Dua hari selepas Kumpulan 11 memfailkan kes mereka , Tun Dr.Mahathir Mohamad telah mengarahkan Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi "mediator"bagi pihak UMNO . Perjumpaan telah diadakan di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur pada jam 5.00 petang. Perjumpaan tertutup dihadari itu oleh 11 ahli kumpulan dan Abdullah sendiri . Tiada sesiapa dibenarkan terlibat. Perjumpaan berakhir lebih kurang dua jam kemudiannya. Keputusanya ,Kumpulan 11 tetap akan meneruskan tindakan mereka .
Abdullah memaklumkan perkara ini kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad tetapi yang melenting ialah bekas Setiausaha Agong UMNO Malaysia ; "see you all in court", responya .
Bagi pihak Tengku Razaliegh Hamzah atau Ku Li telah diberitahu . Pak Yem ,Setiausaha Politik Ku Li memberitahu saya untuk datang ke pejabat Ku Li dibangunan MISC . Ramai yang hadir didalam bilik pejabat Ku Li , ada yang masih saya ingat lagi . Beberapa orang Kumpulan 11 juga turut hadir . Mereka dijemput oleh Pak Yem untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
Saya lihat Ku Li begitu serious dan selesai sahaja penerangan yang diberikan Ku Li memberitahu bahawa beliau tidak setuju perkara parti dibawa ke mahkamah dengan apa cara sekalipun. Beliau seterusnya meminta pihak yang terlibat tidak mengheret ataupun mengaitkan dirinya dalam tindakan mereka itu . Ku Li mengucapkan terima kasih diatas penerangan yang diberikan dan beliau secara berjenaka memberitahu bahawa beliau tidak lagi ahli MT UMNO dan kini hanya ahli biasa sahaja.
No comments:
Post a Comment