Wednesday 9 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 10

Penubuhan Semangat 46
Seperti biasa kami berlepak di Coffee House Merlin Kuala Lumpur bersama-sama dengan Aspan, dari Seremban, Sapari Jusof dari Puchong, Abdul Rahim Rahman dari Teluk Kemang , Jat dari Bagan Datoh, Zaharin Mohd Yassin dari Setiawangsa, Wazi dari Telok Intan, Suhaimi dari Maran, Pahang , Azman Atar dari Batu , ramai lagi yang payah disebut nama-nama mereka. Tiba-tiba datang Saudara Don anak kepada arwah Taib Andak Pengerusi Pertama Felda membawa berita bahawa ada perkara penting di pejabat Ku Li -Wisma MISC,Jalan Raja Chulan .
Kami bergegas ke sana dan apabila sampai saya lihat orang sudah ramai berada diluar dan didalam bilik pejabat Ku Li . Datuk Ibrahim Ali sedang berucap (censor) . Selepas beliau berucap kami di jemput oleh Pak Yem untuk memberi pendapat. Saya masih lagi boleh mengingati muka-muka mereka yang hadir pada hari itu....tetapi banyaknya sudah lenyap dari arus perdana politik semasa .
Arwah Mokhtar Ahmad dari Kuantan pun turut berucap . Ia diikut oleh Faizul. akhirnya tiada lagi mungkin sebelum kami sampai , ramai yang sudah pun berucap, rasa saya lah begitu lebih kurang .
Setelah selesai majlis , saya berjumpa Datuk Ibrahim Ali ( baru ini menang calon bebas pakai tiket PAS) dan memberitahu beliau bukanlah saya tidak bersetuju untuk ditubuhkan parti baru semangat 46 ini tetapi kita lihat dahulu macam mana UMNO (Baru) bertindak . Dia beritahu bahawa Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim telah siapkan "master list" siapa bakal penaja semua Ketua Bahagian yang baru .
Saya contohkan, apabila Dato Onn meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Negara ia tidak diterima oleh oleh orang Melayu walhal ketika itu semua tokoh-tokoh hebat menyertai beliau. Parti baru ini pun akan menimpa nasib yang sama . Datuk Ibrahim diam dan menepuk bahu saya sambil menaiki lif untuk balik ke Hotel Merlin .
Besoknya saya kembali ke kampong dan melupai apa yang berlaku sepanjang saya berada di Kuala Lumpur . Tiadalah lagi bertemu dengan mereka-mereka yang biasa saya temui di Hotel Merlin milik Feber Union kemudiannya dijual kepada pemilik hotel Concorde. Selepas itu hanya baru dua kali saya menjejakkan kaki di Concorde hingga blog ini dinukilkan .

No comments: