Monday 14 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 17

KEDUDUKAN UMNO LAMA SELEPAS KEPUTUSAN BERTULIS OLEH YANG ARIF DATUK HARUN HASHIM,HAKIM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR PADA 26-4-88
Ketika mahkamah menjatuhkan keputusan bahawa UMNO itu pertubuhn yang tidak sah( pada fahaman saya bermula daripada tahun 11-5-1946 lah tu...) ,ketika keputusan lisan itu dibuat saya ada dimahkamah kamar 8 pada hari tersebut.
Keputusan tersebut banyak mendapat tafsiran daripada pelbagai pihak , mengapa dengan kuasa yang ada ditangan Perdana Menteri boleh berbuat sesuatu keatas Pendaftar Pertubuhan, tetapi tidak digunakan .
Saya masih lagi menyimpan (photokopi) surat yang diedarkan kepada bahagian UMNO oleh satu ataupun sekumpulan manusia yang bermaksud seperti berikut;
Pada 27 April 1988tersiar di muka akhbar The Star keputusan bertulis penghakiman kes kumpulan sebelas menyaman kepimpinan UMNO. Hakim Datuk Harun Hashim dalam penghakiman 17 muka telah menyimpulkan keputusan lisan yang dibuatnya pada bulan Februari lalu. Keputusan yang dibuatnya kali ini amatlah menggembirakan dalam ertikata bahawa UMNO lama sesungguhnya tidak mati seperti yang lumrah dianggap oleh pihak-pihak tertentu. Berikutnya diperturunkan beberapa inti keputusan penghakiman bertulsi hakim itu.
  1. Mereka yang mengambil bahagian dalam pemilihan semua peringkat ( Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agong) pada tahun 1987 telah melakukan kesalahan ibawah seksyen 43 Akta Pertubuhan. Oleh yang demikian pada masa yang berkenaan (1987) . UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidaksah disisi undang-undang ( unlawful) dan jesteru semua pemilihan yang dibuat bagi tempoh itu adalah tidak sah juga. Kehendak seksyen 12(3) Akta yang sama telah tidak dipenuhi,malah telah dicabul dengan adanya cawangan-cawangan tertentu mengambil bahagian didalam peroses mesyuarat agong masing-masing diperingkat Bahagian .Oleh itu semua pegawai parti yang terpilih pada 24 April 1987 di Perhimpunan Agong ke37 adalah tidak sah.
  2. Jalan keluar yang paling nyata ialah bagi pegawai-pegawai parti yang terpilih pada tahun 1984 mengadakan pemilihan baru disemua peringkat selepas memperolehi kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan bagi semua cawangan yang belum terdaftar. Barang diperingati: walaupun hingga kesaat-saat akhir perbicaraan kes ini hanya 3 cawangan (dalam bahagian Rantau Panjang) yang telah didaftarkan. Selainnya (27 Cawangan) tiada berbuat apa-apa. Nyatalah UMNO masih merupakan sebuah pertubuhan yang masih tidaksah. Kes ini berbeza dari kes Vethanayagam v Karuppiah & Others (1968) dimana sebelum perbicaraan cawangan MIC berkenaan telah didaftar dengan kelulusan Pendaftar. Kes UMNO ini tidak boleh disamakan dengan kes MIC itu .
  3. Hakikatnya ialah bahawa hanya ada satu UMNO di peringkat Kebangsaan : hanya satu UMNO diperingkat Bahagian dan satu UMNO diperingkat Cawangan .
  4. Akta Pertubuhan adalah pada asasnya digubal bagi tujuan menghapuskan pertubuhan-pertubuhan gelap ( secret societies) .Pada satu ketika dahulu pertubuhan-pertubuhan sukan dan kemasyarakatan telah dikecualikan daripada Akta tersebut. Tetapi keadaan ini telah berubah. Parti-parti politik tidak seharusnya berada dibawah bidangkuasa Akta Pertubuhan yang ada sekarang kerana skop dan bidangnya amat berlainan. Punca masalah yang timbul ialah cawangan-cawangan parti politik boleh diwujudkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin-pemimpin tempatan untuk tujuan mendapatkan sokongan dalam pilihanraya .

PERSOALAN?

  1. Kenapa akhbar Utusan malaysia , New Straits Times, Berita Harian dan lain-lain akhbar tempatan (selain dari The Star) tidak menyiarkan berita ini sepenuhnya? Sebabnya ialah semua editor akhbar-akhbar berkenaan takut pada Mahathir kalau-kalau permit penerbitan mereka ditarik balik . Maka teruslah mereka menyorokkan berita penting itu. Umum tahu: siapa dalam dunia ini yang memegang jawatan Perdana Menteri ,Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman serentak dan sekaligus? Dr.Mahatirlah orangnya. Dia yang beri kuasa,dia yang tangkap dan dia yang buat keputusan macam hakim.Mujur ,hakim macam Datuk Harun Hashim tidak mengikut telunjuk Mahathir .
  2. Dengan keputusan seperti diatas apa ertinya pada kita pejuang UMNO Lama? Ertinya ialah semua pemimpin yang terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1984 boleh bermesyuarat sekarang dan ambil langkah mengadakan Perhimpunan Agung baru,mesyuarat Bahagian Baru dan mesyuarat Cawangan Baru dengan syarat 30 cawangan (sekarang tinggal 27 cuma) yang masih eblum mendapat kebenaran/pendaftaran didaftarkan segera. Adalah diduga,kebenaran/pendaftaran tidak akan diperolehi dengan mudah dari Pendaftar Pertubuhan jika diukur sifat peranganya dimasa kebelakangan ini . Yang anihnya ialah bahawa pada tahun 1984 cawangan-cawangan yang 30 itu belum ujud lagi ! Walau bagaimanapun syarat bahawa 27 cawangan itu perlu didaftarkan adalah nas undang-undang pertubuhan (kes Vithayanagan) yang hanya mungkin dapat diketepikan jika dibuktikan bahawa pada tahun 1984 sesungguhnya cawangan-cawangan itu belum pun ujud lagi .
  3. Apa jadi dengan kes rayuan kumpulan 11 ke Mahkamah Agong? Semasa rayuan dibuat keputusan bertulis Hakim Datuk Harun Hashim beluam keluar. Peguam cuma dapat mengasaskan pendapat mereka pada keputusan lisan Hakim itu yang mana didapati kebanyakan aspek keputusan itu adalah sama denagn keputusan bertulisnya. Dalam keputusan lisannya Justice Harun tidak ada menyebut langsung tentangfakta bahawa Pegawai-Pegawai parti UMNO yang terpilih pada tahun 1884 bolehlah bermesyuarat semula untuk mengadakan mesyuarat baru disemua peringkat . Beliau juga tidak ada menyebut tentang fakta bahawa hanya ada SATU UMNO di semua peringkat .
  4. Jika MT 1984 dianggap sah oleh Hakim berkenaan bermaknalah bahawa UMNO itu tidak mati . Bermakna bahawa UMNO yang tidaksah hanyalah UMNO 1987 sehingga ianya dikeluarkan dari daftar pertubuhan oleh Pendaftar Ini juga bererti bahawa ,dengan tidak secara terus-terang, doktrin yang baik tetapi baik yang buruk tetap buruk (docrine of severance).telah dipakai oleh Hakim Datuk Harun . Oleh itu tidak semestinya rayuan ke mahkamah Agong itu diteruskan memandangkan bahawa sudah jelas ada peluang bagi UMNO Lama untuk terus hidup. Yang menjadi titik penghalang kini ialah syarat bahawa cawangan-cawangan yang 27 itu didaftarkan .Walau bagaimanapun isu ini harus didebatkan dengan lebih mendalam lagi sebelum diambil keputusan . jika rayuan tidak diteruskan Kumpulan 11 masih perlu mendapatkan butir-butir lanjut dari keputusan Justice Harun itu, yakni berhubung denagn kedudukan 27 cawangan yang tidak berdaftar itu. Pokoknya ialah bahawa UMNO 1984 msih hidup!
  5. Bagaimana kedudukan UMNO baru dalam kontek keputusan tertulis Hakim Datuk harun ini? Nama "UMNO"itu barang sudah tentu tidak sah lagi digunakan sebagai sebuah parti politik kerana ianya mengelirukan; kerana UMNO 1984 masih ujud! Tiada pilihan dalam soal ini kecuali Parlimen memindanya . Dalam pengertian ini pucuk pemimpin UMNO Baru harus kecewa kerana nama "UMNO" itu tidak boleh digunakan lagi. Mereka juga tidak boleh menganggotai secara otomatis UMNO 1984 kerana mereka semua telah menubuhkan parti baru. Dalam pada itu Pendaftar memang ada kuasa untuk membuat beberapa penyesuaian tetapi semata-mata kerana boss (Mahathir) punya kehendak . Penyesuaian yang dimaksudkan itu disini bukanlah mutlak baginya. Sebarang langkah pentadbiran yang diambil oleh beliau masih boleh dipersoalkan diMahkamah. Jesteru beberapa langkah di Mahkamah masih perlu diambil bagi mendapatkan kejituan peengertian UMNO 1984 itu .

Dengan keputusan baru ini perjuangan pemimpim-pemimpin UMNO Baru kian malap. Tidak semudah yang mereka fikirkan pada awalnya untuk menenggelankan UMNO Lama dan perjuangan pemimpin-pemimpin serta pendokong mereka !

Tarikh bertuah : 26 April 1988

No comments: