Pendaftar Pertubuhan, tetapi tidak digunakan .
Saya masih lagi menyimpan (photokopi) surat yang diedarkan kepada bahagian UMNO oleh satu ataupun sekumpulan manusia yang bermaksud seperti berikut;
Pada 27 April 1988tersiar di muka akhbar The Star keputusan bertulis penghakiman kes kumpulan sebelas menyaman kepimpinan UMNO. Hakim Datuk Harun Hashim dalam penghakiman 17 muka telah menyimpulkan keputusan lisan yang dibuatnya pada bulan Februari lalu. Keputusan yang dibuatnya kali ini amatlah menggembirakan dalam ertikata bahawa UMNO lama sesungguhnya tidak mati seperti yang lumrah dianggap oleh pihak-pihak tertentu. Berikutnya diperturunkan beberapa inti keputusan penghakiman bertulsi hakim itu.
  1. Mereka yang mengambil bahagian dalam pemilihan semua peringkat ( Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agong) pada tahun 1987 telah melakukan kesalahan ibawah seksyen 43 Akta Pertubuhan. Oleh yang demikian pada masa yang berkenaan (1987) . UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidaksah disisi undang-undang ( unlawful) dan jesteru semua pemilihan yang dibuat bagi tempoh itu adalah tidak sah juga. Kehendak seksyen 12(3) Akta yang sama telah tidak dipenuhi,malah telah dicabul dengan adanya cawangan-cawangan tertentu mengambil bahagian didalam peroses mesyuarat agong masing-masing diperingkat Bahagian .Oleh itu semua pegawai parti yang terpilih pada 24 April 1987 di Perhimpunan Agong ke37 adalah tidak sah.
  2. Jalan keluar yang paling nyata ialah bagi pegawai-pegawai parti yang terpilih pada tahun 1984 mengadakan pemilihan baru disemua peringkat selepas memperolehi kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan bagi semua cawangan yang belum terdaftar. Barang diperingati: walaupun hingga kesaat-saat akhir perbicaraan kes ini hanya 3 cawangan (dalam bahagian Rantau Panjang) yang telah didaftarkan. Selainnya (27 Cawangan) tiada berbuat apa-apa. Nyatalah UMNO masih merupakan sebuah pertubuhan yang masih tidaksah. Kes ini berbeza dari kes Vethanayagam v Karuppiah & Others (1968) dimana sebelum perbicaraan cawangan MIC berkenaan telah didaftar dengan kelulusan Pendaftar. Kes UMNO ini tidak boleh disamakan dengan kes MIC itu .
  3. Hakikatnya ialah bahawa hanya ada satu UMNO di peringkat Kebangsaan : hanya satu UMNO diperingkat Bahagian dan satu UMNO diperingkat Cawangan .
  4. Akta Pertubuhan adalah pada asasnya digubal bagi tujuan menghapuskan pertubuhan-pertubuhan gelap ( secret societies) .Pada satu ketika dahulu pertubuhan-pertubuhan sukan dan kemasyarakatan telah dikecualikan daripada Akta tersebut. Tetapi keadaan ini telah berubah. Parti-parti politik tidak seharusnya berada dibawah bidangkuasa Akta Pertubuhan yang ada sekarang kerana skop dan bidangnya amat berlainan. Punca masalah yang timbul ialah cawangan-cawangan parti politik boleh diwujudkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin-pemimpin tempatan untuk tujuan mendapatkan sokongan dalam pilihanraya .

PERSOALAN?

  1. Kenapa akhbar Utusan malaysia , New Straits Times, Berita Harian dan lain-lain akhbar tempatan (selain dari The Star) tidak menyiarkan berita ini sepenuhnya? Sebabnya ialah semua editor akhbar-akhbar berkenaan takut pada Mahathir kalau-kalau permit penerbitan mereka ditarik balik . Maka teruslah mereka menyorokkan berita penting itu. Umum tahu: siapa dalam dunia ini yang memegang jawatan Perdana Menteri ,Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman serentak dan sekaligus? Dr.Mahatirlah orangnya. Dia yang beri kuasa,dia yang tangkap dan dia yang buat keputusan macam hakim.Mujur ,hakim macam Datuk Harun Hashim tidak mengikut telunjuk Mahathir .
  2. Dengan keputusan seperti diatas apa ertinya pada kita pejuang UMNO Lama? Ertinya ialah semua pemimpin yang terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1984 boleh bermesyuarat sekarang dan ambil langkah mengadakan Perhimpunan Agung baru,mesyuarat Bahagian Baru dan mesyuarat Cawangan Baru dengan syarat 30 cawangan (sekarang tinggal 27 cuma) yang masih eblum mendapat kebenaran/pendaftaran didaftarkan segera. Adalah diduga,kebenaran/pendaftaran tidak akan diperolehi dengan mudah dari Pendaftar Pertubuhan jika diukur sifat peranganya dimasa kebelakangan ini . Yang anihnya ialah bahawa pada tahun 1984 cawangan-cawangan yang 30 itu belum ujud lagi ! Walau bagaimanapun syarat bahawa 27 cawangan itu perlu didaftarkan adalah nas undang-undang pertubuhan (kes Vithayanagan) yang hanya mungkin dapat diketepikan jika dibuktikan bahawa pada tahun 1984 sesungguhnya cawangan-cawangan itu belum pun ujud lagi .
  3. Apa jadi dengan kes rayuan kumpulan 11 ke Mahkamah Agong? Semasa rayuan dibuat keputusan bertulis Hakim Datuk Harun Hashim beluam keluar. Peguam cuma dapat mengasaskan pendapat mereka pada keputusan lisan Hakim itu yang mana didapati kebanyakan aspek keputusan itu adalah sama denagn keputusan bertulisnya. Dalam keputusan lisannya Justice Harun tidak ada menyebut langsung tentangfakta bahawa Pegawai-Pegawai parti UMNO yang terpilih pada tahun 1884 bolehlah bermesyuarat semula untuk mengadakan mesyuarat baru disemua peringkat . Beliau juga tidak ada menyebut tentang fakta bahawa hanya ada SATU UMNO di semua peringkat .
  4. Jika MT 1984 dianggap sah oleh Hakim berkenaan bermaknalah bahawa UMNO itu tidak mati . Bermakna bahawa UMNO yang tidaksah hanyalah UMNO 1987 sehingga ianya dikeluarkan dari daftar pertubuhan oleh Pendaftar Ini juga bererti bahawa ,dengan tidak secara terus-terang, doktrin yang baik tetapi baik yang buruk tetap buruk (docrine of severance).telah dipakai oleh Hakim Datuk Harun . Oleh itu tidak semestinya rayuan ke mahkamah Agong itu diteruskan memandangkan bahawa sudah jelas ada peluang bagi UMNO Lama untuk terus hidup. Yang menjadi titik penghalang kini ialah syarat bahawa cawangan-cawangan yang 27 itu didaftarkan .Walau bagaimanapun isu ini harus didebatkan dengan lebih mendalam lagi sebelum diambil keputusan . jika rayuan tidak diteruskan Kumpulan 11 masih perlu mendapatkan butir-butir lanjut dari keputusan Justice Harun itu, yakni berhubung denagn kedudukan 27 cawangan yang tidak berdaftar itu. Pokoknya ialah bahawa UMNO 1984 msih hidup!
  5. Bagaimana kedudukan UMNO baru dalam kontek keputusan tertulis Hakim Datuk harun ini? Nama "UMNO"itu barang sudah tentu tidak sah lagi digunakan sebagai sebuah parti politik kerana ianya mengelirukan; kerana UMNO 1984 masih ujud! Tiada pilihan dalam soal ini kecuali Parlimen memindanya . Dalam pengertian ini pucuk pemimpin UMNO Baru harus kecewa kerana nama "UMNO" itu tidak boleh digunakan lagi. Mereka juga tidak boleh menganggotai secara otomatis UMNO 1984 kerana mereka semua telah menubuhkan parti baru. Dalam pada itu Pendaftar memang ada kuasa untuk membuat beberapa penyesuaian tetapi semata-mata kerana boss (Mahathir) punya kehendak . Penyesuaian yang dimaksudkan itu disini bukanlah mutlak baginya. Sebarang langkah pentadbiran yang diambil oleh beliau masih boleh dipersoalkan diMahkamah. Jesteru beberapa langkah di Mahkamah masih perlu diambil bagi mendapatkan kejituan peengertian UMNO 1984 itu .

Dengan keputusan baru ini perjuangan pemimpim-pemimpin UMNO Baru kian malap. Tidak semudah yang mereka fikirkan pada awalnya untuk menenggelankan UMNO Lama dan perjuangan pemimpin-pemimpin serta pendokong mereka !

Tarikh bertuah : 26 April 1988

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 16

Big change of tune by Anwar
Pada 29-9-1994 ,semasa saya berada di lapangan terbang Hat Yai untuk berlepas ke Bangkok, saya membeli akhbar The Nation berbahasa Inggeris dan dalam ruangan "Letter to the Editor" yang salah satunya bertajuk diatas .
At a press conference on Sept 20, Malaysia Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim among other claims and accusations said: "Al-Arqam is a very minor issue. It is not a security issue. Our action is because our women are treated like sex slaves,our children are denied education,and that is the stark truth...."Al-Arqam is anti-modern and prevents the children from studying secular subjects in this day and age,he added,amidst laughter from his entourage ......................................................................................
The case of the French woman admitted to a mental hospital in Johore was cited as as example by Mahathir, "being passed from man to man until she is crazy.".........................................................................................................
If Anwar knows al-Arqam,he should nott lie taht the movement abused children by not allow them to study secular subjects................................................................
Despite all the intimidation and threats, al-Arqam has not demostrated or commited any acts of violence all this while. Isit possible that prime Minister Mahathir is afraid of his own shadow ?....................................................................................................
Anwar Ibrahim rose to fame as leader of the Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),the Malaysian Islamic Youth movement. He knows Abuya Ashaari very well as they are both in the Islamic movement and champions of social cause,albeit oen is militant teh other not. For leading demostration in the 1970s to highlight the plight of poor farmers, Anwar was detained under the ISA for nearly two years.
When he released Anwar told his followers that he was interrogated under very bright lights for hours. The interrogator was an old man, judging from his voice,but he could not see him as the interrogator was in the dark all the time, Anwar said.
Anwar had told his followers he would fight against the terrible ISA .Now he is in the government and all has been fogotten.Worse still,from a fervent Islamic intellectual fighting against social injustice he has now turned to inverting lies and half-truths to shut others up,by using the most dreadful ISA.
Ustaz Abu Daulah
Al-Arqam Supreme Council
Nonthaburi.

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 15

KENYATAAN AKHBAR YB DATO 'MUSA HITAM-Kuala Lumpur 31hb Oktober ,1988
Dalam saya menyelongkor dan mencari-mencari fail lama untuk mengumpul semula memori-memori lama, saya terjumpa satu salinan photokopi kenyataan akhbar yang dibuat oleh Musa Hitam . Kenyataan ini diedarkan disekitar Kuala Lumpur oleh Azman Salleh kepada kalangan tertentu ;
Sesungguhnya saya sedar bahawa kebanyakan mereka yang mahu saya menerima tawaran Datuk Seri Dr.Mahathir itu adalah benar-benar ikhlas. Sungguh pun begitu sukalah saya menerangkan kepada mereka dengan ikhlas juga,nahawa jawatan Menteri bagi saya tidak penting malahan pada hemat saya,tidak berkaitan dengan perpaduan Melayu .
Perpaduan Melayu hanya boleh dicapai melalui sikap pucuk pimpinan, lebih-lebih lagi yang berkuasa menghayati dan mengamalkan budaya politik bercorak Kemalayuan. Iaitu , berlemah lembut,berbudi bahasa,sederhana,tolerasi,maaf bermaafan dan jangan sekali-kali angkuh.
Selepas keputusan Majlis Tertinggi UMNO Baru mahukan perundingan,saya telah berlembut dan berjanji berusaha mendapat persefahaman daripada rakan-rakan saya.Disamping itu,saya menyatakan saya akan mengikuti dan meniliti gerak-geri dan kenyataan-kenyataan pucuk pimpinan dengan tujuan mencari tanda-tanda keiklasan .
Malangnya,selepas sahaja kemenangan yang sunguh pun bagitu kecil di Parit Raja, tidak ada satu tanda atau perkataan pun yang boleh di terima sebagai berlembut. Sebaliknya kenyataan-kenyataan pucuk kepimpinan,khususnya Datuk Seri Dr.Mahathir sendiri dalam Perhimpunan Agungnya yang baru lepas itu,begitu hebat mengecam,mengutuk dan menjijik-jijikkan mereka yang di anggap musuhnya. Hingga YTM Tunku , YAB Tun Hussein dan YA Tun Salleh dimasukkan ke dalam gulungan sama denagn cara yang sangat tidak adil dan tidak manis.
Kepada saya bukan tempat dan ajwatan tinggi yang diperjuangkan. Yang di perjuangkan ialah budaya politik dan semangat yang ditaja oleh UMNO asal pada tahun 1946 dan di hayati oleh semua ahli-ahli UMNO tulin semenjak itu.
Selagi pucuk pimpinan membuat kenyataan-kenyataan keras, walaupun diikuti dengan tawaran-tawaran jawatan tinggi pun, selagi itulah perpaduan Melayu tidak akan tercapai.Ujudkan lah suasana muhibbah dan tunjukanlah kepimpinan meallui teladan.
Kepada Allah kita berserah segala-galanya.
DATO' MUSA HITAM
KUALA LUMPUR
31HB OKTOBER,1988

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 14

Mereka Yang Dari Kelas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 1984-1986 Yang Mendominasi Senerio Terkini Politik Malaysia
Berita kematian Saudara Hashim Safin (lihat Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 13) mengingatkan kembali saya kepada Kelas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 1984-1986 kerana daripada kelas tersebut yang telah berjaya sampai dan berada dikemuncak politik mereka ialah Anwar Ibrahim Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ; Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak ( Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia) dan Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin dan Mohamed Nazri Tan Sri Abd Aziz Yeop ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Sekiranya "maneuver" politik Anwar menjadi , beliau akan mudah berhadapan dengan bekas -bekas anak buah politiknya iaitu Najib , Muhyiddin dan Mohamed Nazri kerana Anwar Ibrahim pernah memimpin Kelas Pergerakan Pemuda UMNO 1984-1986,rekodnya adalah seperti berikut;
  1. Pengerusi Tetap: Sdr Haji Khalid Yunus
  2. Timbalan Pengerusi Tetap: Said Taib
  3. Ketua Pemuda: Anwar Ibrahim
  4. Naib Ketua Pemuda: Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
  5. Setiausaha Agung: Sanusi Junid
  6. Pen.Setiausaha Pemuda: Zainal Abidin Husman
  7. Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin - AJK (Johor)
  8. Mohamed Nazri Tan Sri Abd Aziz Yeop -AJK (Perak)
  9. Mohamed Mazlan Idris- AJK (Pahang)
  10. Dr.Abdullah Fadzil Che Wan-AJK (Perak)
  11. Dusuki Haji Ahmad-AJK (Kelantan)
  12. Abu Bakar Mohd Dewa-AJK (Johor)
  13. Zakaria Said- AJK (Kedah)
  14. Tamrin Abdul Ghafar-AJK ( Melaka)
  15. Mohd Padil Haji Harun-AJK (Perak)
  16. Haji Awang Jabar-AJK (Terengganu)
  17. Mohd Fahmi Haji Ibrahim-AJK ( Selangor)
  18. Hashim Safin@ Shafain- AJK (Kelantan)**
  19. Dr.Suleiman Mohamed-AJK (Wilayah Persekutuan)
  20. Sulaiman Aris (Johor)

Kelas 1984-1986 telah mewujudkan banyak Biro-Biro diantaranya ialah Biro Buruh dan Tenaga Rakyat 1984-1986 yang saya adalah diantara salah seorang Ahli Jawatankuasanya;

  1. Haji Mohd Padil Haji Harun (arwah) -Pengerusi
  2. Abas Ali-Setiausaha
  3. Ibrahim Baba -AJK (Jelutong)
  4. Jamaluddin Haji Rahim-AJK (Bagan serai)
  5. Ahmad Azizi Hamidon-AJK (Kuala Kangsar)
  6. Izhar Hj Saidin-AJK (Ipoh)
  7. Ahmad Mohd Salleh-AJK( Sungai Besi)
  8. Ishak Ismail-AJK (Seremban)
  9. Ibrahim Jendol-AJK ( Alor Gajah)
  10. Adnan Yaacob -AJK ( Betong-Menteri Besar Pahang)
  11. Jamaluddin Haji Abu Bakar -AJK ( Ledang)
  12. Mohd Amir Abas Zainal Azim-Ajk (Kuala Kangsar)
  13. Mat Isa Ismail-AJK (???)
  14. Suhaimi Yaacob-AJK (Kota Baharu,Kelantan)
  15. Jaafar Haji Din-AJK (???)
  16. Ahmad Shukri Haji Hassan-AJK (???)
  17. Raja Ahmad Zainuddin Raja Hj Omar -AJK (Larut)
  18. Abdul Aziz Sheikh Meer-AJK (Bagan,Pulau Pinang)
  19. Haji Osman Jais-AJK (???)
  20. Zakaria Mahmood-AJK (Perlis)
  21. Zazlan Haji Samin-AJK (Sungai Siput).

Saya juga pernah dilantik sebagi AJK Biro Kesejahteraan Sosial Pergerakan Pemua UMNO Malaysia bagi tempoh 1986-1988 yang dipengerusikan oleh arwah Dato Mohd Padil Haji Haron.

** meninggal dunia pada 11-4-2008 dalam usia 59 tahun setelah kena serangan jantung dan komma jam 3.00 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia. Berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 14 ini; adalah satu dedikasi untuk arwah.Semoga Allah merahmati rohnya.