Tuesday 8 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11-Bahagian 7

ABDULLAH AHMAD BADAWI @ PAK LAH YANG SAYA KENALI
Kesihan Pak Lah , apabila UMNO diharamkan , Tun Dr.Mahatir menyusun semula kabinetnya dan beliau telah digugurkan daripada Kabinet yang berorentasikan Tun .
Kediaman beliau di Bangsar saban hari dikunjungi oleh ahli UMNO daripada seluruh Malaysia. Dipendekkan mereka semua ini adalah penyokong Pak Lah semasa bertanding jawatan naib Presiden UMNO dimana beliau memenanginya dengan undi terbanyak . Oleh kerana UMNO haram, jawatan beliau juga hilang begitu sahaja. Apabila UMNO (Baru) diujudkan , nama beliau tiada lagi didalam senarai ahli penaja . Sedih kami ketika itu .
Arwah Fatah -Setiausaha Politik Pak Lah juga hilang kerja . arwah seorang yang baik dan cepat kenal kawan dan mengambil berat tentang kawan . selalu bertanyakan khabar . Pak lah bertuah memilikinya .
Kami sekumpulan ahli UMNO daripada seluruh pelusok negara selalunya berkumpul di Hotel Merlin ( kini Concorde) Kuala Lumpur telah dikenali juga sebagai "UMNO cawangan Merlin" saban hari berkumpul disana bersembang-sembang kosong (tentulah pasal UMNO) . Routine kami , pada jam 9.00 malam pasti akan kerumah Pak Lah di Bangsar . kami datang pukul 9.00 setiap hari bukan apa kerana kami tidak mahu menggangu Pak Lah berwirik .
Begitulah kami setiap hari semenjak UMNO diharamkan . Saya sendiri pernah mencalonkan Pak Lah sebagai Naib Presiden UMNO semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian saya. Cadangan saya telah disokong oleh seorang ahli asal UMNO tahun 1946 .Pak Lah dapat nombor tiga undi terbanyak-layak (dulu mana ada kuota) .
Saya begitu gembira dan puas hati kerana UMNO pada pandangan saya memerlukan orang seperti Pak Lah . Ketika itu UMNO sudah dilanda oleh politik plutokrasi ! Ketika itu saya tidak tahu apa yang menjadikan saya berfikiran sedemikian .
Saya mengenali arwah Fatah kerana kami sama Ahli Jawankuasa Pergerakan pemuda UMNO, beliau wakil Permuda UMNO Kepala Batas . Boleh dikatakan arwah tidak miss setiap kali diadakan Perwakilan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur .Venue Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO saban tahun di Dewan Bahasa dan Pustaka . dari situlah persahabatan kami berputik dan terus ke Pak Lah .
Oleh kerana Pak Lah sudah tidak berjawatan dan tidak bergaji ,beliau sentiasa berada dirumah menyambong kerja-kerja yang pernah beliau tinggalkan .Beliau kelihatan tenang tetapi ada sedikit kusut mungkin kurang tidur atau hilang selera makan .
Apabila sampai kerumahnya di Bangsar , arwah Fatah akan menyambut kedatangan kami seperti biasa . Pak Lah menolak sebarang oleh-oleh dibawa kerumahnya; " bukan tak sudi tetapi tak mahu menyusahkan kawan-kawan", katanya .
Kami selalu berborek mengenai masa depan negara, diri sendiri, terutama bagaimana ahli-ahli UMNO diluar sana menghadapi situasi kritikal UMNO .
UMNO tidak mengambil keputusan untuk membuat rayuan kes 4-2-1988 . Khabar angin mengatakan UMNO sedang berusaha untuk menubuhkan atapun menghidupan UMNO semula.
Kadang-kadang ketika kami bersembang , datang tetamu daripada negeri-negeri lain . Biasanya kami akan menamatkan perbincangan dan keluar dilobi untuk menghisap rokok . Respek Pak lah yang tak hisap rokok. Beliau tak pernah melarang kami merokok didalam rumah tetapi kami yang segan .
Adakalanya , saya kedapur membantu Fatah membancuh kopi O -sedap buatan pengusaha daripada Pulau Pinang . Bukan itu sahaja saya juga turut menghidang kopi kepada tetamu yang hadir . Begitulah setiap hari yang berlaku dirumah Pak Lah ketika kami sampai dan sehingga kami pulang diwaktu subuhnya .
Biasanya Pak Lah tidak membenarkan kami pulang dahulu. Beliau akan memberikan tanda -signal dengan menghayukan tanganya kebawah- bermakna nanti .Kalau kami balik juga , pasti besoknya beliau akan bertanya," tak sabar nak balik, dah ", katanya dalam pelat utara.
Satu perkara masih lagi menjadi persoalan dihati dan kepala saya hingga kehari ini ialah tiada kehadiran arwah Endon , Nori dan Kamaluddin . saya tak berani bertanya baik kepada arwah Fateh atapun Pak Lah sendiri . " Respek la gamaknya", yang bermain dikepala saya .
Setiap kali kami pulang, Pak Lah akan menghantar hingga ke pintu depan rumah- gate dan beliau akan meletakkan tangannya diatas gate yang separuh terbuka itu . Pada satu hari beliau berkata,"dah banyak kali gate ini rosak, kalau ada kilat, mesti dia rosak . Pendawai pun pening", tambahnya .
Salah seorang diantara kami sambil menunjukkan jarinya kepada saya berkata,"Pak Lah tanyalah Professor ini ,dia tahu ",katanya sambil menoleh kepada Pak Lah.
"Ha , apa macam Proffesor" ,kata Pak Lah kepada saya .
Sambil mengaru-garu kepala , saya kata "cuba Pak Lah surah pendawai pasang kebel earth".
Kami ketawa dan berpelukan seorang demi seorang dengan Pak Lah dan meninggalkan kediamannya ke Hotel Merlin untuk berserapan pagi !
Setelah UMNO ( Baru) disahkan pendaftaranya , UMNO (Baru)telah melantik semua peringkat penajanya , nama Pak Lah sudah tidak tersenarai lagi . Seperti biasa kami pergi kediaman beliau tetapi kali ini tiada ramai lagi pelawat yang datang; tidak seperti biasa . Agak sunyi dan lenggang. Seperti biasa arwah fatah akan membawa kami masuk dan didalam kami diperkenalkan oleh Pak Lah kepada beberapa orang lelaki yang katanya datang dari Pulau Pinang . Mereka ini katanya adalah pengusaha kopi yang selalu dihidangkan itu.
Kami bersembang-sembang panjang kerana sudah tiada gangguan lagi . Pak Lah minta diri untuk kedapur dan kembali kemudiannya dengan beberapa bungkus kopi ditangan dan memberikan kami seorang satu bungkusan sambil berkata ,"saya akan jadi taukeh kopi, depan ini dah dapat buku kilang besar dengan PERDA dan nak saya jadi rakan kongsi, jadi saya terpaksalah balik ke Pulau Pinang-jadi taukeh kopi", katanya sambil tersenyum dan menoleh kepada tetamu dari Pulau Pinang .
Akhirnya kami berpelukan antara satu sama lain dan respek keputusan Pak Lah . Nampaknya poltik tidak ada lagi , kehidupan mesti diteruskan begitulah hingga kehari ini ......
Seperkara lagi apabila Pak Lah sudah dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri dan kini Presiden UMNO dan Perdana menteri saya hanya melihat daripada jauh sahaja.
Ada juga terdengar mereka berkata mereka adalah orang Pak Lah, mungkin betul tetapi memori saya masih jelas mereka ini semua masa itu tiada disana ketika Pak Lah sudah hilang segala-galanya .

No comments: