Saturday 12 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 13

AL-FATIHAH
Terkejut dan sedih rasanya apabila terbaca berita The Star , Saturday 12 April 2008 bertajuk- "Veteran politician Hashim Safin dies ".
Semoga Allah merahmati roh arwah dan juga berdoa agar kaum keluarganya bersabar menerima dugaan hidup ini.....hidup lawannya mati....
Arwah adalah "Kelas Pemuda Tahun 1984-1986 "seorang guru sekolah dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah ,Kelantan . Beliau juga pernah menjadi Setiauasaha kepada bekas Menteri Besar Kelantan- Tan Sri Muhammad Yaakub. Diantara anak muda Kelantan yang seiring dengan beliau yang masih lagi hidup (mungkin pada kiraan saya sekarang ini) antaranya ialah YB Datuk Ibrahim Ali (MP Pasir Mas) ; Rozali Ishak bekas ADO); Suhaimi Yaakob ( bekas Setiausaha Politik Tengku Ahmad Rituaddin); Mustafa Yaacob ; Annuar Musa ( tidak perlu diperkenalkan lagi ketokohannya) dan banyak lagi seperti Ramzi (pernah menjadi SUP Pak Lah ) adalah Kelas Pemuda UMNO Tahun 1984-1986 ,yang masih lagi saya ingat . Kesemuanya mereka ini muncul dan mengambil bahagian dalam Perkhemahan Pemuda UMNO Malaysia di Pulau Mentimun, Sungai Siput (U) Perak . Saudara Ramzi adalah rakan "dorm"saya dan kami sentiasa bersama semasa perkhemahan tersebut dan beliau juga adalah peserta dari Kelantan yang sampai dulu . Kesemua mereka ini adalah "tsunami baru " barisan kepimpinan Pemuda Kelantan yang baru daripada tarikan besi-berani Anwar Ibrahim .
Maaflah mana nama yang saya dah lupa .......arwah Hashim Safin bila dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai Exco Pemuda , secara kebetulan ,orang yang pertama beliau terjumpa ialah saya di Ibu Pejabat UMNO Malaysia Jalan Tunku Abdul Rahman . Beliau nampak segak dengan memaikai uniform Pemuda UMNO serba putih, tetapi rambutnya agak panjang . Saya kata padanya ;"Mana boleh rambut panjang , masuk first meeting nanti Anwar tegor ".
"Ya lah , mana kedai gunting", katanya sambil kami beredar dari lobi bangunan UMNO menuju kekedai gunting rambut di Jalan Sultan Sulaiman Satu,Kuala Lumpur .

No comments: