Friday 18 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11- Bahagian 20

Sanusi dedah usaha isytihar UMNO sebagai badan haram
Berita harian pada Ahad,7 Jun ,1987 telah melaporkan satu berita yang bertajuk diatas.
Ketika membaca berita tersebut saya berpendapat adakah Sanusi yang dahagakan satu publisiti atau cuba menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam politik ?
KUALA LUMPUR,Sabtu - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Sanusi Junid mendedahkan tindakan golongan tertentu yang sedang berusaha mengisytiharkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan haram.
"Ada orang luar yang menggunakan ahli UMNO sebagai petualang atau alat untuk melemahkan parti dan bangsa Melayu. "katanya.
"Menurutnya, ahli UMNO harus menyedari perkembangan semasa politik negara seperti kewujudan golongan hartawan dan usahawan di luar UMNO yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan UMNO 22 April lalu. "
"Selain itu, wujud ancaman daripada parti komponan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi dan tersiarnya fitnah mengenai penjualan Limbang dalam majalah Far Eastern Economic Review (FEER) serta adnya desakan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). " katanya.
Datuk Seri Sanusi Junid berkata perkembangan ini jelas menunjukkan ada pihak berpendapat UMNO begitu lemah dan boleh dieksploitasikan untuk kepentingan masing-masing.
"Bagaimanapun, saya percaya segala tentangan untuk mencabar keutuhan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan agama,bangsa dan negara,tidak akan berhasil, jika ahli UMNO sedar mengenai hakikat ini.
"Ahli UMNO juga harus mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi." katanya.
Datuk Seri Sanusi mengingatkan ahli UMNO , usaha menghancurkan parti itu bukan sahaja akan merugikan bangsa Melayu dan Islam, tetapi akan mengoncang kestabilan politik negara.
Sehubungan itu, ahli UMNO diminta sentiasa berwaspada dan tidak dijadikan alat oleh golongan tertentu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada usaha untuk melemahkan UMNO sebagai satu gerakan bersepadu dan berterusan.
"Apa yang pasti mereka ingat UMNO sudah lemah. "katanya .
Datuk Seri sanusi berkata, Ibu pejabat UMNO sudah mengatur langkah menyedarkan setiap ahli UMNO akan wujudnya gejala dan wabak yang berbahaya itu.
Beliau menganggap kesedaran dan keinsafan setiap ahli Umno itu sebagai senjata paling berkesan menentang sebarang pengaruh luar.
Datuk Seri Sanusi meminta ahli Umno menganggap kenyataan yang dikelurakan itu sebagai amaran awal kerana apa yang mungkin dalam Umno pada masa akan datang.

No comments: