Wednesday 9 April 2008

Memori Bersama Kumpulan 11 - Bahagian 9

34 Tahun Mengikuti Cek Det
Apabila pemandangan kereta Cek Det hilang daripada pandangan mata, kami pun balik kerumah masing-masing . Mamak Mydin sudah menutup kedainya . hari dah agak gelap. Tiada lampu jalan ketika itu . Kami membelek-belek kertas yang ada ditangan, ada dua muka surat penuh tulisan yang boleh dibaca dan difahami. Di sudut atas kertas , ada gambar hitam putih iaitu gambar lelaki yang memberikan surat itu kepada kami dan tajuk dibawahnya "SURAT MAHATHIR KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN".
Kampung kami yang berada didalam kawasan pekan sudah ada bekalan letrik dan air paip , tetapi banyak kampung masih lagi tidak menikmati bekalan letrik dan air paip.Setelah sampai ke rumah , saya mandi, makan nasi yang disediakan oleh arwah ibu-masakannya selalu sedap dan masih lagi terasa keenakkannya walaupun beliau telah meninggalkan kami adik-beradik untuk selama-lamanya 2 tahun yang lepas. Masih lagi terasa griefnya kehilangan orang yang kita sayang dan cintai .
Kerja-kerja sekolah (home works) disiapkan dan setelah selesai saya membaca secara perlahan-perlahan kandungan surat tersebut tetapi sekarang banyak yang saya sudah lupa tetapi ada yang masih lagi segar iaitu - Tunku sayang orang Cina , Tunku bagi orang Cina kaya-raya,Tunku tak tolong orang Melayu . Inilah isu yang dibangkitkanya kepada Tunku dan sebab beliau dipecat (12-7-1969) dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman .
Peristiwa 13 Mei 69 tidaklah kami fahami sangat tetapi ia ada kena-mengena dengan pergaduhan antara orang Cina dan orang Melayu di Kuala Lumpur. Di tempat saya tiada apa-apa semunya macam biasa sahaja . Hingga ke hari ini , saya masih lagi mencari kefahaman tentang insiden tersebut.
Mulai daripada hari tersebut, saya meminati Mahathir Mohamad dan sentiasa mengikuti cerita-cerita beliau daripada surat khabar. Tak banyak yang disiarkan berita tentannya. Sekarang ini saban hari ada sahaja cerita tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad baik di TV, Internet,Blog,surat khabar semua bahasa baik dalam dan luar negeri . Beliau ikon Malaysia -beritanya boleh melariskan surat khabar atau menaikkan rating TV.
Salah satu maklumat yang ramai, mungkin tidak tahu ialah Mahathir pernah menjadi Pengerusi sebuah pertubahan yang beliau sendiri tubuhkan dan beralamt ditempat kediaman beliau di Alor Setar ialah AAPSO - Asia Africa Peoples Solidarity Organisation. Pertubuhan ini semacam pertubuhan AFRO ASIA diBandung dalam tahun 1955 (lihat http://subkylatif.blogspot.com/2005_04_01_subkylatif_archive.html yang ditubuhkan dalam tahun 1959 di Bandung . Mahathir pada saya telah merealisasikan AAPSO semasa menjadi Perdana Menteri dengan mengadakan LID- Langkawi International Dialogue.
Beliau aktif berpolitik bermula dari tahun 1945, menjadi ahli UMNO dalam tahun 1946 dan bersara sebagai Perdana Menteri pada 31-10-2003 dan kini sudah berusia 83 tahun . Seorang insan yang telah berjaya mencipta sejarah untuk dirinya, negaranya dan kini pula hendak memberi pengalamannya kepada negaranya tetapi .................
Beritahu saya siapakah yang sudah berpolitik dari tahun 1945, menjadi ahli UMNO dari tahun 1946, berhenti sebagai Perdana Menteri dalam tahun 2003,ada pemimpin sekarang yang masih belum lagi dilahirkan ketika -Mahathir was there, where were you then before......
Apakah yang sepatutnya kita berikan kepada Mahathir sekarang ini?.......

No comments: