Monday 14 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 15

KENYATAAN AKHBAR YB DATO 'MUSA HITAM-Kuala Lumpur 31hb Oktober ,1988
Dalam saya menyelongkor dan mencari-mencari fail lama untuk mengumpul semula memori-memori lama, saya terjumpa satu salinan photokopi kenyataan akhbar yang dibuat oleh Musa Hitam . Kenyataan ini diedarkan disekitar Kuala Lumpur oleh Azman Salleh kepada kalangan tertentu ;
Sesungguhnya saya sedar bahawa kebanyakan mereka yang mahu saya menerima tawaran Datuk Seri Dr.Mahathir itu adalah benar-benar ikhlas. Sungguh pun begitu sukalah saya menerangkan kepada mereka dengan ikhlas juga,nahawa jawatan Menteri bagi saya tidak penting malahan pada hemat saya,tidak berkaitan dengan perpaduan Melayu .
Perpaduan Melayu hanya boleh dicapai melalui sikap pucuk pimpinan, lebih-lebih lagi yang berkuasa menghayati dan mengamalkan budaya politik bercorak Kemalayuan. Iaitu , berlemah lembut,berbudi bahasa,sederhana,tolerasi,maaf bermaafan dan jangan sekali-kali angkuh.
Selepas keputusan Majlis Tertinggi UMNO Baru mahukan perundingan,saya telah berlembut dan berjanji berusaha mendapat persefahaman daripada rakan-rakan saya.Disamping itu,saya menyatakan saya akan mengikuti dan meniliti gerak-geri dan kenyataan-kenyataan pucuk pimpinan dengan tujuan mencari tanda-tanda keiklasan .
Malangnya,selepas sahaja kemenangan yang sunguh pun bagitu kecil di Parit Raja, tidak ada satu tanda atau perkataan pun yang boleh di terima sebagai berlembut. Sebaliknya kenyataan-kenyataan pucuk kepimpinan,khususnya Datuk Seri Dr.Mahathir sendiri dalam Perhimpunan Agungnya yang baru lepas itu,begitu hebat mengecam,mengutuk dan menjijik-jijikkan mereka yang di anggap musuhnya. Hingga YTM Tunku , YAB Tun Hussein dan YA Tun Salleh dimasukkan ke dalam gulungan sama denagn cara yang sangat tidak adil dan tidak manis.
Kepada saya bukan tempat dan ajwatan tinggi yang diperjuangkan. Yang di perjuangkan ialah budaya politik dan semangat yang ditaja oleh UMNO asal pada tahun 1946 dan di hayati oleh semua ahli-ahli UMNO tulin semenjak itu.
Selagi pucuk pimpinan membuat kenyataan-kenyataan keras, walaupun diikuti dengan tawaran-tawaran jawatan tinggi pun, selagi itulah perpaduan Melayu tidak akan tercapai.Ujudkan lah suasana muhibbah dan tunjukanlah kepimpinan meallui teladan.
Kepada Allah kita berserah segala-galanya.
DATO' MUSA HITAM
KUALA LUMPUR
31HB OKTOBER,1988

No comments: