Wednesday 9 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 8

Pertemuan Pertama Dengan Mahathir Mohamad
Dipersimpangan kampung saya , ada sebuah stall mamak menjual minuman, roti canai, mee rebus, rojak dan lain-lain makanan ruji mamak. Mamak Mydin itulah panggilan kami sekampung , juga pelanggan regular yang lain-lainya . Tabiat berlepak dikedai kopi bukan sahaja sesuatu yang baru , ia sudah bermula lama dahulu , hingga kehari ini saya masih lagi berlepak dikedai kopi. Dulu ketika di Kuala Lumpur , Merlin Coffee House menjadi tempat berlepak setiap hari .
Harinya saya tak ingat , ia lebih kurang bulan Ogos ,waktunya hampir pukul 7.00 petang tiba-tiba berhenti sebuah kereta "besar berwarna kuning, panjang ada bonggol dibelakang bonnetnya", keluar seorang lelaki sederhana tinggi , agar muda juga, berkulit lain macam , macam merah-merah sahaja, muka agar berjambang, macam dah lama tak bercukur.
Beliau terus datang kearah meja kami berkebetulan hanya kami sahaja penghuni terakhir untuk sesi petang itu untuk bersiap pulang ke rumah masing-masing.
"Selamat petang ", katanya dengan lembut pelat Utara dan sambil tersenyum, "boleh tanya tak, adik tahu mana rumah ketua UMNO , saya ni Cek Det", sambil memperkenalkan dirinya kepada kami dan terus bersalam seorang demi seorang .
Kami terdiam seketika . Cek Det terus duduk.
"Ketua UMNO ni kami tak kenal, yang ada kami tahu ialah Dato Ali Zaini , Tuan Speaker, rumah dia dekat sini jugak ", balas kawan saya .
"Tak apa la , saya nak pi Kuala Lumpur, tapi boleh tak , bagi kertas ni kepada dia", katanya kepada kami ,"mai ikut kat kereta , tolong ambik lagi dan bagi orang ramai baca", sambil beliau bangun dan menuju ke keretanya . Kami pun bangun dan terus mengikuti beliau ke kereta yang diletak dibahu jalan .
"Wow , cantik dan besar kereta ini ada dua pintu sahaja, kereta apa ni", terpancur soalan daripada mulu saya.
"Chevrolet, dibelakang tu ,yang bengkak tu, tempat simpan tayar", jelasnya.
Didalam kereta tersebut ada seorang wanita , bercermin mata , "Itu isteri saya", katanya lagi.
Kami pun mengambil kertas tersebut dan beliau secara bertertib memasuki kereta dan mengucapkan selamat tinggal . Kami berdiri didalam kegelapan senja sehingga kereta tersebut hilang daripada pandangan kami buat selama-lamanya sehinggalah kehari ini.

No comments: